Jumaat, 28 Ogos 2015

Percakapan Yang Sia-sia

Gambar sekedar hiasan sahaja.
 

Tanpa kita sedar kita banyak melakukan percakapan yang sia-sia. Contohnya ketika cuaca panas tanpa ada apa-apa yang hendak dicakapkan maka kita atau rakan kita akan cakap, 'Panaslah hari ini'. Lalu adalah satu lagi hamba Allah yang akan menokok tambah sebagai menyambung percakapan tersebut yang bunyinya, 'Kat akhirat nanti lagi panas'.

Kat akhirat nanti lagi lebih panas bermaksud kat Padang Mahsyar atau kat dalam Neraka lagi panas. Memang semua orang sudah tahu kat Padang Mahsyar dan neraka teramat panas. Padang Mahsyar saja mempunyai 12 biji matahari yang berada dalam jarak sejengkal dari kepala. Api neraka pula sebenarnya 69 kali ganda lebih panas dari api yang ada didunia ini.

Sebenarnya percakapan kita bukan saja sia-sia bahkan perbandingan kita juga salah. Kita tidak sepatutnya membandingkan perkara yang negatif. Perbandingan yang baik ialah perbandingan yang positif atau perbandingan yang elok. Apabila kita membandingkan panas di akhirat dengan panas didunia ianya seolah-olah kita sudah tahu bahawa diakhirat kelak kita akan ditempatkan ditempat yang panas. Bukankah diakhirat ada dua tempat untuk kita pilih. Jadi kenapa kita memilih tempat panas sehingga perbandingan panas dunia juga sering kita kaitkan dengan panas akhirat.

Bahkan lebih elok jika kita jawab, 'Panas dunia ini panas sementara'. Kemudian pasti ada yang menuntut agar percakapan itu disambung dan untuk menyambungnya kita boleh menambah, 'Dunia ini pun hanya bersifat sementara'. Kemudian kita akan cuba membawa percakapan tentang dunia kepada percakapan tentang akhirat, tapi bukanlah percakapan yang membandingkan seolah-olah kita pasti akan ketempat panas. Cubalah bercakap tentang perkara-perkra yang baik pasti Allah dan para Malaikat suka.

Satu perkara lagi tentang percakapan juga ialah jikalau tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan maka lebih baik diam. Kita hanya mendengar sebab dalam mendengar banyak perkara yang kita dapat belajar, bila banyak yang kita dapat belajar maka semakin berilmulah kita. Namun apabila ilmu semakin meningkat ingatlah ilmu yang baik bukan untuk didebat sebaliknya diamalkan. Dan jangan berdebat dengan orang yang tidak berilmu. Biasanya orang tidak berilmu apabila bercakap segala perkara dia tahu. Ketika kita mendengar percakapn yang tidak baik seelok-eloknya berhenti mendengar dan mulailh beristighfar dalam hati. Berhenti mendengar disini bukanlah menutup telinga tapi buatlah macam biasa, kita ada disitu namun jiwa kita online dengan Allah melalui zikir dan istighfar.

Kita perlu beristighfar kerana mendengar percakapan yang sia-sia pun kita akan turut berdosa juga. Dan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita hendaklah sentiasa beristighfar apabila dalam keadaan lalai seperti terpaksa duduk dalam suasana dikelilingi orang-orang yang melakukan percakapan sia-sia. Nabi s.a.w. sendiri setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali dan pastinya kita kena istighfar sebanyak 100 kali setiap lepas suboh dan 100 kali selepas asar.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 21 Ogos 2015

Sayang



Kita ada banyak bela kucing. Diantara banyak-banyak itu ada yang kita sayang dan ada yang kita menyampah. Namun walau bagaiama menyampah pun kita tidak menghukum kucing tersebut kerana kita tahu perkara itu tidak baik. Sekurang-kurangnya kucing yang selalu berak merata-rata akan kita kurung. Begitu juga kucing yang selalu bergaduh akan menjalani kurungan yang kita singkan dengan yang berak merata-rata. Itulah cara kita menguruskan kucing-kucing kita. Kita sayang namun kita tidak sampai hati untuk menzalimi kucing-kucing itu kerana ada antara kucing-kucing itu bila sudah sampai masa berubah menjadi baik dan kita benarkan dia bergaul dengan kucing-kucing yang lain. Bebas makan beramai-ramai, bermain bersama kucing-kucing yang lain atau bebas nak duduk lepak atas riba kita atau atas sofa dalam rumah kita. Nak lepak atas lantai pun kita tak kesah. Bahkan kalau nak keluar rumah pun kita tak kesah juga kerana kita tahu kucing tersebut akan balik semula kerumah kita.

Begitu juga Allah dengan kita. Allah ta'ala lebih menyayangi kita daripada ibu kita sendiri. Disebut dalam satu hadith bahawa kasih-sayang Allah terhadap hamba-hambaNya melebihi 69 kali dari kasih-sayang seorang ibu kepada anaknya.

Hari ini kita lihat walaupun seseorang itu tidak solat atau tidak menutup aurat seperti yang Allah perintahkan namun Allah masih memberikannya rezeki. Lihat sajalah kekayaang yang Allah ta'ala berikan kepada orang-orang kafir. Namun Allah ta'ala tidaklah memberikan kekayaan yang melampau sehingga bumbung rumah mereka diperbuat daripada emas kerana Allah ta'ala menyayangi orang-orang mukmin, orang orang yang beriman kepadaNya, taknak mereka pecahati melihat kekayaan yang Allah beri kepada orang-orang kafir.

Seperti kita membuat pengasingan kepada kucing yang mendatangkan masalah begitu juga Allah ta'ala membuat pengasingan untuk mereka-mereka yang ingkar pada perintahNya dengan menyediakan balasan buruk dan baik didalam kehidupan selepas menjalani mati yang sementara yang kita semua akan hadapi nanti. Mati yang akan kita hadapi akan mengajar kita maksud hidup didunia ini. Disitu kita akan mendapat balasan awal sebagai pengenalan dunia yang sebenar. Jika semasa hayat disunia kita disukai oleh bumi maka kita akan mendapat layanan yang sempurna dari bumi (tanah kubur) dan jika semasa hayat kita bumi membenci kita maka itulah masanya bumi melayan kita sebagaimana selayaknya menurut perintah Allah ta'ala dan kekallah kita mendapat layanan dari bumi sehingga kehari kiamat. Jika kita menerima layanan yang baik maka itu merupakan petanda yang baik lagi selamat untuk menjalani kehidupan yang bakal menjelma sesudah kiamat dan jika layanan bruk yang kita dapat maka itu juga adalah petanda kita akan mendapat kedudukan yang buruk selepas kita dihidupkan kembali selepas dunia kiamat. 

Kehidupan disana adalah kehidupan yang kekal abadi. Tiada lagi maut dan tiada ubat untuk meredakan kesakitan jika kebenaran membuktikan kita harus berada dalam neraka untuk sekian-sekian juta tahun. Menderita kesakitan tidak akan membawa maut seperti didunia. Walaupun kesakitan akibat hentaman kuat sehingga kepala pecah namun tiada lagi maut.

Jadi marilah kita menjadi hamba Allah s.w.t. yang ta'at pada perintah Allah. Setiap lelaki yang akal baligh patut datang kepada seruan azan kerana Allah suka kita menyembah akan Dia secara beramai-ramai, lebih-lebih lagi sebelum azan kita sudah berada dalam rumah Allah. Setiap kaum perempuan yang telah baligh dapat menutup aurat mereka dengan sempurna juga merupakan suatu petanda Rahmat Allah ta'ala akan turun keatas kampong kita, bandar kita, negeri kita, negara kita bahkan kepada bumi kita. Apabila Rahmat Allah mencurah-curah turun maka segala kebathilan akan Allah s.w.t. lenyapkan. 

Inilah jalan kehidupan yang benar lagi diredhai oleh Allah.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 14 Ogos 2015

Syurga dan Neraka



Suatu ketika Allah s.w.t. berfirman kepada Jibrail a.s. 'Pergilah engkau lihat syurga yang Aku ciptakan' maka Malaikat Jibrail a.s. pun pergilah melihatnya. Setelah kembali maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah s.w.t., 'Wahai Allah, dengan keadaan syurga yang sedemikian aku pasti tidak ada seorang pun yang tidak berhajat untuk masuk kesana.' Kemudian Allah s.w.t. meletakkan hukum-hakam dalam beragama sebagai garis serta hiasan untuk ke syurga kemudian sekali lagi Allah ta'ala menyuruh Malaikat Jibrail a.s. pergi melihatnya. Setelah melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s. pun berkata, 'Wahai Allah, aku bimbang tiada seorang pun yang akan layak kesyurga'. Malaikat Jibrail a.s. berkata sedemikian kerana syurga telah ditutup dengan hukum-hakam dalam beragama sehingga sukar dimasuki kecuali bagi sesiapa yang dapat mengikut hukum-hakam tersebut semasa menjalani kehidupan di dunia.

Di suatu ketika kemudiannya Allah s.w.t. telah mencipta neraka lalu Allah ta'ala berfirman kepada Jibrail a.s. agar pergi melawat keadaan neraka itu. Maka Jibrail a.s. pun pergilah melihat keadaan neraka yang baru diciptakan itu. Setalah kembali dari melihat neraka maka Jibrail a.s. berkata kepada Allah ta'ala. 'Wahai Allah aku khuatir tidak ada seorang pun yang akan mahu kesana oleh kerana keadaannya yang sangat menggerunkan itu'. Lalu Allah ta'ala menghias neraka dengan nafsu dan syahwat dunia kemudiannya memerintahkan Jibrail a.s. melihatnya sekali lagi. Setelah kembali dari melihat buat kali keduanya maka Jibrail a.s. berkata, 'Wahai Allah aku bimbang tiada seorang pun yang dapat melepaskan diri dari masuk kesana.'

Begitulah serba ringkas sebuah kesah dari sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang Tok Wan tulis semula yang susunan ayat-ayatnya mungkin berbeza dengan maksud asal hadith tersebut. Namun ia menggambarkan kepada kita bahawa syurga diliputi oleh hukum-hakam yang kita kena patuh untuk memasukinya. Namun dalam hadith yang lain ada dinyatakan bahawa seseorang itu dapat masuk surga dengan Rahmat Allah s.w.t. Oleh kerana Allah ta'ala yang membuat ketentuan maka berhaklah Allah ta'ala memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya walaupun ianya seorang perempuan pelacur.

Hari ini apabila kita baca keseluruhan hadith atau sebahagian khazanah Rasulullah s.a.w. yang ditinggalkan untuk kita pasti kita mendapat jawapan tentang syurga atau neraka.

Dalam hadith yang lain ada disebut berkenaan seseorang yang menjaga solat fardhunya. Menjaga solat fardhu bermaksud mengambil berat waktu solat-solat fardhu dan mengerjakannya di tempat dimana azan dilaungkan. Maksudnya mereka yang solat secara bersendirian atau lewat dari waktu yang ditetapkan tidak dikira termasuk dalam hadith yang dimaksudkan ini.

Mereka yang memelihara solat-solat fardhunya akan mendapat lima pelepasan. Pertama mendapat keberkatan rezeki. Kedua diangkat sifat munafik darinya. Ketiga diangkat azab kubur darinya. Keempat melintas titian sirat sepantas kilat dan yang kelima masuk syurga tanpa hisab.

Jadi sebenarnya nak masuk syurga senang sahaja. Jaga solat fardhu, tunaikan solat-solat sunat yang sesuai dengan waktunya seperti solat tahajud pada sepertiga malam, solat taubat dan solat witir pada setiap malam sebelum tidur. Zikir setiap pagi sesudah subuh sehingga matahari terbit dan sesudah asar sehingga matahari terbenam.

Dalam satu hadith yang lain ada menyebut tentang zikir 'Laillaha ilallah' yang berjumlah tujuh puluh ribu mampu menyelamatkan seseorang itu dari neraka. Zikir sebegini tidak sesuai untuk orang awam seperti kita. Zikir tersebut lebih sesuai bagi ahli tasawuf atau ufi. Bagi kita memadailah dengan 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laillaha ilalah, Allahu Akbar' sebanyak 100 selepas subuh dan seratus selepas asar. Oleh kerana zikir empat perkataan ini sangat disukai oleh Allah ta'ala maka tidak molek jika ianya tanpa diiringi dengan selawat keatas Nabi s.a.w. Sedangkan Allah ta'ala sendiri bersama para Malaikatnya pun berselawat keatas Nabi MUhammad s.a.w. inikan pula kita. Jadi untuk lebih comel zikir harian kita masukkan selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali selepas subuh dan 100 kali selepas asar. Tak susah manapun kan?

Untuk lebih comel dan molek lagi kita tambah lagi 100 istaghfar kerana Nabi s.a.w. sendiri setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali. Jadi apa salahnya kita istighfar sebanyak 100 kali pagi dan petang.

Secara ringkasnya kita sudah ada 300 zikir sebelah pagi dan 300 zikir sebelah petang. Jika diteliti dalam zikir itu terdapat 100 perkataan 'Laillaha ilallah' sebelah pagi dan 100 sebelah petang. Ini menjadikan jumlahnya 200 setiap hari. Jika dikira dalam satu bulan ada 30 hari bermakna kita sudah ada stok sebanyak 6000 kalimah 'Laillaha ilallah' dan 6000 jika dibuat setiap bulan untuk 12 bulan bagi setahun sudah mencapai lebih 70 ribu, mengikut hadith yang dikaitkan sebentar tadi (diatas) ianya memadai untuk melepaskan seseorang dari dalam neraka.

Teruskanlah berzikir setiap hari sehingga kita tiada lagi, mungkin dengan sisa nyawa yang Allah ta'ala beri kepada kita kita maseh mampu berzikir lagi 20 tahun dan jika setahun boleh buat 70 ribu bermakna dalam tempoh 10 tahun akan datang kita sudah ada 10 stok zikir yang setiap satunya berjumlah 70 ribu yang mampu menyelamatkan bukan saja diri kita bahkan dapat membantu keluarga kita yang lain. Yang paling penting stok zikir ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 7 Ogos 2015

Landasan

Gambar sekedar hiasan.

Kehidupan kita harus mempunyai landasan sepertimana landasan keretapi. Landasan keretapi akan membawa keretapi dan gerabak keretapi menuju destinasi tanpa tersasar ke tempat lain. Inilah maksud kehidupan kita sebenar. Jika matlamat tersasar maka kehidupan di Negeri Akhirat kelak akan mengecewakan kita.

Begitu juga ketika memandu kereta untuk menuju kesuatu tempat kita harus mengikut jalan yang betul serta sentiasa tawajuh dengan keadaan dihadapan perjalanan itu dan sesekali memandang ke belakang melalui cermin belakang atau sisi. Jikalau terlalu banyak memandang ke belakang pasti tumpuan di hadapan akan terganggu dan boleh mangakibatkan kecuaian serta melibatkan kemalangan dan pastinya kecuaian serta kemalangan itu akan mengecewakan kita serta orang-orang disekekiling kita.

Landasan keretapi untuk distinasi jauh biasanya lurus dan jika dilihat dengan mata kasar pastinya lanasan itu bercantum dihujungnya, namun tatkala kita maju kehadapan dengan kelajuan yang terkawal kita akan dapati bahawa landasan itu tidak bercantum bahkan sentiasa terbuka untuk dilalui oleh roda-roda keretapi tersebut. Lalu kita berasa yakin bahawa landasan itu memang tidak bercantum dan ia menuju distinasi sebenar, sebab landasan itu sentiasa ada orang yang menjaga serta menguruskannya.

Begitu juga perjalanan kita untuk menuju negeri yang kekal abadi yakni 'Akhirat Darul Baqa'. Dalam ssetiap solat kita meminta 'tunjukilah kami jalan yang lurus' (dari surah al Fatehah) namun bila menjalani kehidupan diluar solat kita tersasar dari permohonan kita. Lalu apabila kita sedar kita memandang kebelakang dan membuat pembetulan kita dengan beristighfar maka kita yakin Allah ta'ala telah mengampunkan dosa kita itu lalu kita terus meminta 'tunjukilah kami jalan yang lurus'.

Jalan yang lurus telah ditunjuk oleh Nabi kita Rasulullah s.a.w. melalui hadith-hadith Baginda s.a.w. Setiap hari kita harus baca hadith-hadith tersebut, kemudian kita juga harus membaca al Quran kerana dua khazanah inilah yang berguna kepada kita yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. kepada kita. In syaa Allah sehingga ke Negeri Akhirat Darul Baqa kita semua akan selamat.

Perjalanan dengan keretapi untuk menuju distinasi amat menenangkan kita apabila cukup keperluan. Perkara pertama yang diperlukan ialah tiket yang sah. Tiket yang sah untuk perjalanan ke Negeri Darul Baqa ialah kalimah 'La illaha ilallah'. Tanpa tiket yang sah pasti kita kecewa apabila sampai disana.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~