Jumaat, 21 Januari 2011

MENJAGA SOLAT, MELENGAHKAN SOLAT : PILIHAN ANDA??



Sabda Rasulullah saw, jangan melambat-lambatkan dalam TIGA perkara, iaitu :

1. Solat, apabila telah masuk waktunya.
2. Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan.
3. Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.

Disini, fokus pada point pertama, mengenai SOLAT. Apakah maksud solat sebenarnya? Solat bermakna, segala amalan, tindakan, tertib yang kita lakukan dalam solat, kita keluarkan dalam solat. Bagaimana? Dalam solat kita jaga pandangan, kita membaca al-quran, kita menyebut nama Allah dan sebagainya, begitu juga perkara yg sama perlu dilakukan apabila kita tidak bersolat. Dan, sebenar-benar solat adalah solat yang dapat menghindarkan kita dari keburukan.

Alhamdulillah, antara kita masih ada yang mengambil berat tentang solat. Akan tetapi, disebabkan faktor-faktor tertentu [safar, aktiviti, perniagaan, kelas] maka banyak solat yang ditinggalkan. Setelah pulang ke rumah barulah kelam-kabut untuk mengqada'kan solat-solat yang ditinggalkan itu, Nauzubillah… Tidak mengerjakan solat pada waktunya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit dan seumpamanya adalah satu dosa besar. Mafhum sebuah hadith :

"Sesiapa yang mengumpul dua solat tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar."
(Riwayat daripada Hazrat Abdullah bin Abbas RA, Hadith riwayat Imam Hakim)

Sedar atau tidak, kita dengan sengaja telah menambahkan beban lagi pada diri. Seharusnya kita mengelak dari kejadian seperti ini. Oleh itu, kita harus berusaha untuk menjaga solat kita. Menjaga solat pula bermaksud, mensucikan diri dari hadas, tertib wuduk yang sempurna, solat diawal waktu, menjaga rukun dalam solat, dan yang sering diabaikan dan dilupakan, tokmaninah, ketenangan dalam solat.

Diriwayatkan oleh Hazrat Abdullah bin Amr ra, Rasulallah saw bersabda, "Sesiapa yang menjaga solatnya akan menjadi nur [cahaya], pembela dan penyelamat baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat. Pada hari akhirat, dia akan bersama-sama Firaun, Hamman, dan Ubai bin Kalaf."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan