Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 24 Jun 2011
Semua Akan Binasa
Setiap makhluk yang bernyawa pasti menemui kematian. Demikianlah sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah SWT yang menghiasi pentas kehidupan dunia ini. Namun, ada hikmat tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian.
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj..." (Riwayat Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a)
Dari Anas r.a katanya:"Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya." (Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan daripada Anas r.a, rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah
1) Ilmu agama akan diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama')
2) ketidaktahuan (terhadap agama) merajalela
3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi kebiasaan)
4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka."
Berkata Ali bin Abi Talib: "Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat." Manusia akhir zaman akan menghadapi pelbagai ujian sehingga apa yang berlaku amat tidak masuk akal seperti binatang manusia itu dikatakan menjadi begitu sesat. Jika dahulu Allah SWT menurunkan bala di atas keterlaluan manusia yang melanggar perintah-Nya maka sekarang manusia seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sedang ditimpa bala. Pengajaran demi pengajaran tidak diambil endah. Semua ini berlaku disebabkan manusia tidak pernah merasa puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan nafsu. Ingatlah sesungguhnya kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kerana peninggalan kita.
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa
( Surah Ar-Rahman 55: Ayat 26)
kredit: Zulhafidz
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan