Faktor utama yang mencorakkan keluarga atau rumahtangga Islam ialah suami dan isteri. Rumahtangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengan menjadikan tuhan Allah sebagai cita-cita dan matlamat utama. Itulah bezanya antara rumahtangga biasa dengan rumahtangga luarbiasa.
Biasanya Suami
Kalau baik pun, setakat jaga makan minum keluarga sahaja.Tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.
Suami Luarbiasa
Ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan.
Biasanya Suami
Mudah melenting apabila isteri atau anak membuat salah. Ataupun ada juga suami yang biarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kira betul atau salah.
Suami Luarbiasa
Apabila isteri atau anak buat salah diberi tunjuk-ajar untuk membetulkan kesalahan itu. Dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, atau kerana dorongan nafsu.
Biasanya Suami
Menyerahkan bulat-bulat tugasan mengurus rumahtangga kepada isteri sekalipun dia tahu penat kerana turut bekerja. Baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.
Suami Luarbiasa
Sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karear dan anak-anak untuk mengejar keredhaan Allah. Menyelesaikan urusan rumahtangga adalah satu kerja yang sangat besar bagi seorang ibu demi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin negara yang takut dan cintakan Allah.
Biasanya Suami
Suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. Sebab itu banyak kes-kes suami main kayu tiga. Porak puranda rumahtangga di buatnya.
Suami Luarbiasa
Berpegang kepada larangan Allah supaya tidak memandang wanita lain. Yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. Maka hati suami tertumpu pada isterinya sahaja, baru aman rumahtangga.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan