Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 12 April 2011
Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam
Ideologi (atau fahaman) demokrasi ciptaan barat bukan datang dari langit.Maka dia bukan ajaran Islam.Ulama sepakat mengatakan apa jua ideologi atau fahaman bikinan manusia, termasuk sistem demokrasi adalah terkeluar dari Islam.Ideologi, selain dari fahaman Islam, boleh menggugat akidah.Sesiapa yang lebih mempercayai ideologi, mengamal, dan membelakangkan "instruction manual" yang di turunkan dari langit - iaitu wahyu Allah,Al Quran dan Hadis , maka dia terdedah kepada bahaya jatuh murtad.
Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.
Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentdbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".
Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.
Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.
Kesimpulan nya dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.
TEPUK DADA TANYA ILMU DAN IMAN.
kredit: hembusan amal
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan