Bacaan Popular

Isnin, 30 September 2013

Surah Al-Kahfi




Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah ataupun Surah Makkiyyah terdiri daripada 110 Ayat yang mana 71 adalah berkaitan kisah dan 39 adalah komentar kisah , Gambaran Kehidupan dan Hari Kiamat .

Dalam Surah ini terdapat 4 kisah iaitu :
Kisah Ashaab Al-Kahf ,
Kisah Pemilik Kebun dan Sahabatnya Yang Mukmin ,
Kisah Musa dan Hambanya Yang soleh [ Khaidir ]
Kisah Dzurkarnain .

Surah ini juga berlatar belakangkan :
Kemuncak krisis antara Muslim dan Musyrikin Quraisy Makkah .
Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Ishaq , Ibn Jarir , Ibn Al-Mundhir , Abu Nuaim , Al-Baihaqi daripada Ibn Abbas R.A. .
Kisah Kaum Quraisy menghantar An-Nadhr Bin Al-Haarith dan 'Uqbah Bin Abi Mu'aith kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah

Pertanyaan tentang 3 perkara iaitu :
Sekumpulan anak muda yang hilang secara ghaib ,
Seorang lelaki yang mengelilingi dunia antara timur dan barat dan
Berkenaan Roh .

Nabi s.a.w. bersabda : ” Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ". [ Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim 809 , An-Nasaie ]

Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya [ Jumaat ] sebagaimana pendapat Imam Syafi’i [ Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi ]

Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal , atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi s.a.w. bersabda : “ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal. ” [ HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi ]

Pada lafadz Tirmidzi : “ Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal .” Dia berkata: “ Hadits hasan.”

Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi s.a.w. bersabda ; “ Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. ” Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.

Dan pada lafadz Nasai menyatakan : “ Barangsiapa membaca sepuluh ayat [ mana saja ] dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda : “ Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi, ”.

Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib : “ Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya. ”


Firman Allah dalam surah Al-Kahfi (ayat 1-10) bermaksud :

1 . Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya [ Muhammad ], Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok [ terpesong ]

2. [ Bahkan keadaannya ] tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran [ kepada orang-orang yang ingkar] dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3. Mereka tinggal tetap dalam [ balasan yang baik ] itu selama-lamanya.

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.

5. [ Sebenarnya] mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6. Maka jangan-jangan pula engkau [ wahai Muhammad], membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu [ punah-ranah ] sebagai tanah yang tandus.

9. Adakah engkau menyangka [ wahai Muhammad ], bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

10. [ Ingatkanlah peristiwa ] ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

kredit: al-atsariyyah


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 29 September 2013

Solat Istikharah Jawapan Kekeliruan



KESUKARAN membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada anda.

Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.
Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Anda bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.

Solat Istikharah membantu anda memohon petunjuk mesngenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Apabila anda melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti anda memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Semoga sedikit penerangan mengenai solat Istikharah ini dapat membantu anda menjawab persoalan diri serta membantu anda dalam membuat keputusan yang baik.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai solat istikharah ini dengan bertanya orang yang arif seperti ustaz atau membaca buku yang berkaitan.


kredit: Dr Sapora Sipon


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 28 September 2013

Doa Seorang Ibu Miskin



Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih kecil dalam kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.

Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.

"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. " Ujar ibu itu berjanji mengharapkan anak-anaknya akan diam.

Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :

"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"

"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri boleh tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami." Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.

"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.

Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.

"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.

"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.

Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.

Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu? "Tanya anaknya yang agak besar itu."

"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.

Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.

Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.
"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.

"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ? "Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.
Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan iru ? Kata ibu itu.

"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.

"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."
Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah pengawalnya.
"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."
"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah.

"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa saja." Perintah Tuan hakim.

Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.

Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.

"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.

Dia kemudian memesongkan kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh : "Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu? Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" Ibu itu mengadu kepada Allah.

Ibu itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.

Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi

sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.

"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.

"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.

"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.
"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini. 

Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.

Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.

"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.
Setelah didesak berkali-kali akhirnya ibu itu pun menceritakan nasibnya yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih kecil. 

Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.

"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.
Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :
"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq. 
Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang begitu murah hati terhadap orang yang susah dan menderita sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.

Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah, di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.

Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu dia tidak menangis lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya dua atau tiga tahun lagi.

"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya", kata ibu itu kepada pengawal tersebut.

Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah si Saiduq itu taufiq dan hidayat untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"
Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia. Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.
Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya: "Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat. 

Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.

Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas ke rumah Saiduq. Saiduq berbangga kerana tuan hakim datang ke rumahnya.

Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya: "Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam? "Tanya tuan hakim.

"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?

Tanya Saiduq kembali.

"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"

"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.

"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.

Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.

"Barangkali kebaikan yang aku lakukan terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.

"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"
"Apakah salah, jika aku berikan sesuatu kepadanya ? "Tanya Saiduq lagi. 

"Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya, dan bagaimana kau boleh bertemu dengannya", kata tuan hakim lagi.

"Oh.... begitu ! Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.
"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi. 

"Ada lagi, "Jawab Saiduq.

"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.

"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.
Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.

"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.

Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.

"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.

"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya? Tanyanya lagi.

Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.

Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada tuan hakim, katanya :

"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."

Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 27 September 2013

Kejar Keberkatan Rezeki Halal



ALLAH menjamin rezeki makhluknya.


"Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allah lah yang akan memberi rezekinya." (Surah Hud ayat 6).
Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari. 

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.

Islam menekankan setiap Muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara haram.

Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah s.a.w.

Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah, Baginda s.a.w. akan memberikannya.

Namun setelah tiga kali dia datang meminta, Baginda s.a.w. bersabda:

"Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya.

Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan."
Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah s.a.w. berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan. 

Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi.

Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang yang meminta-minta wang daripada keluarga, jiran atau rakan, ataupun ke rumah orang yang tidak dikenali.

Ada juga di antara mereka meminta-minta kepada pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan selalu meminta wang daripada orang ramai di tempat awam seperti di kompleks beli-belah atau restoran dengan alasan hasil pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup.

Rezekinya halal tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta.

Ini berdasarkan kepada sabda, dari Imran bin Husin berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai." (Riwayat Ibnu Majah).

Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan redha ke atas rezeki yang dikurniakan Allah.

Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan cara meminta-minta.

Sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya."

Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus.

Keadaan terpaksa atau darurat itu ialah seorang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang jika tidak makan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.

Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada orang lain selama mana peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya.

Jika dia berupaya untuk bekerja tetapi malas maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada orang lain. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w. bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik daripada perbuatan meminta-minta.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Az Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak." (Riwayat Imam Bukhari).

Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta tanpa sebab itu menjatuhkan maruah serta menjejaskan imejnya.
Malah perbuatan meminta-minta mencerminkan sikap yang negatif masyarakat kerana sentiasa bergantung ihsan dan bantuan daripada orang ramai atau pihak tertentu. 

Justeru, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian Allah.

Sama-samalah berdoa mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki-Nya ke atas kita semua.

kredit: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 26 September 2013

Manis Tutur Kata



Mengenai manis tutur kata pula merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya, kalaupun tidak lebih penting dari yang lain. Perkataan para pendakwah merupakan alat penghubung antaranya dengan orang ramai, ia juga merupakan alat untuk menyampaikan sesuatu maksud dan fikrah, oleh itu kiranya para pendakwah dapat memelihara lidahnya, menguasai percakapannya, berupaya untuk memilih perkataan-perkataan yang baik-baik dan susunan kata yang indah, bererti beliau telah mampu menarik hati orang ramai dan sekaligus beliau berjaya menyelam masuk ke dalam hati dan diri mereka.

Tetapi sebaliknya jika beliau tidak mampu berbuat demikian, malah tidak mengambil endah terhadap apa yang keluar dari celah kedua bibirnya, bererti beliau telah membina sendiri benteng yang memisahkannya dengan orang ramai, benteng yang tidak mudah untuk ditembusi, malah dengan itu menjadikannya dicela, dibenci, dijauhi dan tidak dimesrai oleh orang ramai.

Di antara firman Allah yang berhubung dengan permasalahan ini ialah firman-firman Allah berikut:


"Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu:
Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik.
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagi manusia." 
[Al-Isra':53] 


"Dan ucapkanlah kata-kata yang
baik kepada manusia." 
[Al-Baqarah: 83] 


"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan
(perasaan si penerima), 
Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." 
[Al-Baqarah: 263] 


"Hai orang-orang yang beriman, 
bertakwalah kamu kepada Allah dan 
katakanlah perkataan yang benar." 
[Al-Ahzab: 70] 


"Dan mereka diberi pertunjuk kepada ucapan-ucapan
yang baik dan ditunjukki (pula)
kepada jalan (Allah) yang terpuji." 
[Al-Hajj: 24] 


"Dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik." 
[An-Nahl: 125] 

"Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata
yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."
[Thaha: 44] 



kredit: Ust. Fathi Yakan_Konsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah 


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 25 September 2013

Biawak Yang Beriman



Kisah ini pernah ditulis oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (1) iaitu kerana rezeki, masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.



Dhab

"Rasulullah s.a.w. sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah s.a.w. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi s.a.w. maka dia terus mendekati Nabi s.a.w. lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya mengakhiri hidupnya!”

Nabi s.a.w. tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi s.a.w. kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi s.a.w.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasy-Nya, di bumi itu kekuasaan-Nnya, dan di lautan itu jalan-Nya dan di syurga itu rahmat-Nnya dan dalam neraka itu azab-Nya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan syiar Islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut. Dengan tindakan demikian orang-orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman. Selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak (dhab) telah beriman kepada Allah s.a.w. bahkan menyokong perjuangan Nabi s.a.w. Manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada Allah s.a.w. Bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Sekurang-kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan Rasulullah s.a.w.

kredit: Gelora Hati Muda


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 24 September 2013

Ayat Mematikan Sihir_Rumah Atau Kedai

Suatu perkongsian...


ayat ke 9 dan 10 dari surah Yaa Siin


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩
   وَسَوَآءٌ عَلَيۡہِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (١٠

Dan Kami jadikan
(sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda
dan pangkat itu sebagai) sekatan
(yang menghalang mereka daripada memandang
kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada)
di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka
daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka
(pada hari kiamat).
Lalu Kami tutup pandangan mereka;
maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (9)

Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka,
engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya
mereka tidak akan beriman. (10)


Petikan dari Surah Yasin Ayat 9 Maksudnya : 

Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).


Caranya: Sediakan garam kasar dibacakan ayat tersebut pada garam untuk dalam rumah manakala tanah dan pasir untuk ditabur diluar penjuru rumah dengan membacanya sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin. Insya Allah


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 23 September 2013

Serangan "Virus Corona" Di Arab Saudi Bimbangkan Jemaah Haji



Jamaah haji tahun ini diselubungi kebimbangan dengan kewujudan virus baru yang bernama Corona virus merebak di negara Arab Saudi. Sehingga kini, virus yang bernama Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus, atau yang biasa disingkat MERS-Cov, masih banyak menyerang dan memakan korban.

Mutakhir ini, ada tiga kes baru yang ditemui. Arabnews mendedahkan, diketahui terdapat dua orang telah meninggal dunia akibat diserang virus ini.

Tiga orang pula yang diserang virus Corona baru-baru ini, adalah seorang perempuan berusia 75 tahun di Madinah dan seorang laki-laki berusia 83 yang diserang virus ini di Riyadh. Dua orang ini telah meninggal dunia.

Kes terakhir, virus ini menyerang seorang laki-laki berusia 35 tahun di Madinah. Kini, laki-laki ini sedang menerima rawatan di ICU.

Hingga kini, ada 107 kes yang ditemui akibat diserang virus Corona ini di seuruh Arab Saudi. Dari jumlah tersebut, 49 diantaranya meninggal dunia.

Di seluruh dunia, virus Corona telah menyerang 114 penduduk. Virus merbahaya ini telah menyebabkan 54 orang meninggal dunia.

Gejalanya adalah demam, batuk dan sesak nafas. Sama dengan flu yang lainnya, batuk-batuk, bersin, kemudian demam tinggi, demikian menurut pakar kesihatan.

Namun virus ini penyebarannya lebih cepat, terutama dalam menyerang paru-paru. Selain itu virus ini boleh menyebabkan infeksi saluran pernapasan bawah dan radang paru.

Virus ini mudah menular di kalangan manusia. Apatah lagi mereka yang punya kekebalan tubuh yang rendah. Misalnya orang yang telah lanjut usia, anak kecil, orang yang sedang dalam keadaan sakit, stamina tubuh rendah, sedang dalam keadaan lelah, dalam perjalanan, serta yang makannya tidak teratur.

Agar tak menganggu pelaksanaan ibadah haji, pemerintah Arab Saudi telah bekerja secara maksimal bagi mengatasinya. Selain virus Corona, demam berdarah juga menjadi perhatian khusus oleh Jabatan Kesihatan setempat.

Kepala Janatan Kesehatan Jeddah, Sami Ba-Dawood menyatakan penyakit demam berdarah telah sepenuhnya diatasi. “Jumlah kes telah menurun secara signifikan,” ujarnya.

Jumlah kes yang tahun lalu mencapai 100 kes, kini hanya tinggal lima kes. Sama dengan penangannan pada virus Corona, menurutnya tindakan preventif dan kuratif sangat diperlukan agar beberapa penyakit tidak menular.

Untuk pencegahan virus Corona, memakai topeng muka dan menjaga stamina tubuh agar tetap cergas perlu dilakukan oleh jamaah haji dan penduduk Arab Saudi lainnya.

kredit: rakangroup seberang


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 22 September 2013

Keruntuhan Al-Aqsa Petanda Awal Qiamat



Muslimin dan muslimat, alhamdulillah kali ini saya terasa terpanggil untuk menulis sedikit makluman untuk tatapan semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun seantero dunia. Kebetulan kebelakangan ini saya sedang membuat sedikit kajian dan penyelidikan tentang isu yang paling tragis menimpa umat Islam apabila Israel bertindak meruntuhkan tempat suci umat islam yang pertama iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Selain dari ia pernah menjadi kiblat sert bait pertama kita sebelum baitullah al-haram di Mekah ia juga menjadi satu lambang keagungan kita semua melaluai peristiwa isra dan mikraj apabila baginda Muhammad s.a.w. pernah ke sana menaiki Buraq sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di Masjidil Al-Aqsa juga Baginda s.a.w. telah mengimami solat berjemaah bersama semua Nabi dan Rasul sebelumnya. Kemudian dikatakan dari Al-Aqsa Baginda s.a.w. naik ke langit bersama Malaikat Jibril melalui tangga ghaib sehingga ke Sidratul Muntaha.


Persoalannya kenapakah bangsa Yahudi amat serius dalam mempertahankan tanah Palestin ini sejak dari zaman Nabi dulu sehinggalah ke zaman Salahuddin Al-Ayubi apabila beliau satu-satunya pejuang Islam yang terakhir berjaya menawan kembali negara Palestin dari tangan musuh melalui perang salib seterusnya menyingkir puak-puak Kristian dan Yahudi dari bumi anbia. Kenapakah mereka satu-satunya bangsa yang suka merempat di negeri orang serta menghalau dan menindas pula umat Islam Palestin berkurun-kurun tanpa rasa bersalah.

Di sini saya perlu ingatkan pada anda semua bahawa bangsa Yahudi bukanlah calang-calang kaum yang mudah untuk kita perlekehkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa nenek moyong mereka juga bukan calang-calang manusia kerana ramai dikalangan Para Nabi dan Rasul adalah dari kalangan bani Israel yang agung dan mahsur seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Daud a.s, Nabi Yahya a.s, Nabi Sulaiman a.s, Nabi Musa a.s dan ramai lagi Nabi-nabi yang pernah Allah s.w.t. lantik dikalangan mereka menjadi sebagai khalifah di bumi ini.

Di masa kini kita melihat ramai juga cendiakawan Yahudi yang terkenal dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya.



Gambarajah Rentas Masjidil Al-Aqsa


Mengapa Yahudi Meruntuh Masjid Al-Aqsa?

Maaf kerana intro dan mukadimah saya agak terlalu meleret-leret ini kerana saya ingin membuka mata anda semua kenapa mereka tetap tinggal di tanah Palestin secara haram dan mengistiharkannya sebagai sebuah negara haram yang bernama Israel walaupun ia tiada pengitirafan negara-negara lain. Sebenarnya bangsa yahudi ini mempunyai perancangan dan strategi mega yang sulit untuk mengusai dunia. Agak pelik bagaimana sebuah bangsa yang tiada negara mampu merealisasikan impian itu kerena bilangan mereka yang kecil berbanding dengan umat Islam.

Bangsa Yahudi mempunyai agenda besar dalam menakluk dunia dalam masa terdekat apabila mereka mampu mengusai ekonomi dunia dan politik negara-negara berkuasa besar (veto) seperti Amerika, Britain, Rusia, India dan China. Bagaimanakah strategi mereka, di sebalik persoalan ini saya berpendapat bahawa bangsa Yahudi beranggapan bahawa mereka mampu mengusai dunia sekiranya mereka dapat mengusai semula ilnu-ilmu yang tertanam dibawah runtuhan kuil mereka iaitu Haikal Sulaiman dimana kini dibina di atasnya Masjidil Al-Aqsa.

Di bawah tapak Masjidil Al-Aqsa juga dipercayai tersembunyi sebuah peti dari syurga yang pernah diberi kepada kaum nabi Sulaiman, Musa dan Harun. Peti tersebut juga dikenali sebagai Tabut Nabi Musa di mana sekiranya peti yang hilang sejak keruntuhan Haikal Sulaiman II dijumpai semula maka dengan kesaktian tabut tersebut bangsa Yahudi mampu menawan dunia kembali sebagaimana runtuhnya kerajaan Firaun dengan kehadiran tabut anugerah Allah di zaman nabi Musa a.s.

Masjidil Al-Aqsa akan dirobohkan oleh mereke semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman. Sebenarnya di situ dipercayai tertanam begitu banyak kitab-kitab sihir kuno Mesir yang dikatakan mampu untuk menyeru Dewa atau Nabi yang terakhir mereka yang nanti-nantikan untuk menjadi Raja dan pemimpin mereka, tentu anda tahu siapa sudah pastilah Dajjal Al-Masih.


Agenda Yahudi terlalu halus sehinggakan mengikut kajian yang saya buat dan insy Allah saya akan bentangkan sedikit masa lagi iaitu bangsa Yahudi inilah sebenarnya telah menyesatkan kaum nasrani atau Ahli Kitab sehingga mereka berpaling tadah pada Nabi Isa a.s. sehingga tercetusnya fahaman agama Kristian.

Dan mengikut kefahaman saya juga golongan syiah juga dikatakan mempuyai kaitan dalam agenda Yahudi dalam menyesatkan umat Islam, ini kerana golongan syiah ini dipercayai pada satu masa nanti akan menjadi seteru kepada Islam apabila menjadi puak as-Sufyani iaitu penentang ahlul Sunnah kerana golongan syiah ini berpendapat Iman Mahdi akan muncul dari golongan Syiah bukan dari golongan ahlul Sunnah oleh kerana itu mereka berpaling tadah dan memihak kepada bangsa Yahudi.

Hebat kalau diperhalusi agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam tetapi selagi kita berpegang kepada al Quran dan As Sunnah insy Allah, Allah s.w.t. tetap melindungi kita semua dari fitnah Yahudi yang maha hebat ini.


Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berbilion-bilion ramainya seperti buih dilautan berbanding Yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa.

Ilustrasi Haikal Sulaiman III


Rahsia di bawah Masjidil A-Aqsa

Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman a.s. dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda a.s. memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah s.w.t.

Jadi arahan Nabi Sulaiman a.s. supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian Baginda a.s. kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana Baginda a.s. fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Dimana Baginda a.s. menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda a.s. melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.

Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s. wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah s.w.t. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.

Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia. Semua dengan satu tujuan iaitu melayani Tuhan Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.


Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya. Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Zion adalah di bawah Kuil Sulaiman.

Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah s.w.t. yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana. Ini adalah kerana Yahudi / zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.


Perkara ini menjelaskan mengapa Amerika begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas.

Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab ! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh Dajjal dan Amerika adalah pengikut Dajjal.


Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah s.w.t. melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman itu adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa dan kehancuran Al-Aqsa adalah petanda kiamat hampir tiba.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 21 September 2013

Khaulah Al-Azwar_Bidadari Besi




Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.


Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.
Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

kredit: Generasi Al Ghuroba

Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 20 September 2013

Lelaki Penghuni Syurga Mampu Menggauli 100 Bidadari



Bismillahir rahmanir rohim,



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلْ نَصِلُ إِلَى نِسَائِنَا فِي الْجَنَّةِ؟ فَقَالَ: «إِنَّ الرَّجُلَ لَيَصِلُ فِي الْيَوْمِ إِلَى مِائَةِ عَذْرَاءَ»

Dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu, ia berkata: diantara para sahabat ada yang bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kami akan bertemu dengan istri kami kelak di syurga?’. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menjawab: “Seorang lelaki dalam sehari akan bertemu (baca:berjima’) dengan 100 bidadari” 
(HR. Al Bazzar dalam Musnad-nya 3525, Abu Nu’aim dalam Shifatul Jannah 169, Ath Thabrani dalam As Shaghir, 2/12)

Dalam riwayat lain :



قيل : يا رسول الله هل نفضي إلى نسائنا في الجنة ؟ قال : إن الرجل ليفضي في اليوم إلى مائة عذراء

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan berjima’ dengan istri-istri kami di surga kelak? Sungguh seorang lelaki dalam sehari akan berjima’ dengan 100 bidadari“

Derajat Hadits : 

Al Hafidz Ibnu Katsir men-shahih-kan hadits ini (Tafsir Ibni Katsir, 3/292). Al Maqdisi berkata: “Menurutku, semua perawinya tsiqah sesuai dengan syarat hadits shahih”. Al Albani berkata: “Aku sependapat dengan Al Hafidz Ibnu Katsir, dan itulah yang benar. Sanad hadits ini shahih dan kami tidak mengetahui adanya catat di dalamnya. Namun memang Abu Hatim dan Abu Zur’ah memiliki pandangan berbeda” (Silsilah Ahadits Shahihah, 1/708)


Faidah Hadits :
1. Adanya syurga dan kenikmatan di dalamnya
2. Adanya bidadari di syurga
3. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengetahui sebagian perkara ghaib, sebatas yang dikabarkan oleh Allah kepada Baginda.
4. Salah satu kenikmatan syurga adalah seorang lelaki memiliki kekuatan menggauli 100 wanita dalam sehari. Sebagaimana dalam hadits lain:



