Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 15 Februari 2011
TIPS PUTUS CINTA
Kongsi tip ubati duka
Adat orang bercinta, ada pasang surut dalam menjalin ikatan. Bukan saja hubungan pasangan kekasih bisa terputus di tengah jalan, mahligai dibina suami isteri juga boleh menemui kehancuran andai cinta tidak lagi bersemi.
Bagi yang pernah berdepan detik sukar ini, memang terasa cukup perit tatkala cinta kecundang. Umpama pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, begitulah kesedihan yang dilalui hingga timbul rasa kecewa yang sukar digambarkan. Andai ketika ini anda mengalami senario sama, apa kata berkongsi tip mengatasi rasa kecewa apabila cinta tak kesampaian.
Mohd Faisal Deraman, 26, Juruteknik sistem audio
Tip saya ialah:
# Keluar bersama kawan-kawan untuk membuat diri sibuk.
# Tenangkan fikiran di lokasi menyenangkan.
# Sertai aktiviti sukan.
Mohd Shahril Awang Long, 18, Pelajar
Tip saya ialah:
# Lakukan banyak tugasan untuk menghilangkan rasa sedih.
# Rancang aktiviti kembara bersama teman-teman.
# Tambah kenalan bagi melupakan kisah sedih bersama bekas kekasih.
Fatimah Nurma Ibrahim, 19, Perunding kecantikan
Tip saya ialah:
# Pergi membeli-belah atau window shopping.
# Bawa diri di tempat yang boleh menenangkan fikiran.
# Habiskan masa bersama keluarga dan menonton rancangan kegemaran.
Najihah Othman, 24, Perunding swasta
Tip saya ialah:
# Dekatkan diri dengan Allah dengan melakukan solat sunat untuk ketenangan jiwa.
# Luangkan banyak masa bersama keluarga termasuk merancang aktiviti berkelah dan bersukan.
# Giat baca surah al-Quran untuk membersihkan jiwa luka.
Azimah Mohd Yusof, 23, Eksekutif jualan
Tip saya ialah:
# Berfikiran positif dengan menerima segala ketentuan kerana percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
# Cari teman baru di laman sosial facebook dan Yahoo.
# Tingkatkan prestasi kerja untuk maju ke depan.
Romedan Mansor, 26, atendan
Tip saya ialah:
# Keluarkan bajet untuk pergi melancong ke lokasi baru untuk mencari ketenangan.
# Habiskan masa mendengar radio.
# Usah terus dibelenggu rasa sedih, sebaliknya lakukan sesuatu termasuk mencari pasangan baru.
KREDIT: Fairuz Zaidan
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan