Khamis, 17 Mac 2011

Jembatan Air Di Germany


Jambatam air di Germany...ehhh...betul ker ni..!!

Mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan, dengan perbelanjaan 500 juta euro, dengan panjang 918 meter.......inilah kejuruteraan semasa! Ini adalah terusan-jembatan merentasi Sungai Elbe yang menghubungkan (bekas) Jerman Timur dengan (bekas) Jerman Barat. Ia terletak di bandar Magdeburg, berhampiran Berlin. Gambar ini dirakam pada hari pembukaannya.

Benar. Terpampang diatas ialah jembatan sungai yang terhebat didunia (atau terusan berjembatan), ia dibina menyeberang diatas Sungai Elbe di Magdeburg, dapat disiapkan pada Disember 2003 yang lalu dan ia merupakan jembatan terpanjang 'giant' kolam mandi (bath-tube) yang panjang hampir satu kilometer.

Barangkali di Malaysia pun (Kuala Lumpur) sudah kita patut membina jembatan seperti ini bagi mengalirkan air Sungai Kelang (yang di bahagian hulunya masih bersih/jernih ...tidak banyak tercemar) untuk disalirkan terus ke Shah Alam tanpa membiarkan ia memasuki Kuala Lumpur sambil mengaut sampah sarap serta kumbahan termasuk berbagai sisa buangan.

Menerusi terusan tersebut juga dapat disediakan bot bagi ditumpangi oleh orang-ramai untuk pergi kerja dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama juga dapat menggamit pelancungan/ menggalakkan pelancong luar dan dalam negara sendiri.

Jika dibandingkan kos untuk membina sebenarnya 500 juta euro tu tak banyak mana pun sebab bukan kesemua 918 meter tu jembatan konkrit. Cuba lihat gambar2 dibawah ini...sebahagiannya dibina dengan menambak tanah. Yang bahagian menyilang dengan sungai Elbe saja yang dibina jembatan kan.











Selain daripada itu projek ini juga dapat membantu pengaliran air kepada kawasan pertanian, disamping dapat mengurangkan kejadian banjir di Kuala Lumpur.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan