Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Ahad, 13 Mac 2011
SEGALA UJIAN DATANGNYA DARI ALLAH
Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
Anas r.a
Huraian Pengajaran hadith:
i) Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana:
a) Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.
b) Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai “kaffarah” yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.
c) Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.
Salam Ukhuwah..~
cantiknye gmbr tu..menakjubkan sgt2..
BalasPadam