Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 12 Julai 2011
Kerana Riak
Kisah benar dari seorang rakan. Hanya sebagai perkongsian untuk sama-sama kita renungi...
Aku sebagai seorang wanita, semuanya mahu nampak sempurna samada pada pandang sendiri mahu pun orang lain. Apatah lagi di mana saja aku pergi aku akan menjadi perhatian dan banyak menerima pujian. Sebagai seorang wanita yang berkarier aku kena menjaga persenaliti dan image syarikat. Ekoran dari perhatian orang lain pada aku, aku juga punyai sikap sombong dan bangga diri. Sehinggalah aku membeli sebuah jam rolex yang mahal yang mana menjadi kebanggaan, apa lagi bila ada yang menegur, dan ada ketika sewaktu memakainya memang sengaja mahu menunjuk-nunjuk.
Sehinggalah pada satu hari aku dapati jam itu yang aku simpan di dalam laci boleh hilang, aku menjadi keliru bagaimana ia boleh hilang, sedangkan di dalam bilik aku tiada siapa pun yang masuk, aku sentiasa teringatkan jam itu, untuk membeli yang baru, aku dah rasa ralat. Aku cuma pasrah.
Setahun telah berlalu, pada satu hari ada new staff yang mulai bekerja di bawah aku. Memang aku bersikap kasar dan sombong padanya. Walau-pun sikit kesalahan dia buat aku akan memarahi dia walau pun di depan staff yang lain. Tapi dia tak pernah melawan walau pun kesilapan dari staff yang lain. Setiap kali aku memarahi dia, dia akan minta maaf kerana dia kira bersalah. Dia di kenali sebagai "S". Tapi apa yang aku perhatikan S di sukai staff-staff yang lain, kerana suka membantu, S agak pendiam, tak banyak bercakap.
Pada suatu pagi aku ternampak S keluar dari surau, S memberi salam pada aku, sebenarnya sejak aku bekerja di sini tak pernah menerima salam, dari sesiapa pun walau pun dari orang bawahan aku. Lantas aku bertanya apa yang S buat pagi-pagi kat surau. Dengan teragak-teragak untuk memberitahu yang beliau solat sunat. Tapi sejak S bertugas di department aku setiap hari tika masuk kerja dia akan memberi salam pada semua dan good morning pada bangsa lain. Sebelum ni masing-masing dengan hal sendiri. Leka dengan tugas tanpa mempedulikan orang lain. Dan juga S kerap juga membawa kuih untuk sarapan pagi, ini membuatkan hubungan S bertambah rapat dengan staff yang lain.
Sejak itu perhatian aku tertumpu pada S, seorang wanita yang bersopan santun, lemah lembut, suara yang lunak dan mempunyai rupa paras. Kebanyakan senang dengannya termasuk vendors dari luar negara yang berpuas hati dengan hasil kerja S.
Sebelum aku tidur aku selalu fikirkan tentang S, orangnya penyabar, tidak seperti aku, bila agaknya aku akan berubah perangaiku. Satu hari aku mengajak S keluar makan, dia tak tolak, aku tahu aku waktu tu berpakaian sexy, dan S berbaju kurung bertudung. Kebetulan hari jumaat. Aku kagum melihat sifat S, sebelum masuk kereta membaca bismillah....juga ketika masuk membuka pintu cafe membaca bismillah. Walau pun S nampak moden dan dapat pendidikan di luar negara, tapi sifat wanita ketimuran terserlah. Malah aku lihat pakaiannya lebih bersopan dari sfaff melayu yang banyak tidak bertudung. Tentang diri aku usah cakaplah, sejak aku berada diluar negara dan jadi seperti minah orang barat.
Hampir enam bulan aku sering mengajak S keluar makan, S tak pernah menegur tentang apa yang aku pakai, tapi aku seringkali terlihat ada buku agama diatas mejanya dan aku akan pinjam, sehinggalah satu hari S menghadiahkan buku asas fardhu ain pada aku. Selepas setahun berlalu aku mulai berubah, sehinggalah hati aku teringin untuk ke tanah suci. Dan sebelum aku ke tanah suci banyak yang aku pelajari, terutama dari sifat S yang banyak merubahkan hidup aku. Aku mulai mendekatkan diri pada Allah. Aku juga telah ceritakan pada S tentang kehilangan jam aku, S cuma berkata, buat solat hajat dan pohon pada Allah, insya-Allah kiranya menjadi milik kita pasti akan kembali pada kita.
Sebelum aku berangkat ke tanah suci, salah satu doaku adalah kiranya jam yang telah hilang masih menjadi rezeki aku, kembalikan pada aku. lagi pun aku pasti jam itu masih berada dalam rumah. Syukur pada Allah selang beberapa hari sebelum aku pergi kerja untuk mengambil kunci kereta dalam laci aku terpaku jam yang hilang ada di dalam laci.
Aku begitu terharu sehingga menitis air mata, betapa Maha Agung Allah, Maha Pengasih telah menerima doa aku. Ya aku mahu menjadi wanita solehah, memang susah untuk berubah, kena kuatkan semangat. Aku bersyukur kerana di temukan Allah dengan S yang mana telah membuat aku mulai melalui jalan yang lurus. Tapi sayangnya S telah berhenti kerja, kerana mendapat tawaran yang lebih baik.
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)
kredit: Neny Asrina Bt. Isa
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan