Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Sabtu, 9 April 2011
Tak Sempat Solah Suboh
Ikhtibar utk kita semua... Sembahyang lah sebelum kita disembahyangkan!
Maaf dipinta. Sekadar suatu coretan untuk dikongsi bersama. Menjadi iktibar pada diri setiap kita.
"Pukul 3.30 pagi"
Di sebuah rumah banglo yang besar. Puan Sri bangun dari tidurnya yang lena. Sambil duduk seketika mengesat matanya dengan lembut. Gelang emas yang berharga beribu-ribu ringgit jelas kelihatan bersinar indah. Bercahaya. Itulah dia perhiasan dunia.
Tidak sampai 5 minit, Puan Sri bangun dan berjalan menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya. Sekali-sekala kedengaran bunyi "kling-kling" dikakinya. Itulah dia gelang kaki emas pemberian suami tersayang yang terlalu mahal harganya.
Kelihatan Datuk Sri masih tertidur lena diatas katil yang bukan murah nilai harganya. Berjenama pula tu. Maklumlah katil import dari luar negara. Apa yang jelas, semua barang-barang kelengkapan di dalam rumah ini, mahal harganya. Mencecah ratusan ribu ringgit. Maklumlah serba mampu. Itulah perhiasan dunia.
Puan Sri bangun awal pagi ni bukannya apa, biasanya dia agak susah membangunkan dirinya seawal-awalnya. Apa lagi saat-saat begini, paling kurangpun dia akan bangun apabila azan Zohor berkumandang. Mimpi apa agaknya Puan Sri?
Atau sudah timbul kesedaran pada dirinya. Syukurlah jika begitu.
" Ada baiknya aku solat sunat malam, sambil-sambil menunggu waktu bersahur" bisik hati kecilnya.
Datuk Sri kelihatan masih tidur berdengkur. Letih sangat agaknya, atau sudah menjadi kebiasaan bagi semangat dirinya.
Maklumlah orang kaya, tiada siapa yang berani menegurnya.
" Pukul 4.45 pagi "
Orang gaji sudah lama menyediakan hidangan bersahur.
Anak-anak Datuk dan Puan Sri sudah dikejutkan dari tidur yang lena.
Semuanya rasa malas sekali nak bangun. Malah ada juga yang berani memarahi orang gaji sesuka hati.
Maklumlah, anak orang kaya. Ikut suka hati merekalah nak bangun.
Puan Sri mengejutkan Datuk Sri.
" Bang, bangunlah. Dah masuk waktu bersahur ni, nanti terlewat pulak".
" Emm...yalah...nanti abang bangun. Letih sangat ni,rasa mengantuk teramat sangat. Awak pergi dululah, keluh Datuk Sri sambil melenakan dirinya dalam segala permainan mimpi-mimpi indah. Itulah lakonan dunia.
Semua anak-anak bangun dengan rasa malas. Puan Sri duduk diam sambil sekali-sekala tersenyum melihat telatah dan raut wajah anak-anak kesayangan. Macam-macam ada.
" Pukul 5.15 pagi"
Semua anak-anak sudah beredar dan tidur semula menyambung mimpi-mimpi dunia. Orang gaji pula sedang sibuk mengemas segala pinggan-mangkuk yang mahal harganya diatas meja import.
Puan Sri sekali lagi cuba membangunkan semula Datuk Sri.
" Abang tak nak bersahur ke ? Dah dekat solat subuh ni. Bangunlah bang" kata Puan Sri sambil merehatkan dirinya bersebelahan suami tersayang.
" Takpelah. Abang niat saja. Abang mengantuk sangat ni. Letih tadi petang main golf kat padang tu bersama Tan Sri dan Datuk Sri yang lain.
Esok pulak ada mesyuarat dengan Menteri." balas Datuk Sri sambil menarik kain selimut mahalnya menutupi seluruh tubuhnya yang kesejukan itu.
" Pukul 5.45 pagi "
Azan Subuh berkumandang di angkasa raya. Puan Sri bergerak masuk menuju kamar mandi untuk mengambil wuduk.
Datuk Sri pula masih terlena panjang hinggakan alunan dengkurannya terus bergema kuat memenuhi ruang bilik yang telah diubah suai dengan harga beribu-ribu ringgit.
Maklumlah sudah terlebih mampu. Itulah perhiasan dunia.
" Bang, jom solat Subuh berjemaah. Agaknya sudah lama kita tak menunaikan ibadah wajib ini. Bangunlah bang. Sedar-sedarkanlah diri tu?
Jangan hanya solat semasa depan ramai orang, lepas tu apabila bersendirian, langsung tak solat." tegur Puan Sri pada suami tersayang.
" Abang letihlah. Nantilah abang ada masa. Awak solatlah dulu." balas Datuk Sri dengan nada keras sedikit tanpa rasa bersalah.
" Pukul 9.30 pagi "
Puan Sri sudah bangun pagi, memperkemaskan dirinya untuk bersiap-sedia ke Pejabat Barunya.
Datuk Sri masih lagi tidur lena. Kali ini seluruh tubuhnya ditutupi kain selimut. Langsung tiada kedengaran bunyi dengkuran yang kuat lagi. Senyap sepi. Berbeza dari semalam dan malam-malam yang lain.
" Bang, bangunlah. Dah pagini. Abang tak pergi mesyuarat ke? soal Puan Sri.
Namun apa yang pasti, Datuk Sri kali ini langsung senyap dan tidak bergerak lagi seperti kebiasaannya.
" Bang , kenapa ni bang? bang....bangunlah...janganlah bersenda-gurau pulak pagi-pagi ni? Risau saya dibuatnya." tegur Puan Sri dengan perasaan takut dan risau sangat.
Namun walaupun dikejutkan beberapa kali dengan cara apapun, Datuk Sri tetap tak bergerak langsung. Matanya terpejam rapat.Tiada lagi dengkuran kedengaran. Sepi lagi menyepikan diri.
Sejam berlalu. Datuk Sri disahkan telah meninggal dunia.
Puan Sri jatuh tersungkur dan pengsan. Anak-anak kesayangan memapahnya dengan tangisan dan jeritan rintihan sedih teramat pilu.
Kini segalanya sudah tiada seri lagi. Tinggal semuanya. Harta melata tiada bermakna lagi. Isteri yang cantik menawan tinggal kesepian lara. Anak-anak hilang semangat kasih.
Pangkat yang ada sudah tiada berguna lagi. Hanya amalan yang akan dibawa. Beban amanah ini teramat berat untuk dipikul.
Apa yang pasti. Kita semua akan kembali pada Yang Maha Esa. Pulang dengan membawa suatu beban amanah yang akan dipertanggung-jawabkan nanti.
Semuanya masing-masing akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung.
Kita perlu sedarkan diri sebelum ajal kita pula menghampiri.
kredit: Khairul
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan