Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 25 Februari 2011
Doa Penghulu Segala Istighfar
Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)
Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).
Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan