Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Khamis, 9 Jun 2011
Kongsi Artikel Dari Blog Ustaz Love
Salam…
Entah apa semangatnya Ustaz Love sibuk2 nak bercerita pasal korban ni… Ni sume rasanya berpunca daripada Kak Jem yang memberikan semangat nak bercerita pasal korban ni… Jangan maraah aa Kak Jem.. hehe
Kali ni Ustaz Love nak bercerita sikit berkenaan satu lagi haiwan korban selain lembu dan kambing… iaitu unta..
Unta ni sebenarnya kalau ikut bahasa Arab, ada banyak nama… ada yg dipanggil jamal, ibil dsb… tak mcm bahasa Melayu, kalau unta tetap dipanggil unta… tak kira la kecik ke, besar ke, jantan ke, betina ke… takde plak yg dipanggil unti ke, unto (ni dialek N9 kot..tapi ejaan tetap unta)…
Apa yg speselnya unta ni sehingga disebutkan dalam al-Quran?
“.. tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (al-Ghaasyiah : 17)
Setiap binatang yg disebutkan di dalam al-Quran pasti ada kelebihannya.. seperti lebah, semut dsb… Begitu juga unta ni…
Ustaz Love tak sempat nak bukak kitab pasal unta ni.. hehe.. jadi, Ustaz Love terangkan apa yg teringat di fikiran je la…
Unta ni merupakan haiwan yg paling taat… Kalau tuan dia suruh duduk, dia akan duduk… kalau suruh berdiri, dia akan berdiri… malah ketaatannya melebihi ketaatan anjing kepada tuannya… disebabkan sifat taat ini, maka kalau kita melihat korban di tanah Arab, cukup seorang je yang diperlukan untuk menyembelih unta ni.. tak macam lembu, 10 orang duduk atas perut beliau pun masih lagi meronta2 nak lepaskan diri…
Unta bijak sebab dia mengetahui yang dia akan dikorbankan.. memang dia takkan lari… sebab tu orang tak kata “bodoh mcm unta”… hehe
Selain itu, unta juga binatang paling pemalu… maka, dikatakan yg unta ini takkan mengawan jika diperhatikan oleh manusia… oleh itu, manusia2 yang suka melakukan seks beramai2 sepatutnya berasa malu dengan unta ni…
Unta juga sangat menjaga keluarganya… beliau takkan biarkan isterinya disetubuhi oleh unta lain… berbeza dengan babi… dia boleh tengok je babi2 jantan lain mengerjakan babi betinanya… Oleh itu, orang2 lelaki yg menjaga isterinya daripada gangguan lelaki, mengambil sifat unta yang sangat mulia… jika membiarkan isteri curang dengan lelaki lain (dalam keadaan mengetahui), maka boleh la diumpamakan dengan yg seekor lagi tu..
Unta juga merupakan penunjuk jalan yg baik.. jika beliau tersesat, beliau tahu jalan mana nak balik…
Begitulah serba sedikit sifat unta ni… Orang2 tua dulu kata, kalau kita rajin makan sesuatu binatang itu, maka sifatnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi org yg memakannya… kalau daripada kecik dok minum susu ibu lembu, maka kecerdikan anak pun agak berkurangan dibandingkan dengan yg minum susu ibu manusia… Ustaz Love pun tak pasti… sbb bukan Ustaz Love yg buat kajian… cuma baca kajian orang je…
Agaknya, ada tak sesapa nak korban unta tahun ni? bleh bagi Ustaz Love sikit.. hehe
Read more: http://ustazlove.com/blog/2010/10/unta/#ixzz1OjsZ3Pfm
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan