Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Ahad, 16 Oktober 2011
Sikap Ulama Kini
Ulama pada zaman ini sudah tidak bersatu hati dan bersatu jiwa. Mereka hanya mampu bersatu dari segi zahir dengan mengikuti persatuan, jemaah atau parti parti. Masing masing dengan kepentingan diri masing masing. Ada yang nak jaga periuk nasi. Ada yang nak jaga hati tuan dia dan ada yang nak jaga parti dia. Ada yang hanya nak duduk di kerusi empuk menjadi Mufti dan menjadi pemimpin parti atau jemaah. Ada yang bercita-cita nak rebut kuasa menjadi pemimpin. Yang betul-betul nak jaga agama Islam sudah hampir tidak ada.
Ulama kini sudah tidak ada suara. Kalau ada pun suaranya tak di dengar. Atau kalau bersuara pun hanya soal-soal yang dia rasa selamat di suarakan. Tidak mahu menyentuh atau menyinggung mana-mana pihak lebih-lebih lagi pihak tuan dia iaitu parti atau pemerintah yang dia sertai. Ada juga yang memang berani bersuara. Tetapi berani bersuara untuk mengutuk dan menghukum orang lain, lebih lebih lagi lawan dia. Mereka hanya reti mengutuk dan menghukum akan kesalahan pihak lain tetapi tidak reti memperbaiki malahan semakin merosakkan keadaan. Mereka ini adalah sebenarnya perosak agama. Ini lah sikap ulama zaman ini.
Bukan semua ulama begitu. Ada ramai juga yang baik baik. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar akan kewujudan mereka. Ulama saperti ini lah yang harus kita cari dan ikuti.
Siapakah dia ulama yang boleh di jadikan “role model” untuk diikuti? Yang dari segi pakaian mereka sahaja sudah dapat membezakan mereka dari orang awam dan orang awam pula boleh meniru pakaian yang di pakai oleh mereka dan menganggapnya satu sunnah. Atau nak ikut ulama yang apabila memberi kuliah di kaca TV pun hanya pakai T Shirt dan gondol kepala mereka yang botak? Sangat di kesalkan, jika ulama sendiri sudah malu nak kenakan pakaian yang sesuai sebagai ulama dan mengenengahkan pakaian sunnah sebagai pakaian Islam apatah lagi pemimpin dan rakyat akan lagi jauh dari mengamalkan nya.
Ulama ulama silam mampu menjadi “role model”. Mereka mampu membentuk dan mencorak umat Islam dalam setiap sudut kehidupan. Rumah tangga mereka menjadi rujukan orang awam sebagai keluarga contoh. Ibadah mereka menjadi ikutan. Ilmu, wirid zikir mereka tidak terkira. Tawakal mereka setinggi gunung tidak boleh di gugat oleh mana mana isme ciptaan manusia. Contoh, mereka tidak takut dengan ugutan ugutan sesetengah ulama lain yang mengatakan kalau tak ikut serta dalam sistem pilihanraya demokrasi (taghut), Islam tidak akan bangkit dan akan terus kecundang. Keyakinan mereka terhadap sistem Tuhan itu lebih benar dari segala sistem yang di fikirkan manusia, adalah seteguh gunung Uhud. Ulama ulama saperti ini sebenarnya masih wujud. Tetapi mereka terpinggir. Di pinggirkan oleh berbagai bagai momokan , sistem dan undang undang ciptaan pemerintah. Momokan dan undang undang mengambarkan mereka sebagai pembawa ajaran sesat. Tetapi mereka tidak kisah. Mereka memang tidak terkenal di atas bumi. Tetapi mereka terkenal di langit. Kerja mereka tidak di lihat dan di nilai manusia. Tetapi di lihat dan di nilai di sisi Allah.
Peranan ulama dalam sesebuah negara adalah amat penting. Tetapi jika ulama sendiri hati dan jiwa mereka sudah jauh dari Tuhan. Pemimpin negara dan rakyat apatah lagi akan langsung tidak ada Tuhan. Kalau ulama sendiri kerjanya mencari dunia, kejar pangkat dan kekuasaan maka pemimpin dan rakyat akan lebih bersungguh sungguh mengejarnya. Jika ulama tidak sungguh sungguh menjadikan dirinya role model, pemimpin dan rakyat akan meninggalkan ulama dan mengikut penyanyi dan pelakon sebagai role model. Jika ulama tidak ikhlas dalam menyampaikan ilmu, menyampaikan ilmu untuk menegakkan kepentingan pihak yang dia sertai sahaja, maka kata katanya kelak akan menjadi saperti mencurah air di atas daun keladi. Pemimpin dan rakyat tidak kan ambil peduli walaupun apa yang di sampaikannya adalah benar. Jika ulama pintu hatinya tertutup daripada hidayah Allah. Pemimpin dan rakyat akan mati hati mereka dari mendapat hidayah dan taufiq Allah.
Jika ulama sudah malu beramal dengan amalan sunnah saperti memakai pakaian yang sesuai sebagai ulama, pemimpin dan rakyat akan lebih jauh tidak akan mahu beramal dengan sunnah.Jika ulama tidak takut Tuhan, pemimpin dan rakyat langsung tidak akan hormat pada ulama dan akan hilang Tuhan daripada mereka.
Wallahu’alam.
kredit: Amri el Wahab
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan