Isnin, 21 Mac 2011

Apa Kaitan Kita Dengan Bencana Alam


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain (HR Termizi)

Oleh itu sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan semua pembaca yang dihormati, perkara yang pertama perlu kita semua lakukan ialah kembali memperbaiki amalan kita. Berapa banyak amalan kita hari ini yang telah rosak?

Apa keadaan iman kita sekarang? Sejauh mana keyakinan kita pada Allah?

Bagaimana dengan keadaan solat kita pada hari ini? Bertepatankah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW?

Zikir kita kepada Allah. Berapa lama masa telah kita luangkan dalam sehari untuk kita mengingati Allah?

Ilmu yang kita tuntut. Sejauh mana ilmu yang ada pada kita telah diamalkan dengan sebaiknya?

Akhlak. Sudahkah kita berhenti mencari salah orang lain dan sentiasa memuliakan saudara seagama kita?

Niat kita. Apakah kita benar-benar ikhlas?

Tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Sejauh mana kita telah sampai dan sebarkan apa yang telah Nabi Muhammad SAW telah pesan pada kita "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat".

Pertanyaan khusus buat diri sendiri yang sering alpa sebagai hamba-Nya.


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan: