Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Isnin, 26 Mac 2012
Awasss!!!:Jangan Letak Gambar Anak Anda di Facebook Untuk Elakkan Diculik
Teknologi memberi manusia kemudahan dalam melakukan aktiviti dan bersosial. Tapi teknologi juga memudahkan orang melakukan jenayah. Salah satu contohnya adalah kebiasaan para ibu-ibu muda untuk mempamerkan foto anaknya di akaun Facebook. Tindakan ini mungkin boleh membahayakan anak anda. “Ramai kaum ibu suka gambar-gambar anaknya dipamerkan di Facebook. Ternyata, ini memberi peluang kepada penculik.
Peningkatan kes penculikan sekarang juga salah satunya disebabkan kesilapan ini sehingga orang tua menjadi makin paranoid,” kata Arist Merdeka Sirait, ketua Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak dalam perbincangan bersama media di Plaza Bapindo, Jakarta (21/3/2012). Jika dulu penculik kena sering memantau mangsa yang akan diculik, sekarang cukup dengan membuka Facebook penculik boleh mencari korban dengan mudah.
Apalagi data mengenai pekerjaan dan kesibukan orang tua juga boleh diketahui melalui Facebook. Kebanyakan kes penculikan terjadi ketika orang tua cuai dan membiarkan anak tanpa pengawasan. Untuk mengelakkan ianya terjadi, maka tetapan keselamatan di akaun Facebook juga perlu diperketat. Gambar-gambar anak dan foto-foto lain yang bersifat peribadi sebaiknya ditetapkan supaya ia hanya boleh dilihat oleh keluarga, kawan, atau orang-orang tertentu yang dipercayai dan tidak semua orang dapat melihatnya.
Bukan hanya Facebook, televisyen juga mungkin mempunyai impak dalam membentuk perilaku buruk anak. Pelbagai tayangan seperti sinetron dan reality show masa ini tidak memberikan pemahaman yang baik kepada anak mengenai nilai-nilai moral dan lebih banyak memberi kesan negatif. “Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak pernah memantau 13 stesen TV swasta di Indonesia. Hasilnya, 62% di antaranya menayangkan perilaku kekerasan yang boleh membuat anak-anak menirunya. Pelbagai adegan kekerasan ini dijumpai di sinetron dan tayangan-tayangan filem lain,” kata Arist.
kredit: DetikHealth
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan