Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 21 Jun 2011
Terapi Bekam Sunnah
Rawatan Bekam adalah salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w dimana rawatan bekam ini adalah cara untuk melepasan angin dalam badan atau melepaskan darah kotor dari badan
Berbekam merupakan perubatan wahyu kerana telah menjadi amalan Nabi
Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam diterima ketika RAsulullah SAW daripada malikat semasa perjalanan Isra & Mikraj. Sebagai orang Islam kita harus menerima rawatan berbekam ini satu hikmah yang besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“ Sebaik baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi obat adalah Berbekam.”
( Hadis riwayat bukhari dan Muslim )
“ Selama aku berjalan pada malam isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata; Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”
( Hadis riwayat Ibnu Majah )
HUKUM BERBEKAM
Berbekam adalah diharuskan kepada kita, menurut Imam Ghazali berbekam termasuk fardhu kifayah, jika satu wilayah tiada seorangpun mempelajari & mengamalkan berbekam maka semua penduduknya akan berdosa.
MENGAPA PERLU BERBEKAM???
Ø Selepas 3 bulan sel darah merah didalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak, Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan oleh sel darah merah baru yang mengandungi O2 dan nutrient yang diperlukan oleh sel tubuh.
Ø Sel darah yang rosak ( toksin) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam system aliran darah menyebabkan kapilari tersekat & tersumbat. Maka kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan & kegagalan fungsi system limfa, ginjal, hati & akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Ø Gejala awal yang dapat dirasai ialah :-
o lesu
o letih
o tak sedap badan
o kebas kaki & tangan
o tak bermaya
o kurang segar
o pening
o cepat bosan
o murung
o mudah marah
o mudah mengantuk
o mudah pitam.
Ø Kemudian penyakit kronik akan mula mengancam kita seperti
o Darah tinggi
o Stroke
o Ghout
o Diabetis
o Barah
Rasulullah SAW bersabda:
“Berbekamlah... jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,
maka ia akan membunuhmu.”
( Hadis riwayat Bukhari Muslim )
BERBEKAM ADALAH RAWATAN PENCEGAHAN & PENYEMBUHAN
Rasulullah SAW bersabda:;”
“ Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas.
Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit
( Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim )
Kepada yang mengidapi penyakit sakit kepala, pening @ migraine
Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala
Yang dialami mereka, pasti baginda bersabda “ Berbekamlah”
( Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud )
PERBEZAAN PERUBATAN WAHYU & PERUBATAN BIASA
Rawatan yang diamalkan oleh Nabi SAW adalah perubatan wahyu dari Allah SWT.
Kata ibnul Qayyum: Pengubatan Nabi tidak seperti layaknya pengubatan ahli medik.
Pengubatan Nabi wajib diyakini & bersifat pasti bersumber dari Ilahi dan wahyu.
Oleh itu ianya bukan perubatan alternative tetapi perubatan yang terbaik.
Berpaling dari mengamalkannya bererti berpaling dari kaedah perubatan Al Quran.
PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT
ü Bisul & Jerawat
ü Sihir
ü Sakit pinggang
ü Sakit perut
ü Sembelit
ü Gangguan Jantung
ü Alergi makanan
ü Sengal Tulang
ü Sesak nafas
ü Asma
ü Resdung
ü Insomnia ( Penyakit susah tidur)
ü Kejang Otot
ü Kencing manis
ü Tonsil
ü Gatal-gatal
ü Stress
ü Ginjal
ü Tekanan darah tinggi
ü Sakit lutut
ü Sakit kaki
ü Sakit tulang belakang
ü Gangguan jiwa
ü Stroke
ü Ghout
ü Menurun daya tahan tubuh
ü Sinus
ü Buasir
ü Mandul
ü Terlalu banyak tidur
ü Migrain
ü Memperbaiki peredaran darah
ü Sakit punggung
ü Sakit bahu & tengkuk
ü Membantu meninggalkan merokok
ü Kurang dengar, Radang & Bengkak telinga
ü Melancarkan perjalanan darah
ü Kaki Tangan kesemutan
ü Pening akibat gangguan perut sembelit
ü Gangguan pada prostate & lemah syahwat
ü Pening akibat gangguan tulang belakang,
& gangguan pada hempedu serta hati
ü Rasa sakit dibahagian paha & telapak kaki
ü Dingin ditelapak kaki
ü Nervous ( Tegang, Gelisah )
ü Tumor otak
ü Penebalan & pengerasan telapak kaki
ü Lutut yang kaku
ü Gangguan pancreas
ü Kejang-kejang
ü Penyakit mata
ü Lemahnya fungsi Sel-sel otak
ü Pembengkakan testis
ü Tekanan darah rendah
ü Radang saraf
ü Untuk menigkatkan produktiviti Indung Telur (Kesuburan)
ü Pusing disebabkan mata lelah
ü Batuk kronik
ü Penyakit paru-paru
ü Sakit kepala disebabkan tekanan darah tinggi
ü Sakit kepala disebabkan radang sekitar hidung
ü Pening kerana Anemia @ Influenza
kredit: Husin Muhammad Haris Mr
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan