Isnin, 30 April 2012

Artis Terkenal Masha Memeluk Islam



Artis dan model terkenal Russia Masha Alalykina memeluk agama Islam setelah Allah memakbulkan doa nya kepada rakannya semasa dalam keadaan koma.

“Saya tidak tahu bagaimana saya ingin menolong teman saya. Hari itu, untuk pertama kali saya berdoa dan memohon pada Tuhan,” dan pada hari esok nya temannya menalipon beliau dan berkata dia melihat Masha Alalykina datang membantunya ketika dalam sakit, katanya semasa ditemuramah. Masha menangis seketika kerana itu pertama kali dalam hidupnya Masha menginginkan sesuatu dari Tuhan. Masha mulai meninggalkan kemasyurannya dan menerima Islam.

Katanya ketika semasa menjadi artis langsung dirinya tiada berniat untuk menjadi Islam, berpuasa, mengerjakan haji dan meminum air zam zam... dan kini dia sudah memakai jilbab.

“Keimanan kepada Allah telah mengubah hidup saya. Keinginan untuk beriman kepada Allah ada datang dalam hati nurani sesaorang orang. Saya tidak percaya bahwa Allah memberikan kecerdasan manusia hanya untuk kita hidup, makan, tidur, dan kemudian mati. Allah memberi kita kesempatan untuk hidup pada jalan yang benar dengan itu kita dapat mencapai-Nya tambah Masha lagi.

Masha melihat bahwa semua peraturan Islam dapat diterapkan dalam kehidupan, dan menurutnya, jalan Islam adalah jalan yang paling baik. “Saya merasa bersyukur. Sekarang saya mendapat kesempatan untuk membandingkan bagaimana saya disatu ketika dahulu dan sekarang. Sekarang saya menjalani kehidupan yang sebenarnya”.

Pada awalnya Masha merasa berat untuk mempelajari bahasa Arab dan Al-Qur’an, namun ketika mempelajarinya, Masha semakin menyukai. “Saya pikir ini adalah satu kunci untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang lainnya,”

Sekarang Masha sedang belajar di Universiti. Masha sudah menguasai 5 bahasa dan menulis beberapa lagu Islam. Ia masih tetap meminati musik, namun sudah beralih pada kegemaran Nasyid seperti Raihan, Sami Yusuf, dan Yusuf Islam.

Katanya lagi, beliau masih mempunyai banyak wang hasil dari kedudukannya dalan industry hiburan dan semua kilauan masa lalu menjadi tidak berharga lagi, kini sudah berubah dan menjadi kewajipan nya bagi membantu menyelamatkan yang lain dari kesesatan dan menjadi contoh pada mereka.

“Saya tidak suka melihat foto-foto saya ketika dahulu. Namun, tidak masaalah orang melihat dan belajar serta mengambil iktibar dari itu semua. Seseorang dapat bertaubat dan membersihkan kesalahan masalalu dengan beramal disisi Allah, Insya Allah.” Jelasnya lagi.

Harapannya sekarang ini semoga mereka yang belum menemuikan Islam dapat melihat ke dalam diri sendiri dan merenungi hal-hal diluar yang ada didunia mereka. “Jika Anda tidak dapat berpikir tentang Allah setidaknya mencuba untuk membersihkan diri dari sifat buruk seperti cinta diri, sombong, iri hati, penindasan, berbohong dan riak. Jika seseorang ingin mengambil langkah baik terhadap Islam, mereka harus berpikir dan mencari bantuan dari hati nurani mereka.” Tegas Masha lagi.

kredit: era-muslim


Salam Ukhuwah..~

Fadzilat Di Sebalik Rukun Solat




Rukun solat ialah 13 dan setiap rukun itu mempunyai maknanya yang tersendiri. Ianya sangat istimewa kerana datangnya daripada Allah swt yakni Zat yang Wujud, Kekal, tiada berbapa dan tiada beribu, tidak memerlukan apa-apa dari sesiapa dan dialah yang yang menciptakan bumi serta seluruh isi alam. Dia jugalah yang menumbuhkan segala pokok-pokok, memberi makanan kepada semua makhluk, baik yang berada didarat maupun dilautan.

Oleh kerana sangat istimewanya solat ini maka fardhu solat tidak dihantar melalui Malaikat Jibril seperti kebanyakan fardhu yang lain. Bahkan Jibril diperintahkan bersama-sama Burak untuk membawa Nabi Muhammad s.a.w. sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bersemuka dengan Allah s.w.t. sendiri bagi urusan solat yang diwajibkan keatas kita semua. Itulah yang kita kenal dengan nama peristiwa Israk dan Mikraj. Sebab itulah kaum kafir tidak menyukai angka 13 yang kononnya angka malang. Bukan setakat itu sahaja tetapi memomokkan pula dunia kononnya jumaat 13 sebagai lebih malang, lebih berhantu.

Hakikat sebenarnya yang berada dalam 13 rukun solat tersebut sebenarnya begini:


1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul (Qiam): Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

kredit: Dtik Islam


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 29 April 2012

Ibu Muda Nak Bagi Susu



Jangan ambil hati...gambar cuma sebagai hiasan sahaja.

Soalan:

Seorang Ibu muda yang bermurah hati nak bagi susunya kepada sesiapa yang berminat (maksud di sini hanya khas bagi bayi sahaja ). Tidak pula diketahui siapa yang bakal meminum susunya.

Apakah hukumnya dan apakah harus menubuhkan bank susu untuk kegunaan ramai (bayi-bayi sahaja)?


Jawapan:

Hukum Penubuhan Bank Susu

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah di elakkan.

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait-rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود


Maksudnya:

Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.

Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.

Salam Ukhuwah..~

Isteri Cantek Pun Kena Cerai



Soalan:

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab.


Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan begini.

******


Jawapan:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)


Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”



Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.

kredit: Hamka kereta mayat


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 28 April 2012

Mencari Ketenangan Hati

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"


Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi - dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah - ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.




Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya.

Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..."
At Tahrim 8


Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri"
al Baqarah 222.


Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan - forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi (dalam bahasa Melayu disebut kalbu) namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah - zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:



· Rasa kehambaan.

· Rasa bertuhan.

· Memahami maksud takdir.

· Mendapat hikmah di sebalik ujian.


Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.





· Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.

Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman."
At Taubah: 51



Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' - innalillah wa inna ilaihi rajiun.


Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.



· Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.



Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana - jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.

Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:

Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." - Al Hadis.



· Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail - kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.



Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah - yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya"
Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:

"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"



· Mendapat hikmah bila diuji.




Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" - didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.


Firman Allah:

Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih:

"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
(Surah al-Baqarah: 214)


Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah - sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

kredit: Muhammad Haris Husin


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 27 April 2012

Bagaimana Memenangi Hati Mertua



Gambar hiasan ini dipinjamkan dari Pakcik Googol. he he...


Ada 10 cara yang boleh tok rekomenkan kepada anda yang bakal mendapat mertua dan sudah ada mertua atau bercadang menambah mertua. Ehek hek hek... (jangan marah Tok gurau sekali-sekali) ...tapi memang pun bila kita menambah mertua berarti kita menambah bilangan dalam lingkungan silatulrahim. Lagi banyak mertua lagi bagus sebab bila nak melakukan ziarah kita ada banyak option. Tapi nasehat tok ini cuma untuk lelaki sahaja. Orang perempuan tak boleh....HARAM.

Contoh kalau nak ziarah mertua di Kelantan, kena pula masa tu Kelantan banjir kita boleh lencong ke Pahang sebab di Pahang juga aada mertua. Itulah hikmat jika anda banyak mertua.

Tapi kali ini bukan nak cerita hikmah banyak mertua, tapi bagaimana hendak mengambil hati mertua.


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Tapi tingkah-laku anda sebenarnya tidak sebegitu kan? Biasanya bila anda hendak memarahi isteri atau suami anda akan pastikan cuma anda berdua sahaja yang ada pada waktu tersebut. Jika anda berbuat seperti memarahi pasangan anda dihadapan orang lain pasti situasi ini akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri. Nak ringkas cerita janganlah buat lawak bodoh.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua. Ada waktu kita patut diam dari berkata-kataa sebab 'the silent is gold'.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar. Allah suka kita meneruskan hubungan silatulrahim walaupun jodoh kita dengan anaknya sudah tiada. Ingat anak kita tetap cucu mereka.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai Manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.



Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 26 April 2012

Garam dan Amalan Sunnah



Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam.Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.


SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .


Dari Anas Bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam".


Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam “


Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar (jauh dari laut), seperti, goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan.

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.


Diantara Petua dan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Tok Wan teringat babak dari filem Ahmad Albab dimana watak ayah mertua Syawal mendapat roti dan kopi semasa sambutan hari jadinya. Tapi malang sungguh kopi tiada gula dan roti tiada garam.

Dan satu lagi Tok Wan nak tambah jikalau ada penyakit kulit seperti panau dan kudis (termasuk gatal-gatal) eloklah pergi mandi air laut atau rendam badan dalam air garam dirumah. Ishhh...rasa payah pulak nak merendam badan dalam air garam. Kan lebih elok pergi mandi air panas kat hot spring yang terdekat.

kredit: Myba Sidamimisr


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 25 April 2012

Adab Masuk Rumah Baru



Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

kredit: perkongsian ilmu..


Salam Ukhuwah..~

Tips Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur



Kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome SIDS banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat,lebih 90 peratus kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan.

Lazimnya, setiap kes SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat dan tanpa disangka, mereka ditemui mati di tempat tidur. Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini.

Sudah tentu kes ini sangat menyedihkan ibu bapa. Jadi, sebelum sesuatu berlaku, lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi ibu yang tidur bersama bayi, berhati-hati kerana si kecil ini boleh lemas ketika anda menyusukan mereka, terhimpit atau muka mereka ditutupi bantal atau selimut.


FAHAMI SI KECIL:

¢ Si kecil tidak berupaya mengawal situasi tidur mereka sendiri
¢ Si kecil tidak memahami erti bahaya
¢ Tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya
¢ Bayi suka ambil sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut mereka


17 Langkah Bagi Mewujudkan Suasana Tidur Lebih Selamat:

1. Pastikan tempat tidur anak anda selamat. Si kecil tidak peduli betapa cantiknya sut-katil mereka, tapi apa yang lebih penting, ia selamat.

2. Tidurkan anak secara menelentang, bukan secara meniarap atau mengiring. Jika anda dapati bayi anda dalam keadaan meniarap atau mengiring, alihkan posisinya segera.

3. Pastikan muka bayi anda tidak ditutupi sesuatu misalnya selimut, bantal atau alat mainan lembut.

4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan dan selepas lahir.

5. Tidurkan bayi di bilik anda atau tidur bersama anda pada usia enam hingga 12 bulan pertama.

6. Jika bayi tidur dalam sut-katil bayi, pastikan kakinya berada di hujung sut-katil. Anda boleh selimutkannya, tapi pastikan selimut diselitkan pada bawah tilam (kiri dan kanan serta di hujung). Ini lebih selamat kerana bayi tidak boleh menggeliang-geliut ke bawah.

7. Pilih sut-katil yang bidainya agak tinggi bagi mengelakkan si kecil memanjat keluar. Letakkan sut-katil di tempat yang jauh dari tingkap dan sinaran matahari.

8. Jika bayi anda sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada sut-katil.

9. Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut kerana apabila bayi dalam keadaan tertiarap, mereka mudah lemas. Sebaik-baiknya biarlah permukaan tilam tersebut mantap dan datar.

10. Sebaik-baiknya, bayi hanya tidur di atas tilam dan tidak memerlukan bantal.

11. Pastikan anda tidak membiarkan bayi menghisap susu botol dan anda meneruskan tidur. Ini boleh mengundang risiko bayi tersedak dan sukar bernafas.


12. Ketika menyusukan bayi anda dengan susu badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anak.

13. Jika anda menggunakan sleeping bag, pastikan ia tidak mempunyai hood. Cukup sekadar ia menutupi tangan hingga bahagian leher (pastikan tidak ketat).

14. Pastikan hiasan-hiasan pada sut-katil bayi anda tidak berlebihan. Pastikan semua tali diikat kemas dan tidak berjuntaian bagi mengelak risiko terbelit pada bayi.

15. Gunakan selimut yang ringan yang boleh dikemas dengan mudah.

16. Pakaikan bayi anda pakaian malam yang sesuai, jadi dia tidak lagi memerlukan selimut.

17. Pastikan pakaian anak anda itu tidak bereben atau seluar yang terlalu panjang. Ini boleh membahayakan bayi anda.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 24 April 2012

Rumahtangga Labah-labah_Kiasan



Allah SWT berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 41 bermaksud: “Perumpamaan orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang yang sehabis-habis reput (rapuh) ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang yang berpengetahuan”.

Dalam ayat ini, Allah SWT menerangkan tentang kebodohan orang musyrik yang menjadikan berhala-berhala atau makhluk-makhluk yang lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah dan diharapkan pertolongannya sedangkan benda-benda itu amat lemah, tidak berkuasa dan tidak dapat memberikan kepada mereka sebarang pertolongan. Menurut Ibnu ‘Ashur dalam kitab tafsirnya iaitu ‘Tafsir al-tahrir wa al-tanwir’, perumpamaan ini ditujukan kepada orang kafir Quraisy yang menyembah berhala dengan harapan agar berhala-berhala itu dapat memberikan pertolongan kepada mereka .

al-Alusi dalam ‘Ruh al-Ma’ani’ pula telah menyatakan bahawa perumpamaan dalam ayat ini ditujukan kepada semua manusia yang mensyirik dan menyekutukan Allah. Allah telah mengumpamakan agama mereka yang kufur itu adalah selemah-lemah agama dengan menyamakan agama-agama itu dengan sarang labah-labah yang mudah reput dan terkoyak. Hal ini adalah kerana berhala-berhala yang disembah itu sendiri lemah dan tidak berkuasa laksana sarang labah-labah yang begitu lemah dan amat mudah rosak dan terkoyak. Malangnya, orang-orang kafir itu rela bersandar di dahan yang rapuh. Agama yang tidak berdasarkan pengabdian diri hanya kepada Allah adalah sehina-hina agama dan amat jauh tersimpang dari kebaikan dan petunjuk.


Kehidupan Labah-Labah

Dr Faiq al-‘Ubaydi melalui tulisannya dalam majalah ‘Ayaat’ telah menyatakan bahawa perkataan ‘rapuh’ yang ditujukan kepada sarang labah-labah itu, boleh ditafsirkan juga kepada kehidupan rumahtangga labah-labah. Ia merujuk kepada rapuhnya kehidupan dalam ‘rumahtangga’ labah-labah apabila berlakunya ‘queen control’ iaitu isteri yang menjadi pemimpin kepada keluarga dengan mengetepikan kepimpinan yang sepatutnya diterajui oleh golongan lelaki.

Hal ini kerana mengikut kajian saintifik, didapati bahawa sarang labah-labah itu adalah tiga kali ganda lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan sarang serangga-serangga yang lain. Malahan, ‘benang’ yang terdapat pada sarang labah-labah itu sebenarnya lebih kuat dan utuh daripada benang sutera. Oleh yang demikian, sarang labah-labah boleh dianggap sebagai kota dan benteng yang kukuh bagi keluarga labah-labah.

Namun begitu, mengapakah ayat al-Quran menyatakan bahawa serapuh-rapuh sarang ialah sarang labah-labah?. Sehubungan dengan itu, ayat al-Quran itu boleh ditafsirkan sebagai merujuk kepada hubungan kekeluargaan yang amat rapuh dan bercelaru yang wujud dalam ‘rumahtangga’ labah-labah itu.

Kajian saintifik moden mendapati bahawa labah-labah betinalah yang bersusah-payah membina sarang, bukannya labah-labah jantan. Hal ini juga amat jelas dalam ayat al-Quran surah al-‘Ankabut ini melalui penggunaan huruf ‘ta ta’nith’ yang merujuk kepada labah-labah betina yang membuat sarang.

Secara realitinya juga, ‘rumahtangga’ labah-labah seumpama spesies labah-labah yang dikenali sebagai ‘Black Widow’ mempunyai ‘rumahtangga’ yang hancur dan porak-peranda. Tidak terdapat ketenangan dalam kehidupan labah-labah dalam sarangnya itu. Hal ini kerana sifat ‘queen control’ yang wujud pada labah-labah betina. Setelah ‘mengawan’, labah-labah betina akan cuba membunuh dan memakan labah-labah jantan. Oleh yang demikian, Labah-labah jantan akan berusaha menyelamatkan diri dan tidak akan kembali ke sarang itu.

Sehubungan dengan itu, labah-labah betina akan menguasai sepenuhnya ‘rumahtangga’ yang dibina. Labah-labah betina itu bersikap agresif dan akan bertindak membunuh sesiapa sahaja dalam kalangan serangga-serangga kecil yang datang mengganggu kediamannya itu. Manakala anak-anak labah-labah yang keluar dan lahir dari telur pula akan saling berbunuhan di antara satu sama lain. Kepincangan yang berlaku dalam ‘rumahtangga’ labah-labah ini amat terserlah.

Justeru, manusia boleh mengambil pengajaran yang amat berguna daripada apa yang berlaku dalam ‘rumahtangga’ labah-labah. Hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan akan musnah dan hancur apabila tidak menjadikan syariat Allah sebagai panduan dan pedoman. Apabila wanita menjadi pelindung dan pemimpin kepada lelaki, maka ia sudah tentu menyalahi fitrah dan bercanggah dengan apa yang telah disarankan di dalam ajaran Islam. Akibatnya, kehidupan menjadi ‘rapuh’ dan rosak. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita”.

kredit: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 23 April 2012

5 Rahsia Perkahwinan Bahagia



Pertama : Penampilan diri
---------------------------------
Anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi di mata pasangan masing-masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas dan sebagainya. Kemaskan muka anda. Pakai baju yang seksi dan sasakan badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri anda.

Bagi isteri pula, hiasi diri anda ketika bersama suami di dalam rumah. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri anda dengan wangian-wangian menggoda. Pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami anda. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu melihat gaya yang sama sahaja.


Kedua : Sentuhan sayang
-------------------------------
Sentiasa menyentuh pasangan anda dengan perasaan sayang. Ketika anda berdua berjalan di luar, pegang tangan pasangan anda. Jangan lepaskan kecuali perlu. Ketika ada peluang, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan ucapkan kata--kata sayang.


Ketiga : Bermain cinta
--------------------------------
Apabila bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan sebagainya. Pandang mata pasangan anda tepat pada matanya. Sentiasa mendengar pasangan anda bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda secara santai dan spontan.


Keempat : Mewujudkan suasana romantik di dalam rumah
------------------------------------------------------------
Pastikan rumah anda sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dna teratur. Apabila rumah anda kemas, anda akan rasa lebih tenang. Jika anda lelaki, sentiasa tolong pasangan anda menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama-sama dengan gembira dan santai.


Kelima : kehidupan seks yang sihat
-----------------------------------------
Sentiasa mengetahu kehendak seks pasangan masing-masing. Perbaiki diri jika di tegur oleh pasangan anda. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah anda tersebut pada pasangan anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda boleh mandi bersama-sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks.

kredit: Tips alam perkahwinan


Salam Ukhuwah..~

Ayat-ayat Poligami



Gambar sekadar hiasan sahaja.

Buat isteri isteri atau bakal bakal isteri, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konsep poligami yang seharusnya diterima dengan hati terbuka. Perkongsian ilmu kali ini adalah hasil tulisan Dr. Yusuf Al-Qardhawi bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an dan Sunnah, Cetakan Pertama Januari 1997, Citra Islami Press . Pintaku, bacalah dengan akal yang waras lagi rasional bersuluh iman, bukan emosi yang membutakan mata hati sehingga tak nampak apa yang indah di dalam isi.


Poligami

Orang-orang Kristian dan Orientalis menjadikan poligami ini seakan akan syiar dari syiar-syiar Islam, atau salah satu perkara yang wajib yang perlu untuk dilaksanakan. Ini adalah sesat kerana dalam kehidupan seorang Muslim itu berkahwin dengan seorang isteri yang menjadi penenteram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya dan tempat untuk meluahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana yang tenang, mawaddah dan rahmah, yang merupakan sendi-sendi kehidupan suami isteri menurut pandangan Al Qur’an.

Oleh kerana itu ulama mengatakan, “Dimakruhkan bagi seseorang yang mempunyai seorang isteri yang mampu memelihara dan memuaskannya untuk berkahwin lagi. Kerana ini akan membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram di sisi Islam.

Allah berfirman:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terlantar”
(An-Nisa’: 129)

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring sebelah. ”
(HR. Al Khamsah)

Adapun orang yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak dapat berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk berkahwin lagi, Allah SWT berfirman,

“Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja…”
(An-Nisa’: 3)

Jelas lah kepada kita yang paling utamanya adalah berkahwin dengan seorang sahaja demi menjaga diri di dunia dan akhirat demi kesejahteraan keluarga dan individu terbabit. Islam memperbolehkan untuk seorang Muslim berkahwin lebih dari satu (berpoligami), kerana Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah yang bersih, dan memberikan penyelesaian yang realistik dan baik tanpa perlu lari dari permasalahan.


Poligami pada zaman sebelum Islam dan pada zaman Islam

Sebilangan orang bercakap mengenai poligami seolah-olah Islam merupakan agama yang pertama kali mensyariatkan poligami. Ini adalah satu kejahilan dari mereka atau mereka berpura-pura tidak tahu tentang sejarah. Sesungguhnya banyak tamadun dan agama-agama sebelum Islam yang membenarkan berkahwin dengan lebih dari seorang wanita, bahkan boleh mencapai sehingga berpulah-puluh orang atau lebih, tidak ada persyaratan dan tanpa sebarang ikatan apa pun.

Di dalam Injil Perjanjian Lama diceritakan bahwa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mempunyai beratus orang isteri.

Ketika Islam muncul, maka islam meletakkan beberapa syarat untuk untuk berpoligami seperti menetapkan jumlah maksimum adalah empat. Ketika Ghailan bin Salamah memeluk Islam, Dia memiliki sepuluh isteri, maka Nabi SAW bersabda kepadanya, “Pilihlah dari sepuluh itu empat dan ceraikanlah yang lainnya.”

Pernikahan Rasulullah SAW dengan sembilan wanita ini merupakan kekhususan yang Allah berikan kepadanya, kerana dakwah dan pelbagai strategi dalam memperkuatkan agama Islam. Sebagian besar dari usia hidupnya bersama seorang isteri sahaja.

Klik sini untuk mengetahui sejarah ringkas Rasuullah yang mula berpoligami selepas umur 51 tahun.


Adil Merupakan Syarat Poligami

Adapun syarat yang diletakkan oleh Islam untuk berpoligami adalah kepercayaan seorang Muslim pada dirinya untuk berlaku adil di antara isterinya, dalam persoalan makan minum, berpakaian, tempat tinggal, dan nafkah. Maka barangsiapa yang tidak yakin terhadap dirinya atau kemampuannya untuk memenuhi hak-hak tersebut dengan adil, maka diharamkan baginya untuk berkahwin lebih dari satu.

Allah berfirman:

“Jika kamu takut berlaku tidak adil maka cukuplah satu isteri”
(An-Nisa’:3)

Kecenderungan yang diperkatakan di dalam hadis ini adalah kecenderungan terhadap hak-hak isteri, bukan adil dalam soal hati, kerana perkara ini termasuk keadilan yang tidak mungkin dimiliki oleh manusia dan dimaafkan oleh Allah.

Allah SWT berfirman:

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.”
(An-Nisa’: 129)

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menggilirkan isterinya dengan adil, beliau selalu berdoa, “Ya Allah inilah penggiliranku (pembagianku) sesuai dengan kemampuanku, maka janganlah Engkau mencelaku terhadap apa-apa yang Engkau miliki dan yang tidak aku miliki.” Maksud dari doa ini adalah kemampuan untuk bersikap adil di dalam kecenderungan hati kepada salah seorang isteri Nabi.

Rasulullah SAW apabila hendak keluar jauh, beliau membuat undian untuk isterinya, mana yang mendapat undian itulah yang akan pergi bersama beliau. Beliau melakukan itu supaya dapat menghilangkan keresahan hati isteri-isterinya dan untuk memperoleh kepuasan mereka bersama.


Hikmah Diperbolehkan Poligami

Sesungguhnya Islam adalah risalah terakhir yang datang dengan syariat yang bersifat umum dan abadi. Yang berlaku sepanjang masa, untuk seluruh manusia.

Sesungguhnya Islam tidak membuat peraturan dan dasar untuk orang yang tinggal di bandar sementara melupakan orang yang tinggal di desa, tidak pula untuk masyarakat yang tinggal di iklim yang sejuk, sementara melupakan masyarakat yang tinggal di iklim yang panas. Islam tidak pula membuat peraturan untuk masa tertentu, sementara mengabaikan masa-masa dan generasi yang lainnya. Sesungguhnya Islam menekankan kepentingan individu dan masyarakat.

Ada manusia yang kuat keinginannya untuk mendapat keturunan, akan tetapi ia dikurniakan isteri yang tidak dapat beranak (mandul) kerana sakit atau sebab lainnya. Apapun hak-hak isteri pertama mestilah tidak terabai selepas suami berkahwin lain.

Ada juga di antara kaum lelaki yang kuat keinginannya dan kuat syahwatnya, akan tetapi dia dikaruniakan isteri yang dingin keinginannya terhadap lelaki mungkin kerana sakit atau masa haidnya yang terlalu lama atau sebab-sebab lainnya. Sementara lelaki itu tidak dapat menahan dalam waktu lama tanpa wanita. Sebaiknya diperbolehkan untuknya bnerkahwin dengan wanita yang halal daripada menceraikan isterinya. Islam memberi pilihan yang amat wajar.

Selain itu jumlah wanita dalam sesuatu masa terbukti lebih banyak daripada jumlah lelaki, terutama selepas peperangan yang memakan banyak korban dari kaum lelaki dan para pemuda. Maka di sinilah letaknya kemaslahatan sosial dan kemaslahatan bagi kaum wanita itu sendiri. Iaitu untuk menjadi bersaudara dalam naungan sebuah rumah tangga, daripada usianya dihabiskan tanpa merasai hidup berumah tangga, merasakan ketenteraman, cinta dan kasih sayang, serta nikmatnya menjadi seorang ibu. Inilah fitrah manusia yang tidak boleh dinafikan lagi.

Sesungguhnya ini adalah salah satu dari tiga pilihan yang ada di tangan para wanita yang jumlahnya lebih besar daripada jumlah kaum lelaki. Tiga pilihan itu adalah:
Menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak pernah merasakan kehidupan berkeluarga dan menjadi ibu.

Menjadi bebas (melacur, untuk menjadi umpan dan permainan kaum laki-laki yang rosak). akan berlaku pergaulan bebas yang melahirkan anak-anak haram, anak-anak yang dibuang akan kehilangan hak-haknya dan juga moral, sehinggakan menjadi beban sosial bagi masyarakat.

Berkahwin secara baik-baik oleh lelaki yang mampu untuk memberikan nafkah dan mampu memelihara dirinya, sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Tidak diragukan bahawa cara yang ketiga inilah yang adil dan paling baik serta merupakan ubat yang mujarab. Inilah hukum Islam. Allah berfirman:

“Dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.”
(Al Maidah: 50)

kredit: paapaada


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 22 April 2012

Kehidupan



Ketika kerjamu tidak dihargai,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang ketulusan...

ketika usahamu dinilai tidak penting,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan...

ketika hatimu terluka sangat dalam,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang memaafkan...

ketika kamu merasa sepi dan sendiri,
maka saat itu kamu belajar tentang kesungguhan...

ketika kamu harus merasa membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung,
maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemurahan hati...

tetap bersemangat, tetap tersenyum dan bersabar
kerna sesungguhnya kamu sedang menimba ilmu di universiti kehidupan...

Allah swt meletakkan kamu di tempat sekarang bukan kerana kebetulan,
tetapi Allah swt mempunyai maksud terhadap hidupmu..

Subhanallah...



Salam Ukhuwah..~

Kisah Seorang Alim Dan Seorang Abid Tanpa Ilmu



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt untuk menghirup udara yang segar pada hari ini dan selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah saw kerana berkat usaha baginda, barulah hari ini kita dapat merasa dua nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan islam.

InsyaAllah pada kali ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik yang telah disampaikan oleh al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah tentang kisah sang alim dan sang abid tanpa ilmu.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa. Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka, sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya.

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina. Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka, secara tidak sedar, Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah ta'ala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah ta'ala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi, “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya: “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 21 April 2012

Kisah Seorang Ahli Ibadah Yang Mati Dalam Kufur



Terdapat seorang "Abid (Ahli Ibadah) yang bernama Barsyisyo. Beliau merupakan seorang mahaguru dan mempunyai 60000 orang murid yang boleh terbang dengan berkatnya. Barsyisyo merupakan seorang yang kuat beribadat sehingga malaikat tercengang melihatnya. Oleh kerana itu berfirmanlah Allah kepada para malaikat "Mengapa kamu takjub melihat Barsyisyo beribadat? Aku(firman Allah) amat mengetahui barang yang tidak kamu ketahui. Barsyisyo itu akan mati kafir dan kekal di dalam neraka selama-lamanya".


Hal itu telah didengari oleh syaitan. Maka syaitan itu pun terburu-buru menuju ke tempat dimana Barsyisyo sedang beribadat..Si syaitan ini telah menyerupai diri sebagai manusia yang abid lagi soleh..Setelah syaitan itu sampai ke tempat Barsyisyo, ia lantas menyeru dari luar..Barsyisyo terus menyahut seruannya dan bertanya, "Siapakah tuan?"..maka jawab syaitan "Saya seorang abid..datang untuk menolong tuan beribadat kepada Allah".


Apabila mendengar jawapan si syaitan, Barsyisyo lantas menjawab "Barang siapa bermaksud membuat ibadat kepada Allah, Allah akan mengadakan kawan baginya"..Maka syaitan (bernama Mal'un) tadi beribadat 3 hari 3 malam, tidak tidur, tidak makan dan tidak pula minum..ini menyebabkan Barsyisyo berasa kagum dengan kawan barunya itu kerana lebih kuat beribadat daripadanya..Maka berkatalah Barsyisyo "Saya beribadat kepada Allah 220 tahun lamanya tetapi saya tidak pula sanggup untuk meninggalkan tidur, makan dan minum seperti tuan..bagaimanakah daya upaya saya untuk beribadat seperti tuan?"


Apabila mendengarkan soalan Barsyisyo, maka berkatalah si syaitan itu "lakukanlah maksiat kepada Allah, kemudian engkau bertaubat, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, hingga engkau boleh mendapat lazatnya taat kepada Allah"...Barsyisyo terkejut lantas bertanya "Mengapa pula saya mesti mengerjakan maksiat kepada Allah, sedangkan saya telah lama beribadat kepadaNya?"..Maka jawab syaitan "Manusia apabila berdosa berhajat untuk meminta keuzuran dan keampunan daripadaNya"...Barsyisyo bertanya lagi "Dosa apakah yang tuan maksudkan itu?"..jawab syaitan "zina"..namun demikian, Barsyisyo bertegas untuk tidak melakukannya...Lantas syaitan berkata "kalau tidak zina, bunuhlah seorang muslim"..sekali lagi Barsyisyo menolak nasihat syaitan tersebut...Tanpa berputus asa, si syaitan berkata lagi "kalau tidak membunuh, minumlah minuman yang memabukkan"...Lantas Barsyisyo menjawab "Ya! itulah yang lebih ringan".


Maka Barsyisyo bertanya kepada syaitan " Di mana saya boleh mendapatkan minuman itu?"..jawab syaitan "pergilah ke kampung itu"..Barsyisyo terus mencari minuman trsebut..sejurus kemudian dijumpainya seorang perempuan yang cantik, menjual khamar..Barsyisyo membeli minuman tersebut dan meminumnya..Tidak lama kemudian, dia pun mabuk..dalam keadaan mabuk dizinainya perempuan penjual khamar itu..Tiba-tiba suami perempuan itu pulang ke rumah, oleh kerana berasa takut Barsyisyo telah membunuh suami perempuan tersebut.


Si syaitan pula telah menyerupai dirinya seorang manusia dan lantas bertemu dengan raja untuk menberitahukan kisah Barsyisyo..tanpa berfikir panjang, raja telah memerintahkan agar Barsyisyo ditangkap untuk mengetahui kesahihan laporan yang telah diberikan oleh syaitan tersebut..Setelah nyata kebenarannya, maka Barsyisyo dipukul 80 kali kerana telah meminum khamar, 100 kali kerana zina dan juga dijatuhkan hukuman sula kerana membunuh suami perempuan itu..tidak lama kemudian, Barsyisyo terpacak di tiang sula.


Lantas si syaitan bertemu dengan Barsyisyo dan bertanya "Bagaimanakah keadaanmu?" ..jawab Barsyisyo "beginilah halnya orang yang patuh pada seorang teman yang jahat dan pengkhianat"..syaitan berkata lagi "Engkau telah beribadat 220 tahun lamanya hingga saya sula engkau, mahukah engkau saya bela?"...jawab Barsyisyo "Saya ingin memenuhi kehendakmu"..lantas jawablah si syaitan "Sujud satu kali padaku"..Barsyisyo menjawab "Bagaimanakah aku harus sujud kepadamu sedangkan aku terpaku di tiang sula ini?"...kata syaitan "Cukuplah dengan isyarat sahaja".



Barsyisyo patuh, seraya melakukan sujud kepada syaitan(iblis ma'un) dengan isyarat menganggukkan kepalanya terhadap iblis, saat itu adalah saat yang penghabisan untuk menghembuskan nafas yang terakhir bagi Barsyisyo..ia pun meninggal dunia dengan bertuhankan syaitan..Nau'zu billahi min Zalik.


Kalau dapat kita perhatikan, betapa halusnya iblis mempermainkan rohnya, untuk menukar haluan Barsyisyo yang abid ini..tentu timbul di hati kita perasaan cemas dan khuatir kalau-kalau iblis ini memperdayakan kita seperti ia memperdayakan Barsyisyo. Maka unuk menangkis tipu daya ini kita haruslah memperdalamkan ilmu pengetahuan agama terutamanya tauhid..semoga kita akan terselamat dunia dan akhirat.


Allahhummakh tim lana bi husnil khatimah wala takhtim 'alaina bisuil khatimah.


Ya allah sudahilah hidup kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah engkau sudahi hidup kami dengan kesudahan yang buruk.


kredit: Ukhwah.com


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 20 April 2012

Kisah Nabi Zakaria a.s.


Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, ibu saudaranya Maryam, Zakaria mendambakan mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Ia khuatir bahawa bila ia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari generasi sepanjang Allah mengizinkannya dan memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam anak iparnya yang diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nazarnya sewaktu ia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam sejak ia diserahkan oleh ibunya. Tugas pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria melalui undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala menerima bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria telah terjadi pada suatu hari ketika ia datang ke mihrab sebagaimana biasa. Ia melihat Maryam disalah satu sudut mihrab sedang tenggelam dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis buah-buahan musim panas. Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak saudaranya selesai sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur bertanya kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"

Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa kucari dan aku minta. Di waktu pagi dikala matahari terbit aku mendapatkan rezeki ku ini sudah berada di depan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?"

Maryam binti Imran

Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar dari Nabi Zakaria adalah seorang perempuan yang mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa hidup tanpa anak adalah sunyi dan membosankan. Ia sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penglipur duka dan pembawa suka di dalam kehidupan keluarga. Ia sangat akan keturunan sehingga bila ia melihat seorang ibu menggandung bayinya atau burung memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri hati dan terus menjadikan kenangan yang tak kunjung lepas dari ingatannya.

Tahun demi tahun berlalu, usia makin hari makin lanjut, namun keinginan tetap tinggal keinginan dan idam-idaman tetap tidak menjelma menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya, namun belum juga membawa hasil. Dan setelah segala daya upaya yang bersumber dari kepandaian dan kekuasaan manusia tidak membawa buah yang diharapkan, sedarlah isteri Imran bahawa hanya Allah tempat satu-satunya yang berkuasa memenuhi keinginannya dan sanggup mengurniainya dengan seorang anak yang didambakan walaupun rambutnya sudah beruban dan usianya sudah lanjut. Maka ia bertekad membulatkan harapannya hanya kepada Allah bersujud siang dan malam dengan penuh khusyuk dan kerendahan hati bernazar dan berjanji kepada Allah bila permohonannya dikabulkan, akan menyerahkan dan menghebahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan sesekali tidak akan mengambil manfaat dari anaknya untuk kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang telah disuratkan dalam takdir-Nya bahawa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa gerakan janin di dalam perutnya yang makin membesar. Alangkah bahagia si isteri yang sedang hamil itu, bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan terpecahlah bila bayi yang dikandungkan itu lahir. Ia bersama suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi yang akan dilahirkan. Suasana suram sedih yang selalu meliputi rumah tangga Imran berbalik menjadi riang gembira, wajah sepasang suami isteri Imaran menjadi berseri-seri tanda suka cita dan bahagia dan rasa putus asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan , tiba-tiba direnggut nyawanya oleh Izra'il dan meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan.

Maka setelah segala persiapan untuk menyambut kedatangan bayi telah dilakukan dengan sempurna lahirlah ia dari kandungan ibunya yang malang menghirup udara bebas. Agak kecewalah si ibu janda Imran setelah mengetahui bahawa bayi yang lahir itu adalah seorang puteri sedangkan ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar untuk dihebahkan kepada Baitulmaqdis. Dengan nada kecewa dan suara sedih berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya ke atas: "Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa saudara Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.

Demikianlah maka tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang bertanggungjawab atas pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu mengalah, maka terpaksalah diundi di antara mereka yang akhirnya undian jatuh kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan dari jangkauan para pengunjung yang tiada henti-hentinya berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di atas loteng Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan menggunakan sebuah tangga. Zakaria merasa bangga dan bahagia beruntung memenangkan undian memperolehi tugas mengawasi dan memelihara Maryam secara sah adalah anak saudaranya sendiri. Ia mencurahkan cinta dan kasih sayangnya sepenuhnya kepada Maryam untuk menggantikan anak kandungnya yang tidak kunjung datang. Tiap ada kesempatan ia datang menjenguknya, melihat keadaannya, mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan baginya. Tidak satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa cinta dan kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi suatu peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa sebagaimana gadis-gadis yang lain, tetapi ia adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan dan peranan besar di kemudian hari.

Pada suatu hari tatkala Zakaria datang sebagaimana biasa, mengunjungi Maryam, ia mendapatinya lagi berada di mihrabnya tenggelam dalam ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap hidangan makanan berupa buah-buahan musim panas terletak di depan Maryam yang lagi bersujud. Ia lalu bertanya dalam hatinya, dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tidak seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam. Maka ditegurlah Maryam tatkala setelah selesai ia bersujud dan mengangkat kepala: "Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini."

Maryam menjawab: "Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?"

Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa Almasih a.s.

Kisah lahirnya Maryam dan pemeliharaan Zakaria kepadanya dapat dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~