Khamis, 25 Ogos 2011

Gambaran Makkah Di Masa Hadapan

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.

(Sebuah peringatan kepada semua sebelum pergi menunaikan haji).

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:

"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."

“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)


Jabal Khandama, Makkah


Jabal Khandama, Makkah


Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.


Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.


Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.


Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.


Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.



Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah



Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah



Peta Makkah Metro Line.



Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah


Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.



Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.



Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).



Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram


Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.


Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.


Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.



Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.


Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.



Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.



Gambaran keseluruhan Jabal Khandama, Makkah.


Pemandangan Jabal Omar, Makkah.


Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.


Projek Makkah Expansion & Shades.


Makkah Expansion & Shades


Ulasan Tok

Semoga nawaitu orang ke mekah tidak berubah. Tujuan ke Mekah untuk buat Haji atau Umrah dan bukan melancung seperti kita melancung ke negara lain. Mengikut khabar orang bukan Islam tidak di benar memasuki Tanah Haram Mekah, harapan kita agar bengunan yang canggih itu di bena oleh pekerja Islam. Hebat sungguh dunia Islam zaman ini.

kredit: Selatanonline


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. Ya Allah canggihnye...masa hadapan orang pergi haji bukan untuk beribadah sahaja tetapi untuk melancong juga

    BalasPadam
  2. Mungkin selepas matawang utama dunia USD jatuh teruk dan kemudian nanti matawang UERO pula jatuh maka ekonomi barat tidak dapat mengawal kewangan yang mereka ciptya sendiri maka pada masa itu pembangunan ppesat akan dibawa keluar dari kota London, Paris maupun New York. Kemana hala pembangunan serta kemajuan sebelum qiamat akan tuju? Tidak lain ke negara2 Arab, selain kerana mereka kaya, tempat tersebut juga terus di kunjungi jemaah haji berjumlah juta2 tiap tahun. Selain itu sepanjang masa sentiasa ramai yang buat umrah. Wallahualam..~

    BalasPadam