Isnin, 22 Ogos 2011

Dua Beradik Dibunuh Kejam di Bulan Puasa Oleh Penduduk Kampung


Dua beradik di pukul sehingga mati di bulan puasa oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri. Kejadian ini berlaku tahun lepas di Bulan Ramadhan di daerah Sialkot, Pakistan. Remaja dua beradik, Mughees -17 tahun dan Muneeb 16 tahun, telah dipukul sehingga nyawa-nyawa ikan hanya atas tuduhan mencuri. Kemudian tubuhnya diheret ke tengah pekan oleh penduduk kampung dengan menggunakan lori sebelum digantung.

Apa yang sangat-sangat dikesalkan dan amat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ialah, tiada perbicaraan dilakukan ke atas mereka atas tuduhan mencuri dan para penduduk kampung ini mengambil undang-undang sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati. Ini hanya tuduhan...belum dibuktikan lagi. Jika sekiranya mereka didapati bersalah mencuri sekalipun.....hukumannya adalah potong tangan dalam Islam, bukan membunuh mereka dengan sekejam ini. Jika benar pun mereka mencuri, hukuman yang mereka terima tidak setimpal dengan kesalahan mencuri yang dilakukan. Nauzubillah.

Difahamkan hebahan mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang. Adik beradik ini adalah Hafiz Al-Quran dan telah menjadi juara beberapa kali dan pencapaian akedemik yang sangat cemerlang. Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati. Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke arah roh mereka dan membalas kejahatan orang yang menfitnah dan yang memukul dan membunuh mereka berdua dengan azab yang tak terperi sakitnya. aamin.

Cuba lihat sendiri video kekejaman mereka yang telah diletakkan dalam youtube. Tapi awas...anda mungkin akan menangis kerana kesakitan yang dialami dua beradek tersebut. Ayoh...jika semangat anda kuat boleh teruskan menontonnya.



Semoga arwah ditempatkan di Jannah dan yg bersalah ditmpa musibah, kecuali mereka bertaubat!

kredit: Panglima 7



Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. la hau la wala qu wata illah billah~ kejam nya rakyat pakistan~x bole lari dari sakit hati ~ tp,kalo diikutkan, pakistan yg dtg malaysia ni pun, pantang tgk org sbgsa dia maju dr dia...msti nak jtuhkan~ wallahualam~sy dah pernah berdepan dgn beberapa org pakistan yg merantau dkat cni ni~ayat mencarut x pernah lekang dr mulut dorg ni~rakyat malaysia ni dia kata sgt bodoh,smpi sy ni pun dia kata bodoh kalo x dpt jd pegawai,my diploma is useless, tp bila sbut bab poligami~dorang sokong bgai nak rak...dorg suka sgt membanggakan diri,dan lg,dorg mmg x suka anak perempuan~ msih lg di takuk pemikiran zaman jahiliah~

    BalasPadam
  2. Itulah untungnya kita lahir dan kini berada di Negara ini. he he..~

    BalasPadam