Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Rabu, 15 Februari 2012
Allah Maha Besar
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta 'alam. Selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta kaum keluarga Baginda.
Memang aku tahu Allah SWT itu Maha Besar. Dialah yang Maha Pencipta. Dia yang Maha Menghidupkan. Tiada sesuatu yang lain yang patut kita sembah melainkan Dia. Maha Suci Allah. Yang hidup lagi Menghidupkan.
Namun setiap kali apabila berdiri dalam solat sering aku mencari khusuk. Seringkali khusuk aku hilang. Aku terus mencari khushuk. Kadang berjumpa kadang hilang dengan aku tahu puncanya. Ya...puncanya aku masih mengingat urusan dunia. Tok Ustaz ada bagitau semasa solat jangan ingat urusan dunia. Baca surah Al Fatehah umpama kita berbicara di hadapan Allah swt. Allah swt sedang memerhatikan kita berdiri dalam solat.
Apabila fikiran dan ingatan kita sudah tidak pada Allah swt maka Allah swt segera tidak memandang kita lagi. Tinggallah kita bersolat dalam keadaan sedemikian. Alangkah ruginya kita.
Kita ulang kembali untuk solat dalam fardhu yang lain, pun begitu juga. Bagaimana hendak membuang ingatan keatas urusan dunia ini?
Untuk membuang rasa ingatan atas urusan dunia ini kita harus meyakinkan diri, meyakinkan jiwa, meyakinkan dengan sebenar-benar yakin bahawa Allah sedang memerhatikan kita yang sedang berdiri dalam solat ini. Sedang berkata-kata dengan menggunakan Kalimah Allah yang Jibril sampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Kalimah itu ialah surah Al Fatehah.
Kita harus fahami maksud setiap baris dari bacaan yang kita sebutkan dengan lidah kita itu. Apabila kita faham makna ayat yang kita baca barulah dapat kita membuang ingatan keatas urusan dunia dari kotak fikiran kita.
Namun bukan semudah itu hendak kita membuang fikiran yang sering mengganggu dalam solat. Kadang kita bersungguh-sungguh tekun merenung arah kiblat, menghadapkan wajah ke rumah Allah di Makkah al Mukarammah, tapi gangguan datang juga.
Ada ketikanya terpaksa mengingati mati. Mengingati kematian dapat meluputkan fikiran tentang urusan dunia. 'Kalau aku mati esok tak perlu fikir apa-apa lagi tentang dunia ini', begitu fikiran yang datang mengacau seketika. Mungkin pada masa itulah syaitan datang berbisik ke telinga supaya mengingat perkara-perkara yang tidak sepatutnya ada.
Aku harus memberi tumpuan lebih. Fikiran aku harus di pusatkan kepada Allah swt yang berada di depanku. Walaupun aku tak nampak Dia, namun aku yakin sewaktu aku mengangkat takbir Dia ada di ditu. Tapi bila fikiran hilang tumpuan Dia tidak memandangku lagi.
Lalu dalam solat yang lain aku merenung sambil mengingati betapa besarnya Allah swt. Sebab itu selalu kita sebut Allah Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar. Bila mengingatkan Allah Akbar baru dapat aku tumpukan solatku dengan tenang. Aku dah tak kisah lagi kanak-kanak yang berlari di belakangku. Aku dah tak kisah lagi suara orang yang sedang bercakap-cakap di sekelilingku sewaktu aku mengerjakan solat sunat.
Gambar dibawah ini boleh anda besarkan dengan clik sekali pada gambar tersebut. Jika tak cukup besar anda di nasehatkan tekan butang 'Ctrl' dan serentak itu tekan juga butang '+'. Untuk balik normal tekan 'Ctrl' bersama butang '-'.
Fikiranku menerawang memikirkan betapa kecilnya sang semut di kakiku, kemudian aku membandingkan betapa besar pula bumi ini jika dibandingkan dengan semut. Kemudian aku membandingkan betapa besar planet Jupiter jika dibandingkan dengan bumi ini.
Bumi ataupun dunia ini yang sangat besar sebenarnya begitu kecil jika hendak di bandingkan dengan Jupiter. Betapa pula Jupiter begitu jauh namun dapat mengelilingi bum,i dalam masa-masa tertentu. Benar...sungguh besar planet Jupiter jika di bandingkan dengan bumi. Cuba anda lihat sendiri perbandingannya melalui gambar di bawah ini.
Planet Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune rupa-rupanya jauh lebih besar dari bumi. Subhanallah...
Maha suci Allah, memang patut sangat Dikau aku sembah. Dikaulah yang menjadikan semuanya ini. Aku bersyukur kerana aku di tampilkan ke dunia ini pada masa ini, pada masa teknoloji sedang berkembang maju dan dengan itu aku dapat mengetahui betapa besarnya ciptaanMu melalui teknoloji itu.
Aku juga mahu mengucapkan berbanyak-banyak syukur kepadaMu kerana menjadikan aku terlahir dari kalangan Umat Nabi Muhammad saw
Aku tahu bahawa segala ciptaanMu itu adalah bagi Dikau perlihatkan kepada sekelian makhluk terutama manusia dan jin untuk mengetahui betapa Hebatnya Dikau. Allah Akbar. Jikalau bumi ini dimana aku berpijak pun tak mampu ke jelajahi ke semua arah apatah lagi untuk menjelajah dengan kakiku ini, kaki yang Dikau berikan kepada aku untuk menjelajah permukaan Jupiter amat-amat tidak layak, kerana aku sudahpun tahu betapa besarnya Jupiter yang Kau ciptakan itu. Sekali lagi aku harus menyebut namaMu yang suci dalam kalimah SUBHANALLAH...
Tapi kadang-kadang fikiranku kembali meracau mengingatkan hal-hal perdagangan. Ahhh... si pulan itu bilakah dia hendak memulangkan barang yang dia pinjam dari aku. Janjinya dulu cuma pinjam untuk satu minggu tapi kini sudah masuk 3 minggu. Astaghfirullah alazim... Fikiran jahat kembali lagi. Terpaksa pula aku mengheret fikiranku untuk melihat kehebatanMu mencipta apa yang lebih besar dari Jupiter.
Lalu aku menemukan sang matahari lebih besar dari Jupiter. Sekali lagi fikiranku tergamam memikirkan matahari sebenarnya adalah sejuta kali lebih besar dari bumi.
Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim. Ya Azim, hanya Dikau yang patut kami semua sembah. Hanya pada Engkau kami meminta pertolongan. Bantulah kami menuju jalan yang lurus, bukannya jalan-jalan yang telah Engkau tunjukkan kepada mereka-mereka yang pernah Engkau zalimi atas perbuatan mereka.
Hanya Engkau Penguasa Yang Maha Kuasa, Pemerintah Yang Maha Memerintah. Pencipta Yang Maha Pencipta. Tidak Engkau jadikan matahari sebagai suatu ciptaan yang sia-sia bagi kami melainkan dengan cahayanya yang amat terang telah menjadikan kami dapat berjalan di atas muka bumiMu ini. Dengan kuasa yang terbit dari cahaya matahari itu juga kami dapat merasai kemanisan buah-buah yang masak ranum sesudah trdedah kepada matahari yang Engkau ciptakan itu.
Duhai rakan-rakan, cubalah anda lihat sendiri perbandingan ukuran besarnya Jupiter dengan matahari. Lihatlah pula perbandingan antara matahari dengan bumi yang kita duduki ini. Lihatlah gambar di bawah ini.
Benar... sangat hebat matahari sehingga di dalam al Quran di berikan satu surah yang di beri nama 'As Syams' yang bermaksud matahari. Walau begitu jauh dia berada namun sangat terasa panasnya. Dengan teknoloji kini baruku tahu matahari itu sungguh besar. Bila matahari yang sebegitu besar telah Engkau ciptakan untuk memberi faedah kepada kami di bumi ini mengapa pula sebahagian dari kami di bumi ini tidak bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan itu?
Sekali lagi aku bersyukur kerana Engkau telah menjadikan aku terlahir dari kalangan orang-orang Islam. Kalangan orang-orang yang mematuhi segala perintahmu yang telah Engkau sampaikan menerusi Rasul yang telah Engkau pilih. Seorang Rasul yang terpilih yang kemudian berjaya mengembangkan syiarMu kepada kami jauh di negara ini. Aku sedar Rasul itu bukan sekadar untuk orang Arab di Tanah Arab, bahkan untuk sekelian manusia dan jin.
Hari ini sebahagian besar manusia dan jin telah memeluk agama yang Kau kirimkan menerusi Rassul pilihan ini. Rasulullah saw adalah manusia yang menjadi contoh ikutan sepanjang zaman. Sungguh agama yang di bawanya berassal dari Dikau wahai Sang Pencipta. Bagitu hebat matahari Kau jadikan. begitu besar ukuran matahari yang walau terlalu jauh namun masih dapat kami terima faedahnya. Maka Dikaulah Yang Patut kami sembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan atas segalanya.
Allah Akbar Allah Akbar Allah Akbar
Allah Maha Besar yang menciptakan matahari bagi kami mengira malam serta siang serta minggu dengan bulan dan dengannya juga tumbuh segala tumbuhan yang mengeluarkan buah-buah yang manis lagi lazat rasanya. Dalam tegak berdirinya aku sewaktu solatku,memang Dilkau yang aku sembah. Hanya padaMu roko'ku, hanya padamu sujudku, hanya padamu aku menadah tangan meminta keampunan atas segala salah serta dosaku sewaktu melupakanMu dalam solatku itu.
Kini aku temukan pula lagi satu ciptaanMu yang lebih besar dari matahari. Orang-orang barat menamakannya Arcturus kerana mereka yang mula-mula bertemu dengan planet ini. Sekali lagi aku mengucap kesyukuran kerana di perlihatkan planet Arcturus yang jauh lebih besar dari planet matahari. Ukurannya Arcturus melebihi sejuta kali ukuran besarnya matahari.
Lihatlah perbandingannya melalui gambar di bawah ini.
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Subhanallah Walhamdulillah Walaailah ilallah Allah Akbar
Rupa-rupanya selepas Arcturus yang terbesar setakat yang aku tahu selepas matahari ada lagi planet lain yang lebih besar dari Arcturus. Planet itu bernama Antares. Memang ahli kaji bintang menamaakannya begitu. Namun ku tahu di dalam al Quran Kau namakannya Al Buruj, Al Najm dan berbagai-bagai lagi.
Alhamdulillah... memang segaala puji hanya bagi Engkau Tuhan yang menjadikan serta mentadbir sekelian 'alam. Rupa-rupanya inilah yang di maksudkan 'alam. Sungguh luas 'alam ini. Kalau tidak cukup luas bagaimana hendak meletakkan planet yang sebegini besar di tempat yang mata kami tidak nampak akan wujudnya.
Apa yang kami nampak dari bumi ini pada malam hari hanyalah kerdipan cahaya dari apa yang kami namakannya bintang-bintang yang berjumlah berjuta-juta atau mungkin juga berbillion-billion. Atau mungkin juga mencapai trilion. Kami tidak tahu jumlahnya. Hanya Engkau yang Maha Tahu berapa jumlahnya dan apakah tugasnya.
ALLAH AKBAR ALLAH AKBAR ALLLAH AKBAR
Sungguh besar planet Antares jika mahu di bandingkan dengan planet Arzturus. Ukurannya jauh melebihi juta kali.
Jika di bumi ini pun kami sudah tidak berdaya hendak berjalan kaki mengelilinginya bagaimana nanti jika di akhirat Dikau memaksa kami berjaalan di atas permukaan Antares ini. Jika melihat pada ronanya pasti Antares ini lebih panas dari matahari. Namun tak pula kami merasa terlalu panass jika kami fikirkan betapa panasnya pula neraka yang Kau khabarkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril. Aku membaca kisah itu dan malaikat Jibril menangis ketika api di nerakaMu baru di nyalakan ketika Jibril membawa berita itu kepada Nabi Muhammad saw sambil menangis.
Lalu dengan segera Kamu perintahkan supaya Jibril memberitahukan kepada Muhammad saw yang Kamu sayang itu supaya berhenti dari menangis kerana tiang Arash telah mula bergoyang akibat tangisan Rassulullah saw itu.
Ya Allah ya Tuhan kami. Begitu Hebatnya Engkau. Begitu besarnya ciptaanMu. Kami berjanji akan berdiri dengan khusyuk dalam solat. Kerana ketika berdirinya kami itu bermakna Dikau mula memerhatikan kami. Dan kami berjanji tidak akan memesongkan pemikiran kami kepada perkara yang lain kecuali kepadaMu Ya Allah.
Terimalah solat kami ini, terimalah ruko' kami ini, terimalah sujud kami ini. Kami takut dan mengharap keampunanMu. Hanya Engkau yang Berkuasa memberi Pengampunan kepada siapa-siapa yang Dikau kehendaki.
Ya Allah Ya Rabbi...
Dapat aku rasakan ada lagi yang lebih besar dari ini. Sebab ku katakan begitu ialah ini yang dah jumpa yang belum jumpa belum tahu, mungkin teknoloji yang lebih maju akan bertemu yang lebih besar daripada ini. Allah Akbar.
Kalau bintang-bintang pun dah besar macam itu. Agak berapa besar pulak angkasa lepas itu???
Bagi meringankan sedikit beban fikiran mari kita baca fakta yang pernah di keluarkan oleh ahli sains angkasa.
--DALAM SISTEM SOLAR KITA (BIMA SAKTI/MILKY WAY) 1 MATAHARI, 9 PLANET DAN LEBIH KURANG 200 JUTA BINTANG. INI JUGA DINAMAKAN GALAKSI
--GALAKSI YANG PALING HAMPIR DENGAN BUMI IALAH ANDROMEDA DAN HAMPIR SAMA DENGAN SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI. ADA GALAKSI YANG JAUH LEBIH BESAR DARI INI.
--JUMLAH GALAKSI YANG ADA DI ANGKASA LEPAS DIANGGARKAN LEBIH KURANG 1 BILLION !!!!
BOLEH FIKIR BERAPA BESAR AGAKNYA SEMUA NI???
Wahai Tuhan kami...
Ampunilah semua dosa-dosa kami, ampunilah segala dosa kedua ibu-bapa kami, ampunilah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat. Jauhilah kami dari azab kubur, jauhilah kami dari azab api neraka. Hindarilah kami dari hasutan serta fitnah manusia dan hindarilah kami dari hasutan serta fitnah dajjal al masih.
Wa solallahu ala saidina Muhammad, walhamdulillahi Rabbil alAmin...
Sebagai tambahan sila tonton video di bawah ini. Dan jangan lupa tekan butang untuk dapat tonton dalam mode full screen yang ada di sisi bawah kanan.
sila share jika anda fikir anda perlu share
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan