Khamis, 16 Jun 2011

Solat Khusuf (Gerhana Bulan)


Pada waktu berlakunya gerhana bulan umat islam sangat digalakkan untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan sebanyak 2 rakaat atau ia juga dipanggil Solat Khusuf. Kalau dilakukan secara berjamaah lagi banyak ganjarannya.



Lafaz niat


أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Maksudnya;

“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”



Khaifiat

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti
berikut:


a. Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.



Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tandatanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)"

Jom la kita solat ramai2! sbb ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup.Ia adalah sebagai tanda bahawa betapa kita sebagai hamba sangat kerdil di sisi Allah.InsyaAllah masa yang diluangkan mendapat ganjaran besar dari Allah.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan