Isnin, 11 April 2011

Awas Pembunuh Utama Wanita


Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera.


1. Benjolan

Gejala Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui pemeriksaan mammograph.


2. Pembengkakan

Biarpun tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan payudara membengkak.


3. Iritasi kulit

Gejala Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau puting yang memerah, tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.



4. Nyeri di bagian puting

Kista di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan kista dengan sel Kanser.


5. Puting tenggelam (nipple retraction)

Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.


6. Cairan aneh di puting

Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.


7. Pembengkakan kelenjar getah bening

Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.

Nasihat Tok Wan:

Awasi setiap kandungan Sodium Laureth Sulfhate (SLS) dlm sabun, body shampoo, hair shampoo dan serbuk detergent yang anda gunakan untuk mencuci coli / baju dalam. Jangan pakai baju dalam atau coli yang belum cukup kering (lembab yg mensisakan bahan aktif dalam sabun basuh) kerana peloh yang bercampur sisa sabun cucian boleh mendatangkan kesan tidak baik pada kulit payudara anda.

Amalan terbaik ialah dengan membuat sendiri shampoo untuk rambut dan gunakan sabun mandian yang tanpa SLS. SLS ini juga terdapat dalam pelbagai jenama ubat gigi (tooth paste).

Cara tradisi orang Melayu memanaskan helaian daun sireh (dengan sterika atau dilayur atas api dapur) untuk didemahkan (diusap) pada payudara selain dapat menyegarkan payudara juga dapat menegangkan bentuk asalnya. Selain itu pemakanan juga penting. Buah durian belanda mengikut kajian sains mempunyai sel yang dapat membunuh sel kanser pada peringkat awal.


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. .....3 tahun yg lalu,saya telah dioperasi mastectomy....stage 2...left side.....
    alhamdulillah...kini saya berusaha jaga pemakanan...emosi & jangan over stress....
    pengesanan awal boleh mengelakkan kematian...
    insyaallah.....

    BalasPadam
  2. Yes, betul tu mamaijat...pengesanan awal dapat mengelak kematian awal (kita ikhtiar Allah yg menentukan) Mencegah lebih baik dari mengubati..~

    BalasPadam