Sabtu, 13 Ogos 2011

Pengakuan Barat Tentang Kedatangan Orang Yang Bernama Muhammad Di Akhir Zaman


Zionis dan Kristian menyimpan dendam yang amat membara terhadap Islam sejak dahulu lagi. Ini di ceritakan melalui firman firman Allah dalam al Quran. Untuk melepaskan dendam mereka menjalankan berbagai bentuk agenda untuk menghalang pengembangan Islam. Di antara agenda mereka ialah memusnahkan umat Islam. Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di Negara Negara umat Islam sendiri dan jangan bagi ruang dan kesempatan bergerak. Dan agenda ini tidak henti henti dan berjalan hingga ke saat ini.

Seorang orientalis Inggeris bernama Profesor Montgomery Watt dari Universiti Edinburgh menulis dalam “The London Time” pada 1968.Dia berkata “Kalau sudah di temui seorang pemimpin Islam yang benar benar berkelayakkan dan becakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan bangkit (bangkit semula) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar didunia ini sekali lagi”

Bekas Presiden Israel Ben Gordon pernah berkata “Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah kalau dalam dunia Islam sudah lahir seorang Muhammad Baru (iaitu apa yang di sebut sebut Imam Mahdi ).

Jelas bahawa orang Barat khasnya Yahudi dan Kristian adalah jauh lebih peka daripada umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berjaga jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bertaraf Khalifah bernama Muhammad, tahu pula tempat lahirnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama Umat Islam berbelah bagi dalam hal mempercayai tentang kedatangan nya Imam Mahdi kedunia. Masih tak henti henti dan sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis hadis mengenai kedatangan nya itu.Yang percaya kepada kedatangan al Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya sebaliknya.

kredit: Amri el Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan