Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Rabu, 29 Disember 2010
Asam Gelugor
Inilah buah Asam Gelugor yang sudah masak dipokok dan sesuai di potong nipis untuk dimasukkan terus dalam masakan atau di hiris nipis2 lalu dijemur untuk dijadikan Asam Keping.
Gambar ini pula ialah buah Asam Gelugor yang belom masak. Maknanya buah muda lah.
Buah Asam Gelugor sewaktu masih putik.
Bunga yang belum menampakkan putiknya. Kalau waktu memasak takder Asam Gelugor yang tua atau ranum, bunga ini juga boleh digunakan untuk menggantikan Asam Gelugor.
Buah Asam Gelugor yang telag di potong sedia untuk di masukkan kedalam masakan berada sebelah kiri dalam gambar. Ini sewaktu memasak dalam progrem camping di Sungai Chongkak.
Wahhh... masakan kari ikan sardin yang telah siap untuk dimakan. Pastinya Asam Gelugor sudah tidak kelihatan sebab ianya telah hancur. Berbeza dengan penggunaan Asam Keping, ianya lebih liat dan susah hancur.
Gambar2 ini Tok Wan rakam sewaktu camping di Sungai Chomngkak dengan beberapa orang anak2 Tok Wan serta anak2 kawan serta jiran yang minat perkhemahan. Biasanya Tok Wan sendiri yang akan jadi tukang masak.
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan