Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 24 Januari 2012
Kes Rasuah...Pada Suatu Peristiwa Lain
Pada suatu peristiwa yang lain, Abdullah ibn Dinar menceritakan bahawa pada suatu hari, beliau berjalan-jalan keluar ke Kota Makkah bersama Saidina Umar al-Khattab.
Sewaktu sedang berehat di tepi sebatang jalan dikota itu, tiba-tiba seorang gembala kambing turun dari bukit berhampiran dan Saidina Umar berkata kepada pengembala itu:
"Wahai penternak, jualkan saya seekor kambing itu."
Pengembala itu menjawab:
"Saya sendiri seorang hamba."
Mendengar kata-kata itu, maka Saidina Umar terus menguji hamba itu dengan katanya:
"Cakapkan saja kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala!"
Lalu pengembala itu pun menjawab:
"Tetapi di mana Allah?"
Maka Saidina pun Umar terus menangis teresak-esak mendengar kata-kata hamba itu.
Beliau kemudian mengikuti hamba itu berjumpa tuannya dan terus membeli hamba itu serta memerdekakannya.
Saidina Umar ketika membebaskan hamba berkenaan , berkata kepada gembala tersebut:
"Kata-katamu itu telah memerdekakan kamu di dunia dan aku harap kata-kata yang sama juga akan memerdekakan kamu di akhirat nanti!"
Itulah kekuatan akidah yang ditunjukkan oleh Muazzin Rasulullah dan gembala kambing berkenaan yang sewajarnya menjadi inti pati kepada perubahan ke arah kebaikan.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan