Ahad, 9 Oktober 2011

Dalam Khusuk Aku Mengenang Masa


Sebaik selesai Imam membaca surah Al Fatehah giliran aku pula baca. Alhamdulillahi Robbil Alamiinn...itulah yang aku baca dalam solat isyak berjemaah tadi. Surah yang lain Imam yang bacakan. Aku tak tahu maknanya jadi fikiranku menerawang kepada kekuasaan Allah yang mentadbirkan alam ini dengan para Malaikat yang memberikan hujan untuk menyuburkan bumi. Malaikat yang membawa angin supaya kapal dilautan dapat bergerak.

Aku cuba menumpukan setiap bacaan pada ayat al Fatehah tersebut satu persatu sambil memaknakan erti setiap baris surah tersebut. Segala puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Dalam solat yang sebelum ini fikiranku sering diganggu dengan arah yang lain. Alhamdulillah kali ini ianya tertumpu pada mengingati Allah dan kekuasaan Allah ta'ala.

Kemudian aku terfikir dimanakah terletaknya Sidratul Muntaha tempat Rasulallah saw pergi bertemu dengan Allah ta'ala semasa peristiwa Israk dan Mikraj dulu.

Pakar angkasalepas baru2 ini telah menemui satu gugusan galaksi yang berada pada jarak 70 juta tahun cahaya. MasyaAllah...70 juta tahun cahaya tu jauh yang amat sangat. Jadi jarak antara bumi dengan matahari taklah jauh sangat. Tapi kalau dah 70 juta tahun kelajuan cahaya jaraknya macamana nak kira luasnya alam ini?

Lalu aku teringat satu surah 'Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian'. Allah bersumpah dengan masa. Lalu aku terfikir bahawa massa bagi manusia tak sama mengikut zaman masing-masing. Contohnya zaman Nabi Nuh umur manusia panjang2 sehingga diriwayatkan bahawa Nabi Nuh as berdakwah selama 900 tahun lamanya. Aku yakin benar bahawa Nabi Nuh berdakwah selama itu. Aku juga percaya Jinn yang ada pada masa ini ada yang berumur sehingga 5000 tahun. Ini berarti Jinn yang remaja pada zaman Nabi Musa berdakwah masih ada hidup pada waktu ini.

Tapi golongan Jinn juga ramai yang kufur pada perintah Allah. Namun ramai juga yang ta'at pada Allah serta Nabi Muhammad saw. Ada sebahagian dari mereka berdakwah sesama mereka untuk memperkukuhkan keimanan golongan mereka kepada Allah dan Rasul.

Sejenak fikiranku menerawang memikirkan berapa hebat serta besarnya dunia ini yang mempunyai satu pertiga bumi dan dua pertiga lagi lautan. Dan dalam lautan itu ada pula ikan yang besar, sebesar kapal. Dan dibumi ini ada gunung yang hebat berdiri tinggi dan besar sampai tak terkira besarnya. Begitu juga makhluk yang besar yang melata dibumi. Makhluk yang kecil yang terbang serta merayap pada batang2 pokok.

Sejenak kemudian aku merenung betapa kecilnya bumi ini jika dilihat dari arah bulan. Lebih kecil lagi jika dilihat dari arah matahari. Baru aku sedar bahawa Allah itu Akbar, Maha Besar. Dia Maha Mendengar. Kerana ketika aku bangkit dari rukukku mulutku menyebut, 'Rabbana lakal hamdu'.

Sebentar kemudian Imam mula sujud, aku turut sujud bersama makmum lain. Dalam bersujud itu aku menyebut ayat yang lazimnya aku sebut dan dimasa itu aku menghayati betapa kecilnya tubuhku yang telah reput didalam kubur suatu masa nanti. Namun dalam masa yang sama aku meminta kepada Allah agar mengizinkan aku terus solat, terus rukuk, sujud walaupun diwaktu jassadku sudah tiada dibumi ini.

Diakhir tahayat hatiku berkata 'Ya Allah ampunkanlah semua dosa-dosaku, ampunkanlah semua dosa kedua ibu-bapaku, ampunkanlah semua dosa sekalian muslimin dan muslimat. Ya Allah...hindari kami dari azab kubur, hindari kami dari azab api neraka. Jauhilah kami ari fitnah manusia dan jauhilah kami dari fitnah dajjal.

Assallamu alaikum wbt...


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan: