Selasa, 31 Januari 2012

Kita Semakin Jahat


Kadang2 bila tok fikirkan hal2 dunia pada masa kini maka datanglah rasa menyampah kepada dunia, kepada orang yang berada diatas muka bumi ini. Waktu itulah timbul keinginan nak kurungkan diri dalam bilik dan tak mahu keluar kemana-mana. Sebab bila keluar saja akan bertemu dengan ramai orang yang jahat. Asal keluar saja berbagai perkara maksiat terpaksa ditonton.

Mulut serasa ringan nak menegur perkara2 maksiat didepan mata, namun hati berbisik 'Baik tegur dari dalam hati saja', sambil mata memberi isyarat.

Berkurung diri dalam rumah atau bilik pun sama juga, bila waktu solah pergi surau dan jumpa para jemaah berbual hal-hal dunia dalam surau atau perkarangan surau. Waktu azan berkumandang pun sibuk nak berbual lagi, tambah menyakitkan hati. Nak ditegur dah tua2 belaka.

Nampak seolah2 tiada lagi keikhlasan dalam beribadah kerana Allah snt. Pemberian dari seseorang pun nampak sangat tidak ikhlas.

Contoh yang nyata ialah pemberian pingat kebesaran untuk seseorang yang telah meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya maka diberikanlah pingat yang membawa gelaran Tan Sri, walhal pemberian tersebut tidak bermakna apa-apa selain sebuah nama. Nampak sangat kita ini semakin jahat sebab bagi pingat pada orang yang dah meninggal.

Harta wakaf pun sama,. Jarang kita dengar tanah wakaf tersebut diberi oleh pemberi wakaf semasa dia masih sehat bugar. Selalunya bila dia dah tua, badan dah sengal sana sengal sini ditambah sikap anak2 maka waktu itulah hartanya dijadikan wakaf. Nampak sangat kita ini semakin jahat. Tidak seperti orang dulu2 yang mana setiap pemberian mereka samaada dalam bentuk hadiah atau harta wakaf sangat2 ikhlas pemberian mereka.

Hazrat Anas r.a. berkata,"Hazrat Abu Talhah Ansari r.a. ialah seorang yang mempunyai kebun yang paling banyak dan paling luas di Madinah al Munawwarah. Beliau mempunyai sebuah kebun yang bernama Bairaha'. Kebun itu sangat2 disayangi oleh beliau. Kebun ini terletak berhampiran dengan Masjid Nabi. Perigi yang terdapat dalam kebun itu dipenuhi air yang sedap. Rasulullah saw pun selalu masuk ke dalam kebun itu dan minum air dari perigi tersebut.Apabila ayat al Quran yang mulia diturunkan, yang mana ayat terbut membawa maksud;

"Sekali-kali kamu tidak dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu mendermakan sebahagian apa-apa yang kamu sayangi."

Surah Ali 'Imran ayat ke 92

Maka Hazrat Abu Talhah r.a. menemui Nabi saw dan berkata, "Saya sangat kasihkan kebun saya Bairaha' dan Allah snt telah berfirman, "Belanjakanlah harta yang kamu sayangi di jalan Allah snt." Oleh itu saya memberikan kebun saya itu pada jalan Allah snt maka tuan belanjakanlah di jalan yang tuan fikir sesuai".

Rasulullah saw sangat gembira dan bersabda, "Ini ialah harta yang sangat berharga. Saya fikir sangat sesuai jikalau kamu mambahagi-bahagikan kepada kaum kerabatmu."

Hazrat Abu Talhah r.a. pun membahagi-bahagikan kebun itu kepada kaum keluarganya. (Durrul Manthur)

Pada hari ini adakah kita sanggup menyedekahkan harta yang paling kita sayang tanpa sedikitpun rasa ragu-ragu dihati setelah mendengar satu ceramah yang bagus atau selepass membaca sepotong ayat al Quran atau selepas mendengar sebuah kisah seperti diatas?

Sekiranya terfikir untuk memberi wakaf pun biasanya wakaf dilakukan apabila sudah tidak ada lagi peluang untuk hidup ataupun setelah merujuk kepada waris-waris dengan niat supaya mereka tidak akan mendapat bahagian mereka. Itupun dirancang bertahun-tahun lamanya supaya selama masih hidup hanya dia sahaja akan memperoleh munafaat daripada harta itu.

Apa-apa yang akan terjadi setelah dia mati, terserahlah. Sebaliknya untuk perkara yang dapat menaikkan nama atau kemasyuran atau untuk kenduri perkahwinan kita tidak menolak untuk berbelanja sehingga sanggup berhutang dengan bayaran bunga sekalipun.

Lihatlah betapa semakin hari semakin jahatnya kita.

Kenduri perkahwinan kita buat secara besar-besaran sebab duit tersebut kita sandarkan kepada anak menantu kita untuk mendapatkannya. Cara bagaimana mahu mendapatkan wang kenduri termasuk hantaran yang berbelas-belas ribu atau adakalanya berpuluh-puluh ribu terseah kepada anak menantu kita.

Adakah kita masih tidak jahat jika kita sendiri yang berbuat demikian? Marilah kita perbaiki diri kita untuk jadi orang yang baik dikalangan orang yang baik-baik.


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan: