Selasa, 8 Mac 2011

Cara Memikat Cinta No 1


“Mengapa selalu terjadi, cinta terhalang oleh keluarga?”
Ibunya tak suka dia lah, bapanya benci dengan keturunannya lah. Abang-abang tak suka dengan kerjayanya lah…kakak benci dengan kawan-kawan dia, macam-macam lagi!

The only thing that we can think of kat sini adalah, satu je –
It is because the feeling of left out!

Rasa disisih, diketepikan, betul tak? Semua orang tak suka feelings ni kan?! Keluarga yang masih muda sure tak suka, yang tua lagi lah tak suka. Dia dah lah tua, ditinggalkan selalu…dipinggirkan dari memberi keputusan, lepas tu kita pergi bercinta-cinta tanpa pengetahuannya pula. Lagilah dia bengkak hehe…

Apa yang orang tua kita mahu, ibu dan bapa kita idamkan adalah sense of authority sebenarnya!

Mereka mahu merasa berkuasa ke atas kita, tetapi bukan secara diktator (walaupun itulah sebenarnya) - tetapi, mereka mahu merasa masih relevan dalam hidup, masih relevan untuk memberi pendapat dan idea untuk anak-anak mereka.

Sudah lah some of the parents, sms pun tak reti…facebooking jauh sekali. Lepas tu bila kita bercakap pulak semua online thingy lah, Ipad lah Iphone lah blackberry lah… fuhhhh ketinggalan jauh ibu bapa kita tuhhh… Tapi, lately ni I rasa ramai dah juga orang-orang tua mulai menghargai teknologi ni…

BUT still…ibu bapa tetap IBU & BAPA kita yang perlu dihormati dan didahulukan. So that’s why I letak memikat cinta no 1 adalah dengan MEMIKAT IBU & BAPA FIRST!

TIPS : It goes to both side, sebelum memperkenalkan dia pada family anda, the girl kena lobby boyfriend dia kat ibu bapa sebanyak yang mungkin, cakap he is the best, cakap semua kelayakan dia, kehebatan dan keistimewaan dia dan the boy pulak kena fokus sepenuh masa kepada ibu dan bapa the girl dengan hati yang tulus ikhlas, memberi layanan dengan sepenuh kasih dan sayang seolah-olah mereka itu adalah seperti ibu dan bapa anda sendiri. It’s vise versa lah… kepada parents lelaki pun sama, both of you kena do the same! <– Honestly IT WORKS!
TETAPI… haaa, ni semua orang kena ingat ni penting -

JANGAN get too serious first, get to know the parents seriously first! Itu baru lah betul jalannya…Jangan dah bercinta 2 tahun baru nak jumpa family… camana nak dapat restu? Kalau dapat gak tu kira nasib lah… So, to confirm, dapatkan restu awal-awal!

Ini family pun tak kenal, camana you all nak tahu dia serius atau tidak? Apa salahnya kenal keluarga awal-awal, walaupun hanya sekadar kawan… itu barulah ikhlas namanya, and bagus juga for safety. So kalau jadi apa-apa haaa… tahulah sapa nak kena ni hahaha :))

But in my humble opinion kalau parents pun tak nak jumpa, takutlah, malulah belum masanya lagi lah… itu kemungkinan besar nak main-main lah tu… adoi!

So, bagaimanakah pula cara memikat ibu dan bapa nihhh??… Okay, here I ada beberapa cara yang pernah I sendiri lakukan dan berjaya hehe :-

Cara A – pertama kali bertemu keluarga dia, tak kiralah anda Doktor PHD ke, ada Master ke, Boss kat mana-mana pejabat ke, orang kaya ke, miskin ke, anda MESTI tunjuk the best of you. “1st impression last!” So, pakai pakaian yang paling hebat yang anda ada, kemas dan rapi. Stokin tu, haaa pastikan stokin tu tak berlubang ya hahaha ado! Yang bertudung tu pastikan bukan cikai punya tudung, haaa pakai Tudung Ariani at least! – No matter what we think here… they’ll want to see you. Maknanya hari pertama ini adalah hari untuk mereka melihat anda atas bawah! – And please, kurang kan bercakap banyakkan mendengar.

Cara B – 2nd time jumpa, kena buat cepat perjumpaan tu… dan bawa LUNCH ke rumah mereka : Very sure ramai yang pernah lakukan, I suggest bawa Roast chicken Ayamas ke, Ayam golek ke, atau take up pizza hut 2-3 large pieces, KFC 2-3 bucket hahaha… Sure works! — Tapi kena buat selalu lah jangan dah dapat green light, sekali seminggu je pulak datang, pastu bawa karipap je adoi hahaha!! :))

Cara C – Yang ni susah sikit… tetapi boleh dilakukan. Partner you kena beritahu perkara apakah yang paling disukai oleh ibubapanya. So, tugas you adalah melakukan bersama mereka. Some parents dia orang suka pergi masjid, solat berjemaah… well, you follow! Jangan follow sekali dua je adoi hehe… Some parents suka golfing, swimming, karaokeing, tengok bola, do that… follow them! Join them.

Cara D – Very-very sure you akan stumble to a hactic conversations. Yang mana geram-geram nak bangkang! “Eee geramnya aku orang tua ni!!” Hahaha…NOOOO…don’t say anything! Let them be… you tahu you betul, but always take it they have the right for their opinion.

Memang boring dan sometimes annoying dan sakit hati…but IGNORED IT. No point… kita nak kat anak dia bukan kat orang tua dia. So, kita angguk je la kepala tu macam kita duk angguk kepala kat mak kita jugak, sebab tak nak dia terasa hati dan malas dengar kena berleter kan… sama lah hehehe…

Cara E – Take them out for a nice dinner! – This is the best thing to do actually, and it always works! After a while surely you all dah rapat sikit so, boleh lah ajak satu family keluar makan malam bersama-sama, satu keluarga gitu kan. Wahhh meriah punya lah… And this is one the best way to show yang kita serius dan mahu berada di dalam keluarga itu. Make sure you belanja ya… bukan orang lain belanja, kalau nak minta orang lain belanja kan pun boleh, tapi sorok-sorok la, just MAKE SURE parents dia tahu you yang belanja kikikiki…

FINAL – Memberi hadiah – Kalau kebetulan harijadi ibu atau bapanya, just nice lah. Tetapi jika tidak, you can always bagi hadiah punya. Just find the right time. Maybe ada occasion apa-apa ke, anniversary mereka, ada kejayaan sesiapa di dalam keluarga tu, atau apa-apa saja… you can always make it a new important date. Yang penting kena selalu memberi hadiah yang disukai mereka. It can be anything, don’t have to be expensive. Tengok apa yang dia suka. Kalau bapanya suka minum coffee, belikan satu pek besar Kopi Radix - Mai Secawan hahaha!! Kalau ibunya suka memakai jubah atau tudung, buy her that, tak perlu yang mahal, biasa-biasa saja… tapi, asalkan selalu.

So, rotate the process… amalkan selalu, be nice to them, be mesra, be manja to them with full of love, InsyaAllah…Ibu dan bapa dia akan menganggap anda seperti anak mereka sendiri nanti dan menerima anda dengan tangan terbuka, perrghh… baru lah cun!

Dia macamana pulak? That’s why I said, ini adalah Cara Memikat Cinta No 1 - Sebab, jika Ibu bapa dia pun suka, kalau dia tak suka kat you, tak tahu lah hahaha - All the best and good luck!


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan