Ahad, 5 Februari 2012

Turuti Sunnah Nabi SAW


Sempena sambutan Maulidurasul 1433 ini marilah kita sama2 meneladani sifat2 Rasulullah saw sebagai panduan kita sbagai idola kita. Baginda saw adalah sebaik-baik akhlak manusia diatas muka-bumi ini.

Menepati janji adalah salah satu ciri-ciri yang terdapat pada sifat Nabi saw. Baginda saw sentiasa menepati janjinya apabila berjanji.

Hari ini dalam masyarakat kita sudah terlalu ramai yang tidak menepati janji. Sama ada dalam urusan kerja seharian, urusan perjalanan, perkahwinan atau selainnya, kita sudah sering melambatkan janji kita. Sebagai umat Islam, umat Muhammad saw kita hendaklah teguh berpegang kepada janji. Jika ada sesuatu sebab janji tersebut tidak dapat ditunaikan, hendaklah segera meminta maaf dan membuat janji yang baru. Jangan mengabaikannya atau memandang ringan, sekali pun ia hanya janji di antara suami isteri atau anak-anak.

Rasulullah saw bersabda:

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia berbicara niscaya dia berbohong, apabila dia berjanji niscaya mengingkari, dan apabila dia diberi amanah niscaya dia berkhianat.” [Shahih Muslim, no 89]

Satu ciri yang kita perhatikan melekat pada kebanyakan orang Islam ialah tidak tahu mengurus waktu. Apabila membuat temujanji, amatlah sukar untuk menemui orang yang tepat pada masanya, apatah lagi yang lebih awal. Kebanyakannya memang lewat dan mereka bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa kesalahan yang telah mereka lakukan.
Sebagai seorang muslim, baik sesama warga kerja atau ahli keluarga, hendaklah kita bijak lagi efisyen menguruskan waktu. Termasuk di dalam pengurusan ini ialah berada tepat pada waktunya (right on time) apabila membuat sesuatu temu janji. Seandainya tidak dapat memenuhinya, hendaklah dimaklumkan seawal yang boleh sambil meminta maaf.
Apabila melakukan satu kesalahan, hendaklah segera meminta maaf. Jangan buat-buat tidak tahu atau meremehkannya.

Kerap kali sesuatu perselisihan kecil boleh berkembang menjadi pergaduhan besar kerana satu pihak memandang remeh apa yang dipandang penting oleh pihak lain. Sebenarnya berpegang pada janji, menguruskan waktu, tidak meremehkan sesuatu dan membuat pengesahan adalah etika yang lazim kita laksanakan dalam kerjaya sehari-harian. Sayang sekali, etika yang baik ini kita abaikan di rumah di antara sesama ahli keluarga. Ini kerana ramai yang mengukur kejayaan di dalam kerjaya, bukan rumahtangga.

Hakikatnya, kejayaan diukur dalam rumahtangga. Orang yang berjaya adalah orang yang dapat meneruskan kehidupan rumahtangganya sehingga akhir hayat dalam suasana romantik dan bahagia. Pergaduhan memang akan berlaku, namun selepas setiap pergaduhan masing-masing akan mengaudit diri sendiri “di mana silap aku” dan “bagaimana aku dapat memperbaikinya”.

Melalui rumahtangga yang bahagia, pasangan suami dan/atau isteri akan pergi ke tempat kerja dalam suasana yang ceria, tenang lagi bersemangat. Ini tentu saja memberi pengaruh besar untuk masing-masing mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing. Di sinilah terdapat formula yang penting: Kejayaan di rumah akan menghasilkan kejayaan di tempat kerja.

Alamak Tok Wan dah merepek sampai hal rumah-tangga pulak. Tapi takper sebab pokok ceritanya masih dalam menuruti Sunnah Rasulullah saw.

Ini ada lagi satu cerita realiti (kisah benar) yang terjadi pada Tok Wan

Hari khamis yang baru lepas Tok Wan bersama2 dengan seorang pengarah filem tempatan telah dijemput untuk buat pitching di stesen Tv al Hijrah yang kat Pusat Islam tu. Pitching ni bermaksud kami ditemubual oleh penemuduga bagi mendapatkan kerja membekalkan bahan siaran untuk stesen Tv berkenaan. Jadi waktu yang dijanjikan ialah 12:00 tengahari.

Seperti biasa Tok Wan akan tercepat dari waktu yang dijanjikan. namun terlebih cepat dari biasa pulak. Jadi nak cutt sikit masa yang ada banyak balance tu Tok Wan singgah minum di Restoran Jamek disebelah Masjid Jamek. Selesai minum secawan kopi dari sana ambil teksi ke Pusat Islam. Sampai sana tepat jam 11:30, pun masih ada banyak balance.

Pelan2 Tok mendaki tangga untuk sampai kepuncak yang menemukan pintu masuk kestesen Tv tersebut. Oleh keraana tempat duduk yang disediakan bagi tetamu tidak mencukupi maka Tok menunggu diluar bangunan, kira kaki-limalah. Apabila menghampiri waktu 12:00 kami diberitahu waktu digenjakkan kepada 12:45, ahh...tak kesahlah cuma beza 45 minit jer, masih ada waktu untuk solat zohor dan makan tengahari.

namun apabila menghampiri 1:15 tengahari badan dan perut dah gelisah. Nak pergi solat takut nama dipanggil. Ehhh...Tv Al Hijrah ni kan ker lebih Islamik dari channel lain takkan takder waktu rehat untuk solat? Ahhh...lantaklah, ini dah 1:20 baik cari surau dulu, ambil wuduk dan duduk rehat dalam surau, nak duduk ruang menunggu pun tak cukup tempat kan.

So ringkas cerita selesai solat hidupkan semula henset takder apa2 missedcall. Singgah beli buah jambu potong 2 bungkus untuk lapek perut sebab dah tersangat lapar, maklum dah jam 2:00 petang. Diringkaskan lagi cerita kami dah terlalu letih, tempat menunggu dibahagian luar semakin ramai sebab yang pitching bahagian petang sudah mula sampai termasuk Abang Johan Ibrahim.

Tiba-tiba 3 orang yang separuh umur berjalan mendekati pintu utama dan menegur Tok Wan, 'Didalam dah takder tempat duduk ker?' tegur pegawai yang mungkin bekerja dengan Tv Al Hijrah. Dengan selamba Tok jawab, 'Dah penuh'.

Pengurusan Al Hijrah yang setahu kita lebih Islamik dari stesen Tv yang lain perlu lebih teliti dalam bab melayani tetamu. Sepatutnya mereka memberikan kerusi untuk di duduk oleh tetamu yang bertinggung diluar bangunan dan pada anak tangga.

Dalam pengamatan Tok sendiri mereka sudah melakukan 3 kesilapan;

1. Tidak meraikan tetamu seperti sunnah Rasulullah saw.
2. Tidak menepati masa yang dijanjikan.
3. Membiarkan kaki-tangan perempuan berpakaian ketat sehingga menampakkan aurat.

Bukan sahaja kaki-tangan di Tv Al Hijrah yang didapati mendedahkan aurat tetapi pengunjung di Perpustakaan Islam disebelahnya juga mendedahkan aurat.

Pengawal keselamatan dan urusetia bangunan Pusat Islam perlu mengenal pasti klasfikasi mendedahkan aurat itu. walaupun nampak mereka memakai kain tetapi ada terbuka/ terbelah bahagian betis. Ada yang berbaju kurung tapi ponggongnya ketat sehingga menampakkan bentuk ponggong mereka. Sepatutnya mereka-mereka yang seperti ini tidak dibenarkan memasuki kawasan Pusat Islam, kerana namanya Pusat Islam.

Akhirnya nama kami dipangil jam 3:05 petang. Jam 3:20 dah selesai. Apalagi waktu yang tinggal cuma setengah jam itulah yang Tok gunakan untuk berdesup mencari Maybank terdekat untuk urusan bank-in (wang kertas RM 1 dan RM 5 memang tak diterima oleh mesin) dan transfer keakaun ketiga. Kemudian berdesup lagi ke Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional di depan Dewan Bahasa dan Pustaka. Seselasi urusan di JPNIN rupa2nya urusan solat asar pulak dah tak dapat ditepati. Kalau dapat berjemaah di Masjid Al Bokhari Jalan Hang Tuah alangkah bainya. Namun apa boleh buat dek kerana janji yang tidak ditepati maka janji kita pada diri sendiri untuk temujanji yang terkemudian terpaksa dilewatkan termasuk solat asar.

So inilah yang nak Tok sampaikan pada anda bahawa menepati janji sangat penting. Jangan kita melihat orang yang memakai serban berjubah putih dan berjanggut atau kopiah putih atau songkok itu sebagai individu Muslim. Individu yang mengikuti sunnah Rasulullah saw, kadang2 merekalah yang merosakkan imej Islam itu sendiri.

Apalagi sebuah stesen Tv yang tersohor dengan progrem2 Islamiknya, sudah pasti imejnya tercalar dihati Tok Wan. Dihati Abang Johan Ibrahim, Kak Wan dan Production House yang lain yang sama2 hadir pitching tersebut.

Diharap penulisan ini tidak menyakitkan hati sesiapa, ini sekadar cermin yang membidal dari pandangan mata orang kedua. Harap maaf...


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan