Jumaat, 24 April 2015

Al Quran


Minggu lepas sedang berbual-bual di perkarangan sebuah masjid dengan seorang sahabat tetiba sahabat tersebut menyuarakan pandangannya bahawa suasana sekarang ketika kita berjalan di lorong-lorong perumahan kawasan tempat kita tinggal apabila balik dari masjid menunaikan isyak sudah tidak kita dengar suara orang yang sedang mengaji, sebaliknya bunyi musik atau bunyi tv dari hampir-hampir kebanyakan rumah.

Memang suasana sekarang sudah jauh berbeza. Sedar tidak sedar sebenarnya kita sudah berada terlalu hujung pada akhir zaman. Rakan-rakan kita sendiri yang sering berulang-alek ke masjid ramai juga yang sudah mengabaikan pembacaan al Quran. Bahkan apa yang sering kita lihat suasana dalam masjid juga jumlah orang yang membaca al Quran dengan jumlah orang yang membaca sesuatu dalam henfon atau membaca al Quran atau main game semakin ramai.

Inilah yang sepatutnya kita risaukan. Ini jugalah yang di risaukan oleh para Sahabat Ajmain yang suatu masa dulu keluar dari kota Madinah dan Mekah semata-mata untuk menyebarkan Risalah Allah. Hari ini setelah Risalah tersebut sampai kepada kita kita cuma buat hiasan dinding rumah. Buat hantaran perkahwinan atau buat memenuhkan rak-rak buku ilmiah dalam rumah atau rak-rak dalam masjid.

Pernah sekali Tok Wan mengambil sebuah al Quran yang cantek dari rak sebuah masjid dan bila dibuka ternyata al Quran itu tersangat baru dan belum pernah dibuka sebelum itu. Tapi diluar masjid maseh ramai yang memberi pakej wakaf al Quran. Wakaf al Quran ini akan di letakkan dalam rak masjid juga sedangkan al Quran yang telah sedia ada dalam masjid maseh banyak yang baru dan belum pernah dibuka.

Apabila dilihat dari jauh nyata susunan dalam rak-rak tersebut cantek dan ada yang kulitnya bewarna emas pastinya isinya emas bahkan lebih daripada itu. Tapi bila ditanya berapa orang sudah membuca kitab itu dan berapa kerap dibuka untuk dibaca pasti jawapan yang mengecewakan.

Baiklah... dalam setiap rumah kita sendiri pasti ada al Quran dan kita tanya diri kita sendiri berapa kerap kita membuka dan membaca al Quran.

Jikalau mengikut penelitian sendiri-sendiri kita akan kerap jumpa imam dalam solat kehilangan ayat dari surah yang di bacanya. Ini menunjukkan imam sendiri jarang ulang baca surah yang sebelum itu memang sudah menjadi hafalannya. Atau adakah sewaktu surah tersebut dibaca fikirannya pergi ketempat lain?

Bukan bertujuan hendak mencari salah orang lain. Tapi kesalahan Tok Wan sendiri yang kekadang surah Ad Dhuha pun silap baca sebab jarang baca dengan teliti tanda-tanda pada setiap baris dan ayat dalam surah tersebut. Maka bila berdiri untuk solat Dhuha lalu bacaan yang sepatutnya berbunyi Mim telah dibunyikan Min. Ini terjadi kerana tidak meneliti huruf-huruf serta tanda-tanda pada huruf tersebut dengan berhati-hati.

Lalu apabila timbul keraguan timbul pula keinsafan lalu segera selepas solat Dhuha kita buka dan semak betul-betul surah tersebut, disitu kita dapat belajar.

Alhamdulillah... hari ini kekerapan membuka dan membaca al Quran telah dapat dilakukan secara istiqamah. Hari-hari kita mau baca al Quran seperti mana hari-hari kita mahu makan dan mandi. 

Kita mesti usahakan agar setiap hari kita membaca al Quran dengan membuka kitab tersebut. Sekadar membacanya dari talipon pintar tidak memadai kerana talipon pintar boleh merosakkan mata kerana cahaya yang dipancarkan sedangkan kitab al Quran memberi Nur yang khas yang dengan Nur tersebut dapat menerangi hati, menerangi kegelapan kubur disamping dapat menyehatkan mata.

Marilah sama-sama kita berusaha membaca al Quran setiap hari di rumah kita. Jika tak dapat setiap hari bacalah sekurang-kurangnya tidak melebihi tiga hari sebab dalam tempoh tiga hari itu Nur dari al Quran tersebut mulai memalapkan rumah kita dari pandangan penduduk dilangit. Sama seperti kita melihat bintang yang hilang di dada langit dari bumi.

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 17 April 2015

KasehNya


Sepertimana kita semua tahu bahawa kasehnya ibu mengatasi kaseh segala-galanya. Tapi kita terlupa bahawa kasehnya Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya 70 kali ganda lagi lebihnya dari kaseh seorang ibu.

Seorang anak kecil pasti amat mengharapkan segala-galanya dari ibu kandungnya. Ketika lapar dia akan meminta sesuatu dari ibu kerana dia tahu hanya ibu yang dapat memberi hilang kelaparannya. Ketika lampinnya basah juga dia mengharapkan ibu untuk menukar lampin baru dan begitu juga ketika dia demam pasti orang yang di harapkan dapat menghiburkannya ialah ibunya.

Setelah kita tahu bahawa kaseh Allah ta'ala keatas hamba-hambaNya 70 kali ganda dari kaseh ibu, namun maseh ada di antara kita yang apabila di timpa kesusahan, kesakitan, kekecewaan atau penderitaan tidak mengadu terus kepada Allah ta'ala. Ada yang mengadu dengan selain dari Allah. Inilah yang membuatkan Allah ta'ala tidak suka.

Dalam apa perkara pun kita kena mendahulukan Allah. Contoh apabila sesuatu barang atau anggota keluarga hilang, tempat pertama kita harus mengadu ialah kepada Allah. Caranya ialah dengan dua raka'at solat hajat sebab kita yang berhajat kepada Allah ta'ala sedang Allah ta'ala tidak berjahat kepada sesuatu. Ia berdiri dengan sendiriNya (tanpa sekutu).

Jadi bagaimana jika usaha pertama kita ialah membuat laporan ke Balai Polis apabila menyedari motorsikal atau kereta atau anak kesayangan hilang. Bukankah itu membelakangi Allah ta'ala namanya dan pasti Allah tidak suka. So... kenapa buat perkara yang Allah tidak suka. Walhal apabila kita mengadu pada Allah pasti Allah mendengar sebab Allah ta'ala Maha Mendengar.

Kita kena sedar bahawa apabila kita meminta sesuatu dari ibu kita sewaktu kita kecil dulu pasti ibu kita akan beri apa yang kita minta. Jika ibu tidak beri apa yang kita minta kita akan menangis. Begitu juga Allah ta'ala akan beri apa yang kita minta. Yang penting jangan putus asa, mintalah dengan menangis dalam solat hajat dan solat tahajut seperti seorang anak yang menangis meminta sesuatu dari sang ibu. Bukankah Masyaik pernah kata mintalah kepada Allah dengan menangis bersungguh-sungguh, jikalau tidak boleh menangis menangislah sekadar yang mampu lalu akhirnya kita akan mudah menangis cuma latihan menangis kita tak buat dalam hidup kita.

Memang kita juga memerlukan latihan menangis sebab dah lama kita tidak menangis. Jadi mulai sekarang kita boleh belajar menangis semula jika tak dapat menangis maka Tok Wan ada satu cadangan. 

Pada waktu semua orang tengah tidur kita bangun pelan-pelan dan pergi ke tandas serta cucilah tandas itu sehingga betul-betul bersih tanpa di ketahui orang. Jika kita orang kaya apabila kita mengalami pekerjaan mencuci tandas baru kita dapat merasai kelembutan hati, bila hati lembut maka mudahlah kita menangis.

Bagi yang tidak kaya pun kadang-kadang hati maseh keras. Cubalah cari tandas masjid yang kotor disebelah siang dan cucilah pada waktu malam tanpa di ketahui oleh orang lain. Mudah-mudahan selepas ini kita akan menjadi orang yang mudah menangis dan mencari Allah ketika apa saja perkara yang datang kepada kita. Ini kerana sifat Allah yang Maha Pengaseh yang patut kita syukuri dengan berikhtiar mendapatkan kaseh Allah.

Dalam satu kesah yang berlaku kepada Nabi Musa a.s. ketika mana Nabi Musa a.s. telah bosan dengan sikap kaumnya yang tidak mahu beriman kepada Allah ta'ala, Nabi Musa memohon doa kepada Allah supaya Allah ta'ala memusnahkan kaumnya itu. Namun kemudiannya Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Musa a.s. membuat seberapa banyak pasu dari tanah. Tanpa banyak soal Nabi Musa a.s. pun membuat pasu dengan begitu banyak. Semua pasu-pasu itu cantek-cantek belaka dan sukar mencari kecacatannya. 

Setelah pasu-pasu itu siap semua maka Nabi Musa bertanya kepada Allah ta'ala. 'Wahai Allah, sekarang apa pula yang harus aku perbuat.' Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Musa a.s. memecahkan kesemua pasu-pasu itu. Begitu dengan perintah Allah Nabi Musa a.s. ta'at dan terus memecahkan kesemua pasu-pasu yang dengan susah payah dibinanya terdahulu.

Setelah kesemua pasu-pasu itu pecah maka Nabi Musa bertanya lagi kepada Allah ta'ala. 'Wahai Allah, apakah maksud semua ini. Engkau memerintahkan aku membuat pasu kemudian Engkau memerintahkan daku memecahkannya pula'.

Lalu Allah ta'ala berfirman kepada Musa a.s. bahawa begitu pasu yang dibina oleh Musa a.s. pasti di sayanginya sebab dengan susah payah dia berusaha keras untuk membina pasu itu dan setelah pasu itu pecah semua pasti rasa kecewa berada dalam hatinya kerana usaha dan sayangnya kepada pasu yang cantek itu terpaksa dipecahkan. Begitu juga 'Aku' firman Allah, akan merasa tidak suka akan permintaan engkau untuk memusnahkan kaummu kerana mereka tidak menta'ati Aku. Kerana dengan sifat Kaseh yang ada pada Aku, maka Aku tidak akan memusnahkan kaummu seperti yang engkau minta.

Barulah Nabi Musa a.s. faham betapa KasehNya Allah ta'ala kepada hamba-hambanya. Betapa tidak ta'at hamba-hambanya kepadaNya serta mempersekutukanNya pula namun Allah tidak membalasnya semasa di dunia. Bahkan semua balasan telah Allah tulis dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan al Quran bahawa semua pembalasan adalah pada hari pembalasan.

Dari cerita Nabi Musa a.s. kita dapat sedikit pengetahuan tentang kasehNya Allah kepada hamba-hambaNya. Jika dibandingkan dengan kaseh seorang ibu terhadap anaknya kita akan dapati ada ibu yang membenci anaknya sendiri yang sampai terkeluar dari muliutnya, 'Aku tak mengaku kau anak aku dunia dan akhirat dan aku haramkan susu aku yang engkau minum dulu'. Ada dialog yang seperti itu yang pernah kita dengar kan?

Namun jika dibandingkan kehancuran umat zaman Nabi Nuh a.s. dan umat Nabi Luth a.s. ia sangat jauh berbeza. Jika umat Nabi Musa a.s. dikatakan melampaui batas pasti batasnya itu tidak sebesar batas yang di lakukan oleh umat Nuh a.s. sehingga Allah ta'ala menenggelamkan mereka dalam bah besar 40 hari 40 malam. Dan kaum Nabi Luth a.s. juga melampaui batas yang bukan calang-calang besarnya dan jika tidak dihapuskan mereka pasti penduduk dunia pada masa seribu tahun selepas zaman Nabi Luth a.s. dijangkiti virus HIV.

Untuk mengelak semua itu dari berlaku maka umat Nabi Luth a.s. terpaksa dilenyapkan dari muka bumi dan virus yang ada pada tubuh mereka mesti diletak dalam-dalam di timbus dalam tanah. Sebab itulah Malaikat Jibril a.s. menterbalikkan bumi tempat kaum Luth a.s. dan kesemua mereka tertimbus dalam tanah yang kedalamannya sesuai agar tidak merebakkan virus HIV. Bukankah Allah ta'ala bersifat Maha Mengetahui. 

Apa-apa bencana yang Allah ta'ala turunkan untuk memusnahkan sebagaian atau keseluruhan umat-umat terdahulu memang sesuai dengan sifat KasehNya Allah kepada hamba-hambanya. Tanpa memusnahkan umat Nabi Nuh a.s. pasti manusia akan mwenjadi lebih jahat. Tanpa memusnahkan umat Nabi Luth a.s. manusia akan dijangkiti virus HIV dan tanpa memusnahkan kaum Tsamud pasti manusia menjadi tersangat bongkak dan sombong.

Bukankah Allah mempunyai sifat Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang?



La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 10 April 2015

Hubungan Kita Dengan Allah_bahagian akhir

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Seterusnya sifat unggul yang ke lima yang ada dalam diri para sahabat r.ahum yang menjadikan mereka di Redha'i oleh Allah s.w.t. ialah sifat 'Ikram Muslimin' mereka. Sifat ini juga harus kita ambil dan letak dalam diri kita.

Sifat ini menjadikan kita menunaikan hak saudara Muslim kita tanpa menuntut hak kita sewaktu, semasa atau setelah tertunainya hak tersebut. Maknanya kita menunaikan hak saudara Muslim kita contohnya apabila kita masak gulai yang sedap baunya sampai masuk kedalam rumah saudara Muslim kita lalu sangat patut kita berikan gulai tersebut kepadanya walaupun cuma kuahnya sahaja (mungkin isi tak cukup).

Tapi para sahabat r.anhum disuatu peristiwa telah diberikan kepala kambing oleh seseorang lalu dia merasakan bahawa jiran disebelah rumahnya itu lebih memrrlukan kepala kambing tersebut untuk dimakan lalau kepala kambing tersebut telah diberikan kepada jirannya. Jiranny6a pula merasakan bahawa jiran yang disebelah rumahnya yang lagi satu itu lebih memerlukan kepala kambing itu dari diurinya serta keluarganya lalu kepala kambing tersebut berpindah kerumah ketiga.

Begitulah seterusnya kepala kambing itu bergerak dari satu rumah kesatu rumah yang lain sehing genap tujuh rumah maka kepala kambinmg tersebut akhirnya sampai semula kerumah saudara Muslim yang pertama.

Ketika penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah penduduk Madinah yakni Ansar telah melayan tetamu mereka yakni Muhajirin (dari Mekkah) dengan begitu baik. Ada yang memberikan rumah mereka sebagai tempat tinggal kepada saudara Muhajirin. Ada yang memberikan tawaran untuk memilih mana-mana isterinya yang ramai untuk diceraikan dan kemudian di nikahi oleh Muhajirin. Begitu hebat sifat ikram yang ada dikalangan mereka. Inilah yang menjadikan mereka di ingat sehingga bait-bait ayat yang selalu kita dapat dengan sehingga hari ini, yakni, 'Apabila Ansar dan Muhajirin bersatu', membawa maksud kejayaan. Kejayaan mutlak yang Allah turunkan kepada mereka sehingga Madinah yang tidak mempunyai kusa elektrik pada masa itu mendapat gelaran Madinah al Munawaran yang bermaksud Madinah Yang Bercahaya. Nur dari sifat ikram mereka menyukan Allah s.w.t.

Mereka begitu yakin ganjaran yang Allah ta'ala janjikan bahawa setiap sebutir buah kurma yang mereka ikramkan (sedekahkan) kepada saudara Muslim mereka akan mendapat ganjaran sebesar Gunung Uhud. Atas keyakinan mereka itulah mereka digelar Radhi Allah anhu, Allah REdha keatas mereka dan mereka redha kepada Allah.

Untuk mendapatkan hakikat ikram Muslimin ini kita harus berusaha. Ikram dan terus ikram saudara-saudara kita dan disebelah malamnya bangun solat tahajud, diakhir sujud, sujudlah lama-lama minta pada Allah dengan menangis bersungguh-sungguh. Jikalau tak boleh nangis buat-buat nangis dan minta Allah ta'ala campakkan hakikat ikram Muslimin ini kedalam diri kita. Dan lagi satu tambahan, yakni kita kena cakapkan hal ikram Muslimin ini kerana apabila kita cakap dan cakap lagi maka telinga kita yang terletak terlalu hampir dengan mulut kita akan dapat mendengar berulang kali dan perkara ini akan masuk kedalam otak seterusnya menuju ke hati.

Dan sifat unggul yang ke enam yakni yang akhir (dalam siri ini) yang ada dalam diri para sahabat r.anhum ialah sifat 'Dakwah dan Menyampaikan'.

Dengan hakikat ini mereka mempunyai keyakinan dan semuga kita juga mempunyai keyakinan yang sama seperti mereka bahawa mereka telah memperbetulkan anggapan yang selama ini salah yakni, 'Seluruh harta, masa dan diri kita adalah milik Allah dan Allah telah bayar dengan syurga'. Ayat ini adalah dari ayat al Quran nyang Tok dah lupa dari surah yang mana, tapi kompom dari al Quran.

Dengan keyakinan inilah mereka mengurbankan hampir-hampir keseluruhan bahkan kesemua harta, diri dan masa mereka kejalan Allah. Kerana setiap satu pengorbanan yang kita lakukan untuk jalan Allah akan mendapat ganjaran dari 300,000 hingga 700,000.

Seseorang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat ganjaran sehingga 300 ribu kali ganda sementara seseorang yang mengeluarkan harta, diri dan masanya ke jalan Allah akan mendapat ganjaran sehingga 700 ribu ganjaran.

Bayangkan seorang pendakwah atau da'i yang keluar meninggalkan rumahnya, kampong halamannya, anak-anaknya serta isteri-isterinya semata-mata untuk melakukan dakwah kerana Allah (bukan kerana upah atau bayaran) dan selama mana ia masih tidak pulang kerumahnya maka semua pahala yang berjumlah berjuta-juta itu akan turut sama dinikmati oleh isterinya. Diberitahu oleh ulamak bahawa para isteri yang ditinggalkan suami mereka untuk jalan Allah akan terlebih dahulu selama 500 tahun masuk kesyurga kerana para bidadari syurga akan menghiaskannya untuk ketibaan suaminya. Inilah ganjaran yang harus kita rebut.

Seorang da'i pula apabila memijakkan kakinya kesyurga dan tatkala para bidadari yang berjumlah berjuta-juta yang menantinya dipintu syurga kesemuanya akan pengsan melihat wajah da'i tersebut kerana Allah ta'ala telah menghiasnya begitu indah dimata para bidadari.

Jadi masih tidak memadai jika kita hanya melakukan semua perintah Allah serta meninggalkan kesemua laranganNya. Kita juga ta'at pada Rasul, ikut semua perintahnya dan meninggalkan larangan Rasul. Kita solat fardhu tepat pada waktu dengan cara berjemaah tanpa tertinggal takbiratul ulla, kita puasa tiga hari setiap bulan, kita bayar zakat dan kita naik haji berkali-kali dan bila diistiharkan mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan maka kita pasti dan pasti dimasukkan kedalam syurga kerana akhir kalam kita dapat mengucapkan kalimah 'Laillaha ilallah'. Namun seketika kaki hendak melangkah masuk kedalam syurga kaki kita terpaku selama 40 tahun. Mata kita terpukau oleh permandangan yang sangat mengasyikkan dan setelah genap 40 tahun terpaku dipintu syurga maka bidadari mengejutkan kita mempersilakan kita masuk. Bahkan apabila terpandang wajah bidadari yang pertama sahaja kita sudah jatuh pengsan.

Namun janganlah risau kerana berapa tahunpun kita pengsan masa disyurga tiada kesudahannya. Walaupun kita sudah terpaku selama 40 tahun dan pengsan pula selama 40 tahun kita tidak akan tua sebab disyurga tiada orang tua. Kesemua kita akan sentiasa muda, sentiasa sehat, sentiasa tidak dahaga, tidak berpeluh kerana itulah syurga yang kekal abadan abada.

Untuk mendapatkan semua ini kita kena berkurban masa, diri dan harta. Lakukanlah dakwah kepada sesiapa sahaja. Tanamkan hasrat untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk kedalam neraka. Kita kena fikir dan ada rasa bimbang supaya bayi yang terakhir yang dilahirkan kedunia sebelum dunia qiamat dapat diselamatkan dari azab api neraka.

Ishh... kalau ikutkan nak menulis banyak lagi yang mahu ditulis. Tapi memadailah empat siri ini yang sudah terlalu panjang. Akhir tulisan Tok Wan memohon maaf kerana tulisan-tulisan ini begitu panjang. Doakan agar Tok Wan sehat dan berupaya untuk menulis lagi.


La haula wala quwwata illa billah..~


Jumaat, 3 April 2015

Hubungan Kita Dengan Allah_bahagian ketiga


Bahagian ketiga seperti yang dijanjikan adalah membicarakan sifat unggul yang ketiga yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sifat yang ketiga ini dinamakan 'Ilmu dan Zikir'.

Ilmu dan zikir dapat memandu kita agar mempunyai ilmu untuk mengenal pasti yang mana satu perintah Allah s.w.t. yang perlu kita laksanakan dan yang mana perlu kita tinggalkan. Kita harus mencari ilmu dengan belajar dari guru-guru mursyid serta buku-buku agama terutama berkaitan fazilah sesuatu amal ibadah. Dan ilmu terbahagi kepada dua yakni ilmu masa'il dan fadha'il. Masa'il ialah kita mendapatkan guru samaada di masjid atau lain-lain tempat dan seharusnyalah guru itu yang mengamalkan sunnah wal jama'ah sementara fadha'il pula boleh kita dapati dari buku atau kitab terutama berkaitan fadhilat sesuatu amalan.

Dengan ilmu kita dapat membezakan perintah yang diutamakan, mithalnya solat sunat tahayat masjid, bila boleh dan bila tak boleh serta lain-lain amalan yang mana perlu didahulukan dan yang mana pula perlu ditinggalkan. Ini juga bermakna kita beramal seperti-mana para sahabat r. anhum beramal.

Seorang yang berilmu lebih takuti oleh syaitan berbanding seribu abid, abid ialah ahli ibadah. Begitulah sabda Nabi s.a.w. dalam hal ilmu.

Sementara zikir pula dapat menghubungkan kita kepada Allah ta'ala dan dengan berzikir kita bukan sahaja memperolehi pahala yang dijanjikan bahkan kita juga dapat menarik Rahmat Allah ta'ala. Untuk mendapatkan bantuan Allah ini kita perlu selalu berzikir.

Orang yang berzikir umpama hidup disisi Allah sementara orang yang tidak berzikir umpama mati disisi Allah. Oleh kerana itulah Saiyidina Ali k.a. hanya dengan bersaorang diri mampu menentang musuh kerana musuh yang ditentangnya itu adalah orang-orang kafir yang pastinya tidak berzikir dan sudah pasti menentang orang yang sudah mati. Dengan mudah Saiyidina Ali k.a. memenggal kepala musuhnya satu demi satu kerana bantuan Allah telah datang.

Untuk mendapatkan hakikat ilmu dan zikir ini kita kena beramal dengannya. Zikir yang paling mudah ialah;

1. Subhanallah walhamdulillah walaillahailallah Allahu akbar sebanyak 100 kali
2. Selawat keatas Nabi s.a.w. sebanyak 100 kali dan
3. Istighfar sebanyak 100 kali

Semua zikir ini berjumlah 300 dan mesti diamalkan pada setiap hari selepas solat suboh 300 dan selepas solat asar 300.

Kemudian kita juga harus berdoa minta pada Allah sampai nangis-nangis sewaktu selesai solat tahajud minta pada Allah ta'ala agar hakikat ilmu dan zikir ini dapat Allah ta'ala campakkan kedalam hati kita.

Hakikat yang ke empat ialah 'Ikhlas Niat' dimana kita memeriksa sejauh-mana keikhlasan niat kita kepada sesuatu amalan tersebut samaada amalan sedekah maupun amal ibadat kita dengan Allah. Cara nak periksa keikhlasan  ada tiga tempat yakni periksa sebelum amalan itu dilakukan kemudian semasa amalan itu dilakukan dan akhirnya selepas amalan itu kita lakukan. Kita sendiri yang periksa keikhlasan kita itu.

Memang susah hendak periksa diri sendiri tentang keikhlasan diri sendiri, tapi apabila amalan itu berterusan barulah kita dapat membezakan amalan kita yang mana satu yang keikhlasannya mampan. Keikhlasan itulah yang disukai oleh Allah azza wajalla.

Sememangnya ikhlas itu adalah rahsia dalam rahsia milik Allah. Tanpa usaha pasti tidak kemana bahkan keikhlasan itu tidak kuat dan hanya dengan meneruskan amalan sambil memeriksa di ketiga-tiga tempat barulah sedikit demi sedikit keikhlasan itu datang. Keikhlasan dating dipermulaannya tanpa mengharap ada orang puji selain Redha Allah, ia datang lagi semasa amalan sedang dilakukan tanpa menghiraukan samada dilihat orang atau tidak dan keikhlasan muncul lagi selepas amalan itu dilaksanakan.

Namun begitu keikhlasan mungkin tidak kekal dalam keikhlasan sebab ada diantara amalan yang baik itu telah disebut dengan lidah sendiri bahawa pada sekian-sekian masa dia telah melakukan amalan sekian-sekian. Pada waktu itu semua amalan baiknya itu ditolak jadi kosong. Itulah makna keikhlasan yang perlu diperiksa sebanyak tiga kali pada tiga tempat dan waspadalah terutama setelah lama amalan itu dilakukan maka syaitan menghasut agar kita menyebut amalan itu dikhalayak.

Untuk mendapatkan hakikat ikhlas niat inipun kita kena buat amalan tak kira saada ianya amalan sedekah atau amal ibadat dan jangan lupa meminta pertolongan Allah. Dalam sujud akhir solat tahajut mintalah, rayulah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan tambah dengan menangis yang betul-betul nangis. Mudah-mudahan Allah campakkan hakikat ikhlas niat ini dalam diri kita.

Bahagian terakhir yang mengandungi hakikat kelima dan keenam akan kita sambung pada minggu hadapan. In syaa Allah.

La haula wala quwwata illa billah..~