Khamis, 3 Mac 2011

Al Masih Dajjal dan Freemason


Doa Menghindari Fitnah Dajal

“Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari azab neraka, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian dan berlindung kepadaMu dari Al - Masih Dajjal”

Mengenali dajjal dengan lebih mendalam “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.Setiap Nabi yang diutus oleh Allah S.W.T ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir.

Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu.Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah - tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya Dan sebenarnya Allah S.W.T akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah S.W.T tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu.Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘KAFIR’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Diantara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas.Sesiapa diantara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah S.W.T dan hendaklah dia membaca pangkal surah al - Kahfi,maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim A.S itu menjadi sejuk.

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu,apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama,sifat - sifatnya sama dan suaranya pun sama.Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku,ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu” Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,iaitu dia bunuh dan dia belah dua.Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian Laknatullah ALLAH Itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman,menjawab: “Tuhanku adalah Allah,sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah
dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.” Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh - tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.
Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan.

maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanaman mereka pun menjadi.“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah.

Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan diluar kota Madinah,kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal.

Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam - tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu disatu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.Mereka pun beriman kepadanya.

Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh - tumbuhannya.Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.” Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun - tahun tipu daya,iaitu tahun orang - orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.

”Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah.Pada waktu datangnya Dajjal nanti MADINAH dikawal oleh para malaikat.Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah),kota Madinah bergegar tiga kali.Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar
meninggalkan Madinah.

Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat - karat besi. ”Diriwayatkan oleh Ahmad,hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya:

“Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal,maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup,maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.Kalau dia datang setelah kematianku,maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.” Dari Jabir bin Abdullah,katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.

Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu,kemudian hari - hari berikutnya seperti hari biasa.”Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu,sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu,dia berkata kepada manusia:

“Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.Menurut riwayat Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah - tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus NABI Isa A.S yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.” Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al - ghaib yang tersembunyi daripada manusia.Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah S,W.T .

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu.Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana - mana nabi lagi.(Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Imam Mahdi ,Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s, keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain.Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu- tunggu sebelum kejadian kiamat, disamping Nabi Isa dan Imam Mahdi. Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi,bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal,kerana tabiatnya
yang suka berdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat.Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi MUHAMMAD s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal.Diriwayatkan,mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun.Apabila tiba waktu kemunculannya,semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi..

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480 000 di England, Scotland dan Ireland, dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat.

Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan Tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya boleh dikatakan disini adalah Tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ (Dajjal).Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Simbol ‘Tuhan bermata satu’ yang terdapat pada wang USD $1 dimana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk kedalam kerajaan Amerika Syarikat sejak dahulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi sudah terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, sehinggalah kepada Presiden George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones,juga merupakan antara sebahagian daripada kumpulan Illuminati itu.


Secret Society - Ciri-ciri Seorang Mason

United States Of America merupakan negara Freemason yang pertama wujud di atas muka bumi. Pusat pemerintahan Masonic yang pertama terletak di Washington D.C. Diasaskan oleh George Washington (Master Mason 33 degree)- Gambar di atas, perlantikan beliau sebagai Presiden US secara tidak langsung telah menabalkan beliau sebagai Head Master of Mason.

Ada beberapa ciri dan perihal yang perlu dikenal pasti sebelum kita mengkelaskan seseorang itu dari golongan ahli free Mason.

1. Memakai Monkey jacket.
2. Memakai apron kecil (seperti apron tukang batu zaman dahulu )
3. Terdapat huruf G
4. Wujud lantai berpetak hitam putih (chekered floor)
5. Terdapat sebatang atau dua pillar (tiang)

Sebagai tanda penghormatan. Ahli- -ahli masonic telah mewujudkan sebuah lodge dan menamakan lodge tersebut bersempena nama beliau iaitu “The George Washington Masonic Lodge”. Mereka juga membina tugu dan meletakan pada memorial beliau.


Freemason Lodge di Ipoh Perak [MALAYSIA]

Malaysia

HRH Colonel Sir Ibrahim, The Sultan of Johor. Initiated, 11th April 1906 in Empire Lodge No. 2108 in London.

H.H. Tunku Abdul Malik Ibni Sultan Badlishah, House of Kedah. Initiated, 9th January 1959, Lodge Kedah No. 3830 E.C. Sungei Petani.

HRH Sultan Idris Ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan of Johor. Initiated 9th July 1960, Lodge Napier No. 3418 EC in Ipoh.

HRH Ghaz'zara Shazrul Al-Mahdi a.s. Initiated, 23rd July 1978, Lodge No 1 in London.

Rujuk Link Ini ---->> http://www.wisdomlodge202.org/famous_masons.htm


Freemasons Lodge 1555 Penang,Malaysia.

Malaysia is a South East Asian country consisting of the former British colonies of Malaya (now East Malaysia), and North Borneo (Sarawak and Sabah, now West Malaysia). Masonry in this area is controlled by District Grand Lodges under England and Scotland.

The first lodge in the country then known as Malaya was established at Penang in 1809. This was an English lodge warranted by the Antients, but it subsequently expired. It was not until 1875 that Malaya received a lodge that was to survive.

This was the English lodge, Royal Prince of Wales #1555, which still works happily at Penang. Scotland’s earliest surviving lodge also works at Penang, Lodge Scotia #1003, warranted in 1906. Currently, twenty-nine regular lodges work in the country.

Mereka ini bertuhankan Dajjal si cacat sebelah mata...


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan: