Selasa, 13 Disember 2011

Amaran


سُوۡرَةُ الرَّحمٰن

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"


'Mereka bertanyakan kepadamu tentang hari kiamat'.'Bilakah terjadinya?' Katakan. 'Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanmu, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia'.

Kiamat ini amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.

Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. 'Sesungguhnya pemgetahuan tentang kiamat itu adalah disisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui'. (Al A'raf ayat 187)

Pada tahun 2001, seorang pakar komputer bernama Ali Adams telah menemui corak aturan nombor perdana dalam al Quran setelah membaca buku bertajuk Prime Obesession.

Ali bukan calang-calang orang. Beliau dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan graviti dan perubahan masa pada tahun 1999, namun buku tersebut telah memberi ilham kepada Ali untuk membuat analisis terhadap ayat yang di ulang-ulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar Rahman.

Menerusi surah Ar Rahman, Ali mendapati nombor perdana ialah nombor yang lebih besar daripada 1, manakala pembahaginya cuma 1, termasuk bilangan nombor itu sendiri.

Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana, tapi 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi dengan 2. Sepuloh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Dalam surah Ar Rahman Allah menegaskan ( فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ) ayat sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut: 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 69, 71, 73, 75 dan 77.

Dan jumlahnya ialah 13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433.

Ajaibnya ( 1 + 4 + 3 + 3 = 133 ) merupakan nombor perdana ! Beliau mendapati dalam surah Ar Rahman tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari dalam tahun lompat Islam pada tahun 1433 (2012) yang dikira termasuk Bismillah.

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 hari.

Oleh itu kesimpulan yang telah dibuat Ali bahawa setiap perkataan dalam surah ini menjuruskan kepada hari dalam tahun kalendar Islam 1433 atau 2012 masehi.

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan, فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4 hari dalam tahun 1433 hijrah untuk Allah Ar Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian memikirkan kejadian alam tersebut.

Kajian Ali mendapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan ke 44 dalam surah tersebut. Ia boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433 hijrah ialah pada hari ke 44 tahun tersebut yang jatuh pada 7 hb Januari 2012 dan berlarutan selama 4 hari.

Ayat ulangan terakhir pula jatuh pada perkataan bilangan ke 346 dan dapat disimpulkan bahawa satu peristiwa lagi akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433 hijrah bersamaan 4 hb November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah peristiwa penting itu ?

Maha Suci Alla, tiada seorang pun yang tahu hatta Ali Adams sekalipun kecuali Allah Azza wa Jalla. Dialah Yang Maha Rahman memberikan petunjuk berupa tanda-tandaNya kepada manusia untuk memikirkan melalui wahyuNya.

Namun berdasarkan bilangan ke 1433 dalam huruf, perkataan dan ayat tersebut, Ali meramalkan terdapat petanda penting untuk manusia memikirkannya.

Ali menyatakan kemungkinan hujan meteor akan berlaku sebagaimana huruf ke 1433 dalam surah Ar Rahman yang bermaksud kata 'jatuh' (batu dari langit). Adakah batu meteor akan jatuh menghentam bumi pada tarikh berkenaan?

Berdasarkan dalam ayat tersebut Allah menerangkan bahawa kejadian ini merupakan 'balasan azab berpanjangan' dari Allah kepada manusia seperti dalam perkataan ke 1433 tersebut dalam surah Ar Rahman.

Kedudukan Latitud Bumi & Tarikh Berlakunya Peristiwa

Ali turut memperincikan tarikh-tarikh berlakunya kejadian tersebut berdasarkan latitud bumi selaras dengan kajian keatas surah Ar Rahman seperti berikut;

13* 2012 01 01 2012 01 10
16* 2012 01 22 2012 01 25
18* 2012 01 30 2012 02 02
21* 2012 02 10 2012 02 13
23* 2012 02 18 2012 02 21
25* 2012 02 28 2012 03 02
28* 2012 03 13 2012 03 16
30* 2012 03 27 2012 03 30
32* 2012 04 04 2012 04 07
34* 2012 04 24 2012 04 27
36* 2012 05 06 2012 05 09
38* 2012 05 06 2012 05 19
40* 2012 05 28 2012 05 31
42* 2012 06 07 2012 06 10
45* 2012 06 22 2012 06 25
47* 2012 07 01 2012 07 04
49* 2012 07 07 2012 07 10
51* 2012 07 14 2012 07 17
53* 2012 07 23 2012 07 26
55* 2012 08 05 2012 08 08
57* 2012 08 18 2012 08 21
59* 2012 08 25 2012 08 28
61* 2012 09 03 2012 09 06
63* 2012 09 10 2012 09 13
65* 2012 09 15 2012 09 18
67* 2012 09 22 2012 09 25
69* 2012 09 30 2012 10 03
71* 2012 10 07 2012 10 20
73* 2012 10 15 2012 10 18
75* 2012 10 25 2012 10 28
77* 2012 11 04 2012 11 07

Sekali lagi, berdasarkan kedudukan latitud bumi pada tarikh berkenaan, kemungkinan sesuatu kejadian akan berlaku keatas bumi. Apakah kejadian itu?

Mungkin terjadinya hujan meteor, berlakunya gempa bumi dan kegoncangan dahsyat seperti diramalkan Ali tadi?

Marilah kita berdoa semuga tiada kejadian dahsyat menimpa bumi dan penduduk Malaysia pada tarikh-tarikh berkenaan.

Bagi anda yang ingin membaca lebih banyak lagi berkenaaan hal ini, lebih2 lagi bagi mereka yang tidak memahami bacaan latitud sila masuk kedalam pautan di bawah ini http://www.heliwave.com/2012.html
semuga dengan pembacaan anda itu akan mendatangkan munafaat jua bagi anda serta kaum keluarga anda.

kredit: mastika


Salam Ukhuwah..~

5 ulasan: