Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Rabu, 9 Februari 2011
Siapakah BAHLOL..??
Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni
kisah Bahlol..
kisah 1:
Masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.
"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"
Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.
Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.
Hujan tiba2 turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.
Kisah 2:
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid jalan2 dgn isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlol?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.
Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.
“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.
Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.
Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.
“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”
Malaikat menjawab “Engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”
Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.
“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”
“Boleh!” jawab Bahlol
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"
Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
sumber: http://www.tranungkite.net/
*adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama??
kiriman Mat Rock (rakanyahoogroup)
Makam Bahlol di Damascus
Jika berminat untuk tahu lebih banyak tentang ulama Bahlol ini sila tonton drama bersiri Bahlol Bahagian 1 di bawah ini...
sambungannya boleh masuk ke Youtube yer...
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan