Pernah saya terdengar manusia-manusia "hebat" mencaci ulama-ulama diatas fatwa salah yang dikeluarkan oleh ulama tersebut. Hebat sangat agaknya hingga bisa mencaci dan memaki manusia yang bergelar ulama'. Namanya ulama' kerana ilmu yang dipelajarinya, bukan kerana mulianya dirinya. Mencaci ulama' bermakna mencaci ilmunya yang juga milik Allah swt. Siapakah kita mahu mencacinya?
Pewaris Anbiya.
Adalah sangat masyhur hadis Nabi saw, tentang yang ingin saya kongsikan ini.
"Ulama' adalah pewaris para Nabi".
Ulama' adalah antara manusia utama yg perlu kita muliakan. Namun hari ini, penyanyi lebih dikenali dari pewaris para Nabi. Itulah hakikat akhir zaman kini. Pentas hiburan lebih meriah dari kuliah alQuran atau sajian pembina iman. Kebebasan artis hiburan dalam menyampaikan mesej lagu dan karya lebih luas berbanding kebebasan ulama' dalam menyampaikan mesej da'wah dan ilmu-ilmu agama. Itulah jadinya bila artis dipuja-pujakan. Ulama' dibenci dan diketepikan.
Ular Dalam Semak.
Ya. Saya tahu, ada juga manusia bergelar ulama', namun, fatwanya, sikapnya, persepsinya, cakapnya, tak kurang macam "Ular Dalam Semak". Tetapi, harus kita tahu, mereka ini telah korbankan masa hidup mereka mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi masa kita mempelajari agama. Mereka telah berjumpa banyak guru agama untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama. Mereka telah banyak mengkaji dan meneliti usul-usul ilmu-ilmu agama. Bicara mudahnya, mereka lebih banyak berkorban untuk mendapatkan ilmu agama berbanding mereka yg tidak bergelar ulama' ini.
Akan tetapi, masih wujud ulama' yang tak tumpah seperti "ular dalam semak". Maka, jalan terbaik yang perlu kita pilih adalah, anggaplah mereka-mereka ini seperti "AlQuran yang Tersalah Cetak".
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah namanya akan bertukar menjadi Kamus bahasa Arab?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah isinya boleh ditolak secara total?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipijak-pijak?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dimaki dan dicaci?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipegang alQuran itu tanpa wudhu yang sah?
Jangan kita pijak mereka, jangan kita hina mereka, jangan kita hukum mereka sesat.
Tetapi...
Muliakan mereka sepertimana kita perlu mengambil wudhu saat memegang AlQuran tersalah cetak itu,
Jaga hati mereka sepertimana kita perlu menghormati isi-isi AlQuran yang tersalah cetak itu.
Terimalah apa jua nasihat mereka selagi ia tidak lari dari fatwa sebenar sepertimana kita menerima ayat-ayat yang dicetak secara betul didalam AlQuran yang tersalah cetak itu walaupun sedikit sahaja yang betul.
Kerana yang mereka permata dalam agama. Walaupun terjatuh ditempat kotor, nilainya tak pernah gugur. Hanya perlu cuci kotoran itu dengan air bersih dan kain lembut untuk mengembalikan sinarnya.
Moga Allah kurniakan hidayah kepada anda, saya, dan umat seluruhnya.amin ya Rab
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan