Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 18 Februari 2011
Bahasa Arab Bahasa Dunia
Salam alaik,
Anggaran 2,000 tahun sebelum masihi, di zaman Namrud (Hamurrabi), telah ada pelbagai dialek bahasa Arab yang berselerak dari Iraq sehingga ke Pulau Malta di Mediteranian dan turun keseluruh Semenanjung Arab, Djibouti dan Pulau Soqorti. Anggaran itu berasas penemuan batu dan kulit bertulis.
Ketika itu, sebutan di dalam Bahasa Arab, tapi tulisan lain-lain. Jauh bezanya di antara tulisan kaum Phoenicia, Naba', Saba', Tsamut, Arab Teluk, Madaen dan Sumeria (Akadia).
Di antara Nabi-nabi bangsa Arab zaman itu ialah Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Lot, Nabi Ismail (memeluk peradaban Arab Saba'), Nabi Syuaib, Nabi Adnan dan Nabi Muhammad.
Ada anggapan yang menyatakan bahawa Bahasa Arab adalah pecahan dari Bahasa Aramaic. Bahasa Arab bukan dari Aramaic. Bahasa Arab, Aramaic dan Greek hidup selari dari zaman ke zaman walaupun empayar berubah-rubah. Hanya tulisan Arab sahaja yang terbina dari skrip Aramaic Siryani, iaitu bermula dari abad ke 5 setelah masihi ( lihat photo di http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/ ).
Yang telah menyatukan ratusan dialek Bahasa Arab adalah Al-Quran. Kini Bahasa Arab Al-Qur'an dipanggil sebagai Bahasa Arab Klasik atau Bahasa Arab Tulin. Kemudian, bahasa Arab telah berpecah lagi kepada 2 jenis, iaitu Arab Moden dan Arab Kolokial (bahasa pasar bergantung kepada tempat).
Kaum Qibti (Mesir) telah memeluk peradaban Arab dan meninggalkan bahasa Qibti. Kaum Berber di Libya, Tunisia, Algeria, Niger, Mali dan Morocco telah meninggalkan bahasa Tamazight untuk bahasa Arab. Begitu juga kaum Maur di Mauritania dan Sahara Barat serta bangsa Sudan. Masing-masing membentuk loghat Arab tempatan.
Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua di dunia yang masih digunakan dengan aktif. Bahasa Greek telah pudar dari pengaruhnya. Manakala bahasa Aramaic, Sanskrit dan Latin hampir pupus.
Power bahasa Arab kan? Dapat bertahan beribu-ribu tahun. Bukan itu sahaja. Bahasa Arab telah mempengaruhi banyak bahasa-bahasa lain di dunia.
Saya senaraikan perkataan Inggeris yang berasal dari bahasa Arab : admiral, adobe, alchemy, alcohol, alfalfa, algebra, algorithm, alkaline, almanac, almagam, amber, antimony, apricot, arsenal, assassin, average, azimuth, banana, benzene, candy, carat, chess, cipher, civet, cork, coffee, cotton, crimson, elixir, fanfare, gala, gauze, giberish, giraffe, guitar, ghoul, hazard, jar, jasmine, jumper, lacquer, lemon, lime, lute, massage, mask, mafia, magazine, mattress, monsoon, mortisse, muslin, orange, popinjay, racket, ream, safari, serendipity, sequin, sherbet, soda, sofa, sugar, sumac, syrup, talc, tariff, tamarind, tartar, traffic, tobacco, tuna, zenith, zero, zircon dan ratusan lagi perkataan saintifik botani yang dipinjam oleh kaum Greek dan Latin dari bahasa Arab.
Berikut adalah bahasa Moden yang banyak dipengaruhi bahasa Arab : Baluchi, Bengali, Berber, Catalan, Gujarati, Hausa, Hebrew, Melayu, Malta, Kurdish, Marathi, Pashto, Farsi, Portugis, Punjabi, Rohingya, Sindhi, Somali, Sepanyol, Sicily, Swahili, Tagalog, Turki, Hindi dan Urdu.
Kini, bahasa Arab adalah bahasa ibunda 300 juta orang di dalam 22 buah negara.
Bahasa Arab ialah salahsatu bahasa rasmi United Nations. Semakin ramai profesional dari Eropah dan Amerika berhijrah ke Tanah Arab. Ini kerana pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat di negara Teluk Arab. Mereka berhijrah kerana kerjaya dan perniagaan. Setelah 9-11, lagi ramai yang datang dan masuk Islam.
Harus ingat, Nabi kita pernah nasihat, tiada kaum yang lebih kaya dari kaum Arab Semenanjung sehingga ke akhir zaman. Di antara yang terkaya sekali dimukabumi ialah Bani Kilab. Sekiranya sesiapa yang tidak mendapat bahagian dari rampasan harta Bani Kilab, dia adalah di antara yang malang. Di antara petanda besar Qiamat ialah padang pasir berubah menjadi hijau.
Bayangkan segala jenis bahan, logistiks dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membangun semua kehendak Pak Arab Semenanjung.
Saudara dan saudari fikirlah sendiri peluang yang sangat luas dari segi kerjaya dan perniagaan. Jika kita mempelajari bahasa tambahan, kita membuka peluang untuk diri sendiri dan meningkatkan darjat.
Semoga artikel ini memberi manfaat.
kredit: Man Trex
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan