Khamis, 25 April 2019

Solat Teraweh


As Salamualaikom wbt.

Bertemu kembali selepas beberapa bulan dan tahun saya tidak menulis disini. Ini adalah kerana masalah akaun google saya, namun semua itu cuma halangan sementara dan berlalu begitu sahaja. Segala-galanya Allah yang menentukan.

Sempena ketibaan bulan Ramadhan maka adalah lebih baik saya tulis perkara berkaitan Ramadhan untuk kali ini. Sudah pasti ianya berkaitan solat teraweh dan sebagaimana kita sedia maklum pada minggu pertama Ramadhan semua masjid dan surau akan penuh sesak dengan makmum. Minggu kedua jumlah makmum akan mula merosot, begitu juga minggu ketiga. Namun pada malam sepuloh yang akhir ada masjid dan surau yang penuh dan ada yang tak penuh. Kenapa jadi begini?

Bagi masjid dan surau yang berada dalam kawasan bandar sudah pasti makmum dari kaum bukan Melayu ramai terutama Bangladesh dan Indonesia. Mereka bekerja dalam sektor binaan yang banyak terdapat di bandar-bandar besar. Bagi orang Bangladesh, mereka adalah Hanafi, berbeza dengan kita.

Mazhab Hanafi menganggap Imam solat Teraweh yang membaca al Quran dengan melihat naskah al Quran dihadapannya adalah makhruh. Mereka lebih rela jika Imam tak tahu baca surah yang panjang-panjang baca saja surah lazim. Jadi semasa berada di Malaysia mereka akan bentuk jemaah mereka sendiri di bawah-bawah bangunan yang belum siap untuk solat berjemaah. Minggu pertama mereka datang ke masjid atau surau adalah untuk mengajak kaum senegerinya sama-sama berjemaah dengan Imam mereka.

Dalam hal ini masjid dan surau seharusnya tidak membiarkan perkara sebegini berlaku. Bukankah lebih elok Imam baca surah dalam solat Teraweh tanpa melihat naskah. Jika tak hafal surah Yusof, baca surah Asy Syam atau Ad Dhuha.

Lagi satu perkara yang menyebabkan makmum semakin kurang ialah sikap menganggap masjid surau kita sudah bagus. Seharusnya kita kena fikir dengan teliti apakah yang mungkin akan membuatkan makmum suka untuk terus datang secara istiqamah ke surau atau masjid kita. Adakah ianya berkaitan Imam, atau bacaan Imam, atau suhu yang panas dalam surau masjid kita atau suhu yang terlampau sejuk dalam masjid dan surau yang ada pasang aircondition atau kerana juadah moreh yang tak memuaskan hati jemaah.

Kalau soal moreh eloklah kita perbaiki jamuan tersebut kerana ada makmum yang setiap kali datang ke masjid atau surau akan memasukkan wang kedalam tabung namun setiap tahun juadah moreh tak memuaskan. Seharusnya kita fikir secara mendalam akan perkara ini. Jangan pamerkan jumlah wang dalam simpanan berpuloh-puloh ribu di papan kenyataan wal hal juadah moreh hanya karipap dan lain-lain jenis kueh yang baki dari bazar Ramadhan serta jumlahnya tidak cukup untuk semua jemaah.

Soal duit dalam simpanan andailah kata anda yang jadi Nazir Masjid, sekiranya esok pagi meninggal dunia pasti Malaikat tanya kenapa tak keluarkan duit itu untuk menjamu tetamu Rumah Allah dan buat apa simpan banyak-banyak dalam akaun bank, simpan sekadar perlu sudahlah. Mengapa pula nak pamerkan jumlah simpana dalam akaun, dan adakah Nazir malu nak pamerkan jumlahnya andai cuma ada RM 3.50 sahaja.

Sepatutnya ganjaran akhirat adalah apa yang telah di belanjakan dan bukan apa yang masih di longgokkan dalam bank komersil untuk diangga-banggakan antara satu masjid-masjid dan surau-surau dengan masjid dan surau yang lain.

Segala yang baik dari Allah dan kelemahan serta kesilapan adalah dari saya. Subhanallah wabihamdihi subhanallah humma wabihamdika, ashhaduallaillaha ilallah anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.