Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 2 Disember 2011
42 Nasihat Yang Berguna
1- Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.
2- Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.
3- Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.
4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.
6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
7- Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
8- Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.
9- Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.
10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.
11- Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
12- Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.
13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.
14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi Pekerti yang mulia.
16- Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.
17- Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.
18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.
19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
20- Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid.
21- Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.
22- Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.
23- Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :
سبحان الله وبحمده
” أحب الناس إلى الله أنفعهم “
24- Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama.
25- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia.
26- Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.
27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.
29- Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.
30- Jagalah lidah kamu.
31- Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.
32- Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.
33- Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.
34- Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.
35- Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.
36- Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.
37- Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu.
38- Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.
39- Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
40- Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.
41- Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.
42- Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.
kredit: Fairuz Hakim
Salam Ukhuwah..~
assalamualaikum tok wan...terima kasih atas nasihat dan perkongsian..
BalasPadam