Isnin, 16 Ogos 2010

Kemeriahan Yang Dilupakan Apabila Menyambut Aidilfitri


Alhamdulillah tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri .. namun sehingga ke hari ini takde sekeping pun kad raya aku terima.. kalau 10 thn dulu, masa ni dh berkeping-keping kad raya aku terima.. siap berlumba-lumba dgn adik beradik lain siapa dpt kad raya paling banyak..

hmm.. sekarang ni ucapan raya hanya diterima melalui emel, facebook, sms atau mms.. selalunya malam raya barulah ucapan raya tu diterima melalui sms/mms.. hinggakan jem talian..

dulu.. bila dh 2 minggu puasa, aku sibuk mencari ranting pohon buluh utk dihiaskan dirumah dgn gantungan kad-kad raya.. sekarang ni nk cari pohon buluh kat town ni pun dh payah..

dulu.. bila dh 2 minggu puasa, aku dgn kengkawan sibuk mencari buluh utk dibuat 'punjut'.. batang buluh sepanjang 3-4 kaki.. ditebuk 3-4 lubang utk dijadikan pelita, dihiaskan keliling rumah & sepanjang lorong kerumah.. sekarang ni bukan hanya buluh susah nk cari.. minyak api/gas pun susah nk cari!

org sekarang dh x pasang pelita lagi dah. org sekarang hanya pasang lampu lip-lap jer (kelip2).. itupun dh x bnyk org pasang.. maklumlah, org sekarang ni bz belaka..

dulu.. kalau 2-3 hari lagi nk raya, org dh sibuk anyam ketupat.. ketupat bawang lah.. ketupat 4 segi lah.. tp org sekarang xde masa nk anyam ketupat.. rebus ketupat segera jer.. lemang pun beli jer.. ramai org jual..

argh.. itulah antara kemeriahan raya yg telah dilupakan oleh org zaman sekarang.. org sekarang terlalu bz.. masa utk bersama keluarga & jiran tetangga amt terhad..

apa komen kengkawan?? boleh share..


marhaban ya Ramadhan..
telah terbuka gerbang Rejab
terbentang jalan Syaaban
mari kita bersiap menanti hamparan taman Ramadhan
selamat melangkah memasukinya..
bulan yg penuh ujian.. semoga kita berhasil memenangkannya

kredit: matrock


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan