Rabu, 22 Jun 2011

Bersyukur Aku Kepada Allah



Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east". Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan selepas itu, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript di bawah.

Seorang nasrani berkata;

" Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi."

Seorang majusi pula berkata;

" Saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir."


* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir yang lain... cuba kita lihat pula apa orang kafir yang lain kata...

Seorang kafir pula berkata;

" Saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing."

Anjing pula berkata;

" Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana saya adalah lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi."


* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...

Giliran babi pula berkata;

" Saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat."


Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat di dalam Al-Quran & hadis-hadis sahih, bahawa umat Islam yang meninggalkan solat fardhunya akan menjadi semakin ramai dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?






" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

Khalifah Umar bin Abdul Aziz (cucu Saidina Umar Al-Khattab - sahabat Nabi s.a.w.)




Sila share posting ini untuk rakan2 anda.

kredit: Azari bin Tajudin




Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan