Rabu, 30 Mac 2011

Mengikut Perintah Allah S.W.T


Marilah kita berfikir sejenak Wahai Orang-orang yang berpengetahuan tentang Islam. Adakah kita pernah membaca apa yang disebut dalam Al-Quran tentang apa yang telah diperintahkan olehnya untuk umat manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Janganlah kita mensyirik akan Allah dengan sesuatu jua apa pun. Adakah anda sudah mengenal akan sesuatu jua itu? Supaya jangan bagi bercerai dan bersekutu dengan Allah. Sudahkah anda benar2 mengenal Allah? MARABBUKA? Bolehkah kita memberi dalil dan bukti kepada Malaikat Mukar&Nakir tentang Allah? Carilah Ilmu supaya kita benar2 berada dalam landasan Islam.

Bacalah sedikit petikan tafsir yang diambil dari Surah An-Nur berfikirlah dan renunglah atas diri sendiri. Sedia kita maklum bukan setakat kata2 malah terlintas dihati kita melawan&membangkang Ibu kita, itu sudah dikira derhaka. Inikan pula mempertikai,melawan&membangkang apa yang disuruh oleh Allah.

Surah An Nur : Ayat 01

Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Surah An Nur : Ayat 02

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Surah An Nur : Ayat 44

Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.

Surah An Nur : Ayat 45

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah An Nur : Ayat 46

Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti) dan Allah memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

Surah An Nur : Ayat 47

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

Surah An Nur : Ayat 48

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

Surah An Nur : Ayat 49

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

Surah An Nur : Ayat 50

(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur) atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman) ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).

kredit: enmy


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan