Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 11 Mac 2011
Guna nama Islam, 7 kali gagal temuduga
Guna nama Islam 7 kali gagal, tipu buat nama barat terus berjaya
Salim Zakhrouf seorang muslim melahirkan rasa kekecewaan nya kepada syarikat penerbangan Cathay Pacific kerana menolak untuk ditemuduga pekerjaan di syarikat itu disebabkan beliau beragama Islam.
Kata nya perbuatan double standard ternyata terserlah apabila dua hari kemudian beliau sekali lagi membuat permohonan di Cathay Pasific itu dengan memalsukan nama nya “ala barat” dan dipanggil temuduga serta Berjaya.
Salim Zakhrouf kelahiran Algeria dan berkerakyatan Britain yg berusia 38 tahun ini sudah menetap di England sejak 1991. Beliau menerima emel dari Cathay Pasific yg memberitahu beliau adalah layak dan bakal bertugas di Heathrow Airport sebagai pelayan penumpang. Kelayakan beliau membuatkan pembatalan temuduga selanjutnya.
Tapi 48 jam kemudian sebagai 'Ian Woodhouse' dengan CV identiti dan alamat rumah sama, ia diundang untuk wawancara oleh petugas personal namun beliau menolak untuk diwawancara. Sebaliknya ia melaporkan pada syarikat pekerja Unite tempat dia bernaung yang berhasrat untuk membawa kess ini ke pengadilan. Unite menuduh Cathay Pacific telah melakukan diskriminasi.
Ketua Bahagian Pemasaran Cathay Pacific England, Roberto Abbondio, yang dihubungi Daily Mail menyatakan telah membuat pohon maafnya. Ia menyebut telah terjadi 'kesalahan administratif' oleh stafnya saat memproses 709 permohonan jawatan dan berkata Cathay Pasific sedang meninjau kembali proses pengambilan setelah kes ini berlaku dan dia gambarkan sebagai 'disayangi dan mengecewakan'.
Personaly Manager Cathay Pasifik England Alison Loftin, juga telah mengirimkan email pada Zakhrouf untuk meminta maaf dan untuk mengatur pertemuan kembali dengannya.
Zakhrouf, yang telah berumatangga itu dan memiliki putri berusia 19 bulan menyatakan tak lagi berminat bekerja dengan Cathay Pacific. "Cara mereka menangani permohonan saya agak rasis dan tidak adil. Saya telah mengirimkan tujuh kali permohonan pekerjaan di Cathay Pasific dalam tiga tahun terakhir dan kesemuanya ditolak. Namun ketika nama palsu digunakan, mereka langsung memanggil. Bagi saya, ini hal sangat serius," ujarnya
kredit: Daily Mail
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan