Jumaat, 17 Februari 2012

Gulongan Kera Dan Babi Yang Disebut Rasulullah SAW


Siapakah golongan umat Islam yang di sifatkan Rasulullah saw sebagai kera dan babi?

Saperti yang di sabdakan Baginda saw dalam Hadisnya yang bermaksud,

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka bertaqlid dan meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.

Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Mereka di umpamakan saperti kera dan babi oleh Rasulullah saw kerana mereka adalah golongan yang suka bertaqlid mengikut sahaja, memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat, murtad dan kafir, padahal golongan yang dikatakan itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras saperti dalam Hadis tersebut.

Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (HR Bukhari).

Hadis ini memperlihatkan betapa beratnya hukuman kepada orang yang menuduh orang Islam lain kafir atau murtad dan sekiranya tidak benar, hukum kafir atau murtad itu akan kembali kepada si penuduh.

Selagi umat Islam bermain isu kafir mengkafir atau murtad memurtad yang keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt dan manusia itu sendiri.


kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan