Khamis, 12 Januari 2012

Fatwa Di Langgar Kerana Berfahaman Sekular


Ideologi sekularisme tajaan barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dari agama telah menular ke hampir semua negara Islam di dunia ini. Rupa rupanya ideologi ini telah memberi hasil yang amat buruk sekali kepada penghidupan manusia sejagat. Kehidupan manusia bukan bertambah baik tetapi menjadi begitu pincang dan cacat. Di barat di mana ideologi ini bermula masyarakat manusia sudah hilang identiti kemanusiaannya. Manusia ramai yang sudah tidak percaya kepada agama, kerana mereka menganggap agama itu candu yang merosakkan akal fikiran manusia. Walhasil tanpa agama, mental dan spiritual manusia di kuasai oleh nafsu dan syaitan, hingga jadilah manusia saperti syaitan atau binatang. Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi lagi.

Kita orang Timur walaupun katanya beragama,(yang bergama Islam pun juga) sudah berjaya di rosakkan oleh fahaman sekular tajaan barat itu. Kita sudah hampir jadi senasib dengan orang barat sebab agama tidak di jadikan panduan hidup. Agama pada sesetengah orang hanya tinggal nama sahaja. Sebab itu umat Islam di timur, termasuk di Malaysia yang sepatutnya hidup dalam keadaan berbaik baik sudah jadi kelam kabut dan huru hara macam orang barat.

Pemerintah dan pemimpin oleh kerana berfahaman sekular mereka menganggap agama perkara kedua dalam pentadbiran negara. Jika ada fatwa yang di keluarkan oleh mufti mufti yang mereka sendiri lantik, yang tidak menyebelahi mereka, mereka tak ambil peduli dan langgar. Mereka menjatuhkan kredibilti mufti mufti mereka sendiri. Contoh, pada satu ketika dulu seorang mufti negeri Perak telah menfatwakan bahawa aktiviti "Jom Heboh" mendorong kepada maksiat maka ianya haram di anjurkan. Pemerintah tak ambil peduli. Sepatutnya kalau mahu membenarkan ianya di anjurkan juga cari jalan alternatif untuk "mengIslamkan" Jom Heboh itu. Ini boleh di lakukan kalau mahu, saperti yang di lakukan oleh kerajaan Negeri Kelantan tidak lama dulu. Jom Heboh berjaya di anjurkan di sana dengan syarat syarat yang di tetapkan, iaitu mengikut lunas lunas syariat Islam.

Begitu juga berlaku dalam persatuan persatuan, NGO dan parti Islam yang juga tidak kecuali di landa fahaman sekular. Ada sebuah parti yang mempunyai dewan ulama tetapi kerap kali suara mereka tidak mahu di dengar oleh beberapa orang pemimpinnya kerana pendapat dan nasihat dewan ulama mereka tidak menyumbang kepada "politik gain" parti. Walaupun mereka mengaku mereka tidak sekular, samada sedar atau tidak, sengaja atau tak sengaja, tetapi ajaran sekular mereka guna juga. Ini menunjukkan fahaman sekular telah melanda di mana mana tempat orang Islam macam bah yang tidak dapat di bendung lagi.

Sekular mengajar ulama ulama yang patut jadi obor menaungi umat menjadi peluru peluru berpandu yang mengeluarkan fatwa fatwa yang bercanggah di antara mereka hingga umat jadi kucar kacir.

Sekular juga mengajar ibu ayah yang sepatutnya jadi ketua rumahtangga menjadi penjahat penjahat yang menyeksa anak anak. Anak anak sepatutnya begitu kasih dan taat kepada kedua ibu bapa. Tetapi tidak demikian. Ajaran sekular telah mengajar anak kita bertanya kita balik "Mengapa lahirkan saya di dunia, mengada ngada nak lahirkan saya maka tanggunglah beban?" Begitu lah sikap anak berpendidikan sekular.

Suami isteri susah untuk berbaik baik. Suami kalau mahu "menggauli" isteri tanpa persetujuan di kira rogol dan suami boleh di dakwa di mahkamah. Ini ajaran sekular. Mereka tinggal serumah tetapi tidak sehaluan. Sering berselisih faham, berkrisis, berpecah belah dan bercerai berai. Kegilaan kepada dunia serta sikap kau kau aku aku yang di ajar oleh fahaman sekular telah memutuskan kasih sayang dan rasa kemanusiaan sesama manusia.

Muda mudi sekular zaman ini sudah rosak sama sekali. Mereka bukan lagi pemuda pemudi harapan agama dan negara bahkan menjadi pemuda pemudi masaalah agama dan negara. Sistem pendidikkan sekular yang di guna pakai oleh pemerintah gagal melahirkan manusia manusia yang bertanggung jawab.

Sekularisme tidak ada cara untuk memproses manusia supaya berfungsi sebagai manusia. Nafsu sahaja yang di gemukkan tapi jiwa dan akal manusia tidak di bentuk untuk menjadikan manusia benar benar manusia saperti yang gariskan dalam ajaran Islam. Akhirnya manusia mewarisi watak haiwan atau syaitan. Sudah tentu lah acuan yang rosak akan mengeluarkan kuih yang rosak.

Bilakah akan lahir seorang pemimpin penyelamat yang akan menyelamatkan umat Islam sedunia dari cengkaman Sekularisme ? Waallahualam...

kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. Hurm. setuju sangat2. . moga2 Allah memelihara kita dari fitnah dunia & fitnah dajjal laknatullah. amin.

    BalasPadam