Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Ahad, 8 Januari 2012
Ayam Pegar dan Peribahasa Melayu
Gambar diatas ialah gambar ayam Pegar atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘pheasant’.
Bagaimana ayam pegar terkait dengan peribahasa Melayu? Arr... nak tau jugak nih. Peribahasa yang terkait dengan ayam Pegar ialah 'Harapkan pagar, pagar yang makan padi'. Ishhh...pagar dengan pegar kan ker jauh tu.
Tidak... sebenarnya orang Melayu dulu2 kata 'Harapkan pegar, pegar yang makan padi'. Itu yang betul dan itulah yang asalnya. Tapi oleh kerana orang Melayu dulu2 ada yang guna huruf jawi dan ada yang guna huruf rumi maka kelompok Melayu yang menggunakan huruf rumi mendahului kearah percetakan moden. Maka terjadilah salah ejaan.
Generasi yang kemudian yang tak tahu apa2 main ikut saja apa yang dibaca.
Memang zaman Tok Wan bersekolah dulu merasa pelik bagaiaman pulak pagar yang nak makan padi? Nahhh... hari ini bila Tok jumpa gambar ayam pegar nih dalam internet melalui pencarian google maka terjumpalah ayam Pegar nih. Pendek cerita 'Ayam Pegar' inilah yang sebenarnya yang diharapkan untuk menjaga padi jemuran, tapi ayam pegar inilah juga yang makan padi tersebut.
Rasa2nya Dewan Bahasa dan Pustaka pun belum jumpa lagi ayam pegar ini untuk membetulkan semula peribahasa yang sudah dicetak dalam pelbagai jenis buku yang pernah diterbitkan. Maka sehingga hari ini orang beraggapan bahasa 'pagar yang makan padi'.
Kesihan sungguh nasib Melayu, peribahasa sendiri pun tak tahu asal usulnya.
Penulisan Tok Wan ini bukanlah bersifat ilmiah yang memerlukan penyelidikan oleh para sarjana atau ilmuan dari Institusi pengajian tinggi atau perbadanan memajukan bahasa. Namun ianya sekadar buah fikiran sahaja.
Jadi jika ada apa2 pendapat yang berbeza demngan cendekiawan atau ilmuan yang lain Tok Wan minta maaf.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan