Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Isnin, 24 Januari 2011
KELEBIHAN ZIKIR
Sesungguhnya berzikir (mengingati Allah) itu adalah satu ibadat yang mulia dan utama dan amat besar faedahnya yang akan diperolehi.
1. Firman Allah dalam surah Al-Baurah Ayat 152 yang bermaksud:
"Maka berzikirlah (ingatlah) kamu kepada ku, nescaya aku mengingati kamu sekalian dan bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu mengkufuriku."
2. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman berzikirlah (ingatlah) kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadanya setiap pagi dan petang."
3. Firman Allah dalam surah Al-Ra'du ayat 28 yang bermaksud:
"Orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Allah, ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenteram."
Zikir Yang Utama
Mengikut pendapat ulama, zikir yang utama ialah diucapkan oleh hati dan lisan serentak jika dibandingkan antara keduanya, maka berzikir dengan hati itu lebih utama dari berzikir dengan lisan semata-mata.
Penjelasan
Maksud zikir dengan hati itu hendaklah bentuk zikir yang disebut oleh lisan itu hadir dihati dan turut disebutkan oleh hati. Umpamanya orang yang berzikir itu lidahnya menyebut "La-ilahaillallah" maka makna kalimah itu hendak hadir di dalam hatinya iatu "tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah s.w.t.
Kelebihan Berzikir
Zikir itu banyak jenis, tiap-tiap satu mempunyai kelebihan atas yang lain, tidak sama kelebihannya antara satu sama lain ataupun pahalanya lebih banyak dari yang lain di samping adanya berbagai-bagai faedah dan manfaat yang banyak:
1. Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang palin utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".
2. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Perbaharuilah Iman kamu !!!. Para sahabat bertanay bagaimana caranya memperbaharui Iman kami? Jawab Baginda, perbanyakkanlah ucapan "La-ilahaillallah".
3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.
4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa mengucapkan "La-ilahaillallah" tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya ia telah menebuskan dirinya daripada Allah s.w.t."
5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Siapa yang mengucapkan "Subhanallahi Wabihamdihi" sekali, akan ditanamkan baginya satu pohon di syurga. jika mengucapkannya seratus kali dicatatkan baginya seribu kebajikan dan digugurkan daripadanya seribu kali kejahatan."
Salam Ukhuwah..~
Salam Tok Wan...mohon perkongsian dan amalan. Mudah2an ALLAH SWT terus memberi kekuatan dan petunjuk pada Tok Wan untuk terus menulis di blog ini demi kebaikan semua ummah. Aminnnnnn
BalasPadam