Sabtu, 23 Julai 2011

Tidur Di Tindih 'Syaitan' ?


Sleep Paralysis, pada masa mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh.

Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala secepat-cepatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali,biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan.

Keadaan inilah yang dikatakankan “ketindihan” makhluk halus oleh sebahagian besar orang. Berdasarkan fakta perubatan, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, sesak dada, badan sukar bergerak dan sukar bersuara disebut sleep paralysis atau tidur lumpuh (kerana tubuh tidak boleh bergerak dan seperti rasa lumpuh). Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.

Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa sahaja, lelaki atau perempuan, dan umur kebanyakan orang yang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun.

Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh berlaku dalam kiraan saat hingga minit. Yang menarik, semasa tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat sosok atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tidak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.

Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus atau old hagberdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang merasa melihat agen rahsia asing atau alien.

Sementara di beberapa lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan sosok roh jahat dudu atas dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sukar bernafas.

Kurang Tidur

Menurut Al Cheyne, peyelidik dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM).

Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbahagi kepada 4 tahap. Tahap itu adalah tahap tidur paling ringan (kita masih setengah sedar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam dan tahap REM. Pada tahap inilah mimpi terjadi.

Semasa keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahap tidur yang sepatutnya. Jadi, dari keadaan sedar (semasa hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, terus melompat ke mimpi (REM).

Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sudah sedar, tapi tubuh tidak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul sosok lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.

Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, muncul tekanan dan terbawa ke dalam mimpi. Persekitaran kerja juga ikut mempengaruhi. Misalnya, anda bekerja shift sehingga kekurangan tidur atau mempunyai pola tidur yang tidak teratur.

Walaupun biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diambil perhatian. Ini kerana sleep paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (berdengkur), kecemasan, atau depresi.

Jika anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu anda mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan mencari punca. Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak beristirahat.

Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaan ini bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukupkan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

Perlu diketahui juga, seep paralysis umumnya terjadi pada orang yang tidur dalam posisi terlentang (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko diserang gangguan tidur ini.

Jika tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera berjumpa doktor, pakar tidur atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut. Biasanya doktor akan menanyakan bila tindihan bermula dan sudah berlaku berapa lama. Catatan yang telah anda buat tadi akan sangat membantu ketika mendapat rawatan doktor.

Mitos Sleep Paralysis Di Berbagai Negara:

Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

Di budaya China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

Di budaya Mexico, disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.

Di budaya Kamboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

Di budaya Island, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya hantu yang duduk atas dada seseorang di malam hari, berusaha menjadikan orang itu sesak nafas dan mati lemas.

Di budaya Tuki, disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang semasa tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

Di budaya Jepun, disebut kanashibari, yang secara sastera diartikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.

Di budaya Vietnam, disebut ma de yang ertinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
Di budaya Hungari, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang semasa tidur.

Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebilah pisau di bawah bantal semasa tidur.

Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pokok keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pokok ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

kredit: Erikakaputera


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan