Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Khamis, 28 April 2011
Makna Cinta Pada Allah Untuk Seorang Wanita Berkeluarga
Cinta pada Allah adalah satu perasaan mendalam apabila Anda terdorong mahu melakukan sesuatu kerana ingin mendapat perhatian Allah. Anda melakukan sesuatu bukan untuk mendapat balasan dari seseorang dan bukan untuk mendapat untung tapi untuk meraih perhatian Allah, untuk meraih kasih sayangnya. Anda berbuat baik kepada orang sekeliling supaya Allah perhatikan apa yang Anda buat.
Wanita adalah golongan paling mudah mendapat pahala terutama jika wanita itu adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang suri rumah, seorang anak kepada ibu dan bapanya. Jika Anda seorang wanita,Anda boleh menerapkan rasa cinta pada Allah ni dalam segenap aktiiviti harian Anda.
Bagaimana? Caranya, niatkan berbuat sesuatu kerana Allah. Apa saja yang Anda buat, niatkan kerana Allah, niatkan mahu berbuat kebaikan moga dengan kebaikan itu Allah mampu memberi perhatian kepada Anda lantas merahmati kehidupan Anda.
Elak berbuat sesuatu kerana mahu dipuji, kerana mahu disanjung, kerana mahu dihargai atau kerana mahu meraih kejelesan orang lain. Apabila Anda berbuat sesuatu kerana Allah, secara automatik pasangan Anda jadi lebih tertarik pada Anda. Orang lain juga akan tertarik kepada Anda tanpa Anda sedari.
Lebihkan peranan. Lebihkan memberi bakti, bukan mempersoalkan hak. Elak mempersoalkan apa yang sepatutnya Anda dapat.
Kenapa perlu elak? Sebab apabila Anda mempersoalkan hak, Anda akan diapi-apikan oleh EGO. Ego adalah salah satu pendorong konflik rumahtangga kerana ego membangkitkan kemarahan
Berikut adalah 3 cara bagaimana untuk menerapkan rasa cinta pada Allah sebagai seorang wanita berkeluarga:
1. Turunkan ego.
Mulai saat ini, sebagai seorang wanita, Anda kena turunkan level ego Anda. Jangan bercakap pasal hak,jawatan, pangkat, pendapatan, jumlah duit yang Anda ada, pencapaian Anda dan kebaikan-kebaikan Anda. Ubah prespektif.
Sebaliknya, banyakkan berbuat kebaikan pada suami, pada anak-anak, pada mentua, pada ipar duai, pada adik-beradik Anda, pada jiran-jiran, pada orang-orang di sekeliling Anda. Zahirkan rasa cinta pada Allah dengan merajinkan diri berbuat kebaikan. Berbuat baiklah dengan niat kerana mahu menambah rasa takwa. Anda berbuat baik kerana Anda mahu Tuhan melihat perbuatan baik Anda. Moga dari itu, rasa bertuhan di dalam hati semakin kuat, semakin berakar, semakin utuh.
2. Niatkan segala perbuatan 100% kerana Allah.
Apabila Anda melayan suami, niatkan layanan Anda tu untuk Allah, maksudnya, berbuat baik pada suami supaya Anda melihat apa yang Anda buat, supaya dari perbuatan baik Anda pada suami tu kesannya hidup Anda diberkati. Anda buat semua tu kerana Anda mahu Allah redha pada Anda, supaya apabila Allah redha, Dia menurunkan kebahagiaan dalam rumah tangga Anda.
Sebagai contoh, apabila Anda memasak, niatkan masakan itu kerana Allah iaitu dengan memasak untuk menggembirakan hati suami, untuk menggembirakan hati anak-anak juga untuk menggembirakan hati orang-orang yang tinggal serumah dengan Anda.
Jika Anda sedang menyediakan sarapan pagi niatkan perbuatan Anda itu untuk Allah, maksudnya Anda menyediakan sarapan pagi didorong oleh rasa takwa, iaitu berbuat baik kerana mahu perbuatan Anda dapat memancing ‘special attention’ daripada Allah. Bila Allah sudah memberi perhatian, pasti rahmatnya melimpah ke dalam hidup Anda sekeluarga. Kesannya, pasti suami bahagia menjalani hidup bersama Anda, pasti anak-anak bahagia beribukan Anda.
3. Jaga hubungan dengan Allah, jangan hubungan dengan suami serta orang-orang di sekeliling.
Jaga hubungan Anda dengan Allah dengan bersembahyang, membaca Quran, berpuasa. Hati Anda kena dikemudi. Lakukan semua tu kerana Allah, iaitu kerana mahu menambah rasa takwa kepada Allah, bukan sekadar mahu beribadah untuk menambah pahala. Jaga hubungan Anda dengan suami, dengan anak-anak, dengan orang lain. Buatlah kebaikan selalu pada mereka supaya dengan itu hubungan Anda dengan mereka sentiasa terjaga. Inilah caranya bagaimana Anda menerapkan rasa cinta pada Allah dalam segenap kehidupan Anda. Hati Anda biar difokuskan untuk memberi kegembiraan. Gembirakan suami dan anak-anak simply kerana Anda mahu melihat keceriaan terpancar di wajah mereka kesan dari peranan Anda.
Islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar sebuah agama. Terapkan rasa cinta pada Allah dengan berbuat baik. Bila Anda merajinkan diri berbuat baik, pasti rasa cinta pada Allah semakin membara.
kredit: nina mazrina
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan