Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 19 Januari 2010
Ahad Yang Membosankan
Setiap hari sabtu dan ahad atau hari-hari cuti kelepasan am kita akan ternampak ada kalangan rakan kita terutama di facebook menulis pada statusnya 'Ahad yang membosankan'. Status yang sebegini sebenarnya di tulis oleh orang perempuan terutamanya yang belum berkahwen.
Nak tahu kenapa dia bosan?
Mari kita dengar perbualan antara seorang atok dengan cucunya yang bertanya soalan yang sama di bawah ini.
Cucu: Tok...
Tok: Ya cu...
Cucu: Kenapa awek tu tulis dalam facebook dia harini dia bosan tok?
Tok: Ohhh...harini kan ker hari ahad. Hari dia tak pergi kerja jadi duduk di rumah dia boringlah.
Cucu: Kenapa pulak dia boring tok. Kat rumah kan banyak krja yang boleh buat.
Tok: Orang perempuan citarasa mereka tak sama macam kita yang lelaki ni cu. Orang pompuan yang bekerja mereka ada wang dan tak di belnjakan untuk keluarga mereka, kalau belanja pun tak banyak mana. Jadi duit mereka selalunya mereka gunakan untuk membeli pakaian yang baru serta alat-alat untuk mencantekkan diri. Bukan ker perempuan tu suka orang tengok dia cantek.
Cucu: Apa kena mengena cantek dengan boring hari ahad tok?
Tok: Hari ahad dia tak dapat keluar, takder couple ataupun duit dah habes. Kalau hari lain dia kena keluar pergi kerja kalau takder tambang, duit belanja boleh minta semula dari mak atau ayah. Bila dapat keluar rumah maka dapatlah dia memperagakan pakaian serta kecantekannya di luar rumah. Sebenarnya cu...kaum perempuan di tegah mempamerkan kecantekan mereka pada khalayak yang bukan mahramnya. Jikalau pada suaminya okey.
Cucu: Ooo...macam tu...baru cucu faham tok.
Tok: Sebab itulah mereka sanggup berhabes duit gaji untuk membeli barang-barang yang boleh membuatkan mereka kelihatan cantek. Kalau cucu dah besar nanti jikalau nak berniaga jangan berniaga barang-barang yang boleh memberi kecantekan kepada kaum perempuan sebab ini juga bersubahat namanya, akan mendapat dosa. Setiap langkah kaki anak perempuan yang keluar rumahnya tanpa menutup aurat dengan betul setiap langkah itu pula kaki ayahnya menghampiri neraka.
Demikianlah dialog ringkas antara seorang atok dengan cucunya.
Salam Ukhuwah..~
Ahad, 17 Januari 2010
Kelebihan Buah Tomato
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.
Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.
Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....
1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.
2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.
3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.
4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.
5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.
6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.
Tip Memilih TOMATO...
Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.
Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.
Apa lagi..... Jom Makan TOMATO
kredit: solatanponline
Salam Ukhuwah..~
Rabu, 13 Januari 2010
Kerana Aurat Wanita, Lelaki Berperang Dengan Nafsu Sendiri
Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka (kaum adam) dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Inilah rintihan hamba Allah tersebut;
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).
95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr.. kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..
Arrr...tu dia keluhan hamba Allah yang Tok Wan maksudkan....amacam...
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan menta'atinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa seksaan Allah terhadap kaum yang melakukan dosa itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah-olah meragui kebenarannya.
Ishhh.... begitu dahsyat godaan. Tapi kisah Tok Wan hampir serupa atau lebih lagi. Setiap pagi Tok Wan akan naik LRT menuju studio. Dalam LRT ni tau-tau sajalah pakaian yang perempuan ni. Lebih2 lagi yang bekerja sebagai salesgirl atau jurujual yang ramai2 turun di stesyen LRT Hang Tuah.
Pelbagai bangsa termasuk anak2 Melayu mendedahkan bentuk badan masing-masing. Kadang2 yang duduk depan kita dalam tren pun tak kurang dahsyatnya. Dah lar pakai skirt pendek, angkat kaki kiri letak atas kaki kanan. Sekali tengok ada macam sila panggong pun juga.
Adoooiii...tapi bila perasan ada perkara seumpama ini kita cuba jangan tengok. Pandamngan mata tujukan ke tempat lain atau baca buku yang dibawa. nak baca SMS ? Ahakss... kebanyakan penumpang dalam tren LRT tu sibuk baca sms atau melayari tenet dengan tepon depa. Baik Tok Wan baca buku lagi banyak faedah.
Kalau ikutkan hati dah lama pindah duduk jauh dari Kuala Lumpur ni. Namun apakan daya tiada tempat lain untuk berpindah. Arrr... kalau anda ada tempat lain untuk Tok Wan sekeluarga sila kemukakan pada Tok Wan. Di dalam facebook pun boleh...
Salam Ukhuwah..~
Isnin, 11 Januari 2010
Kisah Anak Abu Jahal Yang Syahid
Abu Ishaw As-Ayabi'i meriwayatkan, ketika Rasulullah SAW berjaya menaklukkan kota Mekah, maka Ikrimah berkata: Aku tidak akan tinggal di tempat ini!"
Setelah berkata demikian, dia pun pergi berlayar dan memerintahkan supaya isterinya membantunya. Akan tetapi isterinya berkata: "Hendak kemana kamu wahai pemimpin pemuda Quraisy?" Apakah kamu akan pergi kesuatu tempat yang tidak kamu ketahui?"
Ikrimah pun melangkahkan kakinya tanpa sedikitpun memperhatikan perkataan isterinya.
Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat lainnya telah berjaya menaklukkan kota Mekah, maka kepada Rasulullah isteri Ikrimah berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Ikrimah telah melarikan diri ke negeri Yaman kerana ia takut kalau-kalau kamu akan membunuhnya. Justeru itu aku memohon kepadamu supaya engkau berkenan menjamin keselamatannya."
Rasulullah SAW menjawab: "Dia akan berada dalam keadaan aman!" Mendengar jawapan itu, maka isteri Ikrimah memohon diri dan pergi untuk mencari suaminya.
Akhirnya dia berjaya menemuinya di tepi pantai yang berada di Tihamah. Ketika Ikrimah menaiki kapal, maka orang yang mengemudikan kapal tersebut berkata kepadanya: "Wahai Ikrimah, ikhlaskanlah saja!"
Ikrimah bertanya: "Apakah yang harus aku ikhlaskan?"
"Ikhlaskanlah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan akuilah bahawa Muhammad adalah utusan Allah!" Kata pengemudi kapal itu.
Ikrimah menjawab: "Tidak, kerana aku melarikan diri adalah kerana ucapan itu."
Selepas itu datanglah isterinya dan berkata: "Wahai Ikrimah putera bapa saudaraku, aku datang menemuimu membawa pesan dari orang yang paling utama, dari manusia yang paling mulia dan manusia yang paling baik. Aku memohon supaya engkau jangan menghancurkan dirimu sendiri. Aku telah memohonkan jaminan keselamatan untukmu kepada Rasulullah SAW."
Kepada isterinya Ikrimah bertanya: "Benarkah apa yang telah engkau lakukan itu?"
Isterinya menjawab: "Benar, aku telah berbicara dengan baginda dan baginda pun akan memberikan jaminan keselamatan atas dirimu."
Apabila mendengar berita gembira dari isterinya itu, pada malam harinya Ikrimah bermaksud untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya, akan tetapi isterinya menolaknya sambil berkata: "Engkau orang kafir, sedangkan aku orang Muslim."
Kepada isterinya Ikrimah berkata: "Penolakan kamu itu adalah merupakan suatu masalah besar bagi diriku."
Tidak lama selepas Ikrimah bertemu dengan isterinya itu, mereka pun pulang kembali, setelah mendengar berita bahawa Ikrimah sudah pulang, maka Rasulullah SAW segera ingin menemuinya. Kerana rasa kegembiraan yang tidak terkira, sehingga membuatkan Rasulullah SAW terlupa memakai serbannya.
Setelah bertemu dengan Ikrimah, baginda pun duduk. Ketika itu Ikrimah berserta dengan isterinya berada di hadapan Rasulullah SAW Ikrimah lalu berkata:
"Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah."
Mendengar ucapan Ikrimah itu, Rasulullah SAW sangat merasa gembira, selanjutnya Ikrimah kembali berkata: "Wahai Rasulullah, ajarkanlah sesuatu yang baik yang harus aku ucapkan."
Rasulullah SAW menjawab: "Ucapkanlah bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Ikrimah kembali bertanya: "Selepas itu apa lagi?"
Rasulullah menjawab: "Ucapkanlah sekali lagi, aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya."
Ikrimah pun mengucapkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW selepas itu baginda
bersabda:
"Jika sekiranya pada hari ini kamu meminta kepadaku sesuatu sebagaimana yang telah aku berikan kepada orang lain, niscaya aku akan mengabulkannya."
Ikrimah berkata: "Aku memohon kepadamu ya Rasulullah, supaya engkau berkenan memohonkan ampunan untukku kepada Allah atas setiap permusuhan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu, setiap perjalanan yang aku lalui untuk menyerangmu, setiap yang aku gunakan untuk melawanmu dan setiap perkataan kotor yang aku katakan di hadapan atau di belakangmu."
Maka Rasulullah SAW pun berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosanya atas setiap permusuhan yang pernah dilakukannya untuk bermusuh denganku, setiap langkah perjalanan yang dilaluinya untuk menyerangku yang tujuannya untuk memadamkan cahaya-Mu dan ampunilah dosanya atas segala sesuatu yang pernah dilakukannya baik secara langsung berhadapan denganku mahupun tidak."
Mendengar doa yang dimohon oleh Rasulullah SAW itu, alangkah senangnya hati Ikrimah, maka ketika itu juga ia berkata: "Ya Rasulullah! Aku bersumpah demi Allah, aku tidak akan membiarkan satu dinar pun belanja yang pernah aku gunakan untuk melawan agama Allah, melainkan akan aku ganti berlipat ganda demi membela agama-Nya. Begitu juga setiap perjuangan yang dahulu aku lakukan untuk melawan agama Allah, akan aku ganti dengan perjuangan yang berlipat ganda demi membela agama-Nya, aku akan ikut berperang dan berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir."
Demikianlah keadaan Ikrimah, setelah ia memeluk Islam, ia sentiasa ikut dalam peperangan hingga akhirnya ia terbunuh sebagai syahid. Semoga Allah berkenan melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada Ikrimah.
Dalam riwayat yang lain pula diceritakan, bahawa ketika terjadinya Perang Yarmuk, Ikrimah juga ikut serta berperang sebagai pasukan perang yang berjalan kaki, pada waktu itu Khalid bin Walid mengatakan:
"Jangan kamu lakukan hal itu, kerana bahaya yang akan menimpamu adalah lebih besar!" Ikrimah menjawab: "Kerana kamu wahai Khalid telah terlebih dahulu ikut berperang bersama Rasalullah SAW, maka biarlah hal ini aku lakukan!"
Ikrimah tetap meneruskan niatnya itu, hingga akhirnya ia gugur di medan perang. Pada waktu Ikrimah gugur, ternyata di tubuhnya terdapat lebih kurang tujuh puluh luka bekas tikaman pedang, tombak dan anak panah.
Abdullah bin Mas'ud pula berkata: Di antara orang-orang yang termasuk dalam barisan Perang Yarmuk adalah Haris bin Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amar.
Di saat-saat kematian mereka, ada seorang sahabat yang memberinya air minum, akan tetapi mereka menolaknya. Setiap kali air itu akan diberikan kepada salah seorang dari mereka yang bertiga orang itu, maka masing-masing mereka berkata: "Berikan saja air itu kepada sahabat di sebelahku."
Demikianlah keadaan mereka seterusnya, sehingga akhirnya mereka bertiga menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan belum sempat meminum air itu.
Dalam riwayat yang lain pula ditambahkan: "Sebenarnya Ikrimah bermaksud untuk meminum air tersebut, akan tetapi pada waktu ia akan meminumnya, ia melihat ke arah Suhail dan Suhail pun melihat ke arahnya pula, maka Ikrimah berkata:
"Berikanlah saja air minum ini kepadanya, barangkali ia lebih memerlukannya daripadaku." Suhail pula melihat kepada Haris, begitu juga Haris melihat kepadanya.
Akhirnya Suhail berkata: "Berikanlah air minum ini kepada siapa saja, barangkali sahabat-sahabatku itu lebih memerlukannya daripadaku."
Begitulah keadaan mereka, sehingga air tersebut tidak seorangpun di antara mereka yang dapat meminumnya, sehingga mati syahid semuanya. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepada mereka bertiga.
kredit: Tulahan
Salam Ukhuwah..~
Jumaat, 8 Januari 2010
Amanah
''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana"
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan¦& perfume anda adalah kapur barus..
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana¦.
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung¦
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana¦.
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana¦..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....
'' Saya bersumpah Demi ALLAH S.W.T , Demi ISLAM dan Demi ajaran AGAMA,
Saya akan menyebarkan mesej ini ke 15 teman2 saya..
Apabila Saya melanggar Sumpah saya ini, Maka MUSIBAH akan selalu menimpa saya...
Saya akan selalu GAGAL dlm usaha dan segala CITA-CITA takkan pernah terwujud.''
Anda sudah bernazar¦
Salam Ukhuwah..~