إن الرجل من أهل الجنة يعطى قوة مائة رجل في الأكل والشرب والشهوة والجماع

“Sungguh seorang lelaki penduduk syurga diberi kekuatan sebagaimana 100 orang lelaki, dalam hal makan, minum, syahwat dan jima’“
(HR. Ahmad no.18509. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Mawarid 2230)

5. Andai 100 wanita digauli dalam sehari maka tentu lelaki penghuni syurga tersebut sangat sibuk. Demikianlah salah satu kesibukan penduduk syurga. Sebagaimana dalam firman Allah Ta’ala:



إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ

“Sungguh para penduduk syurga itu dalam kesibukan yang menyenangkan” 
(QS. Yasin: 55)

Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, Sa’id bin Musayyib, Ikrimah, Al Hasan Al Bashri, Qatadah, Al A’masy, Sulaiman At Taimi, Al Auza’i semuanya menafsirkan bahwa yang dimaksud ayat ini adalah mereka sibuk menggauli para perawan. 
(Tafsir Ibni Katsir, 6/582)

6. Istri shalihah di dunia akan menjadi istri di syurga kelak bagi lelaki shalih. Jika seorang lelaki pernah menikah beberapa kali atau ia berpoligami, maka semua istrinya di dunia akan menjadi istrinya di syurga kelak. Sedangkan bila seorang wanita pernah menikah beberapa kali di dunia, maka lelaki yang menjadi suaminya adalah yang terakhir. Sebagaimana hadits:


أن حذيفة قال لزوجته: إن شئت تكوني زوجتي في الجنة فلا تزوجي بعدي، فإن المرأة في الجنة لآخر أزواجها في الدنيا

“Hudzaifah berkata kepada istrinya: ‘Kalau engkau ingin menjadi istriku di syurga kelak, maka jangan menikah lagi sepeninggalku. Karena seorang wanita di syurga akan menjadi istri dari suaminya yang terakhir di dunia‘” (HR. Al Baihaqi, no.13421)

7. Selain beristrikan wanita yang menjadi istrinya di dunia, lelaki penghuni syurga juga akan beristrikan bidadari-bidadari syurga. Sebagaimana firman Allah:



كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

“Demikian juga kami nikahkan mereka dengan para bidadari surga” 
(QS. Ad Dukhan: 54)

8. Para ulama mengatakan, hadits ini bukan menunjukkan bahwa jumlah istri penduduk surga adalah 100. Melainkan hanya menunjukkan kemampuan jima’ para lelaki penduduk syurga, yaitu sebagaimana kekuatan 100 orang lelaki. Mengenai jumlah istri, kebanyakan penduduk syurga memiliki dua istri:



أول زمرة تلج الجنة صورتهم على صورة القمر ليلة البدر ، لا يبصقون فيها ولا يمتخطون ولا يتغوطون ، آنيتهم فيها الذهب ، أمشاطهم من الذهب والفضة ، ومجامرهم الألوة ، ورشحهم المسك ، ولكل واحد منهم زوجتان

“Rombongan yang pertama kali masuk syurga berbentuk rembulan di malam purnama. Mereka tidak akan meludah, tidak akan berdahak, dan tidak akan buang air di dalamnya. Bejana-bejana dan sisir-sisir mereka terbuat dari emas dan perak. Tempat bara api mereka terbuat dari kayu wangi. Keringat mereka adalah minyak kesturi. Setiap mereka memiliki dua istri..” 
(HR. Al-Bukhari no. 3245 dan Muslim no. 5065)


Adapun para syuhada, beristrikan 72 bidadari kelak di surga:



للشهيد عند الله ست خصال : يغفر له في أول دفعة ويرى مقعده من الجنة ، ويجار من عذاب القبر ، ويأمن من الفزع الأكبر ، ويوضع على رأسه تاج الوقار ، الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها ، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحور العين ، ويشفع في سبعين من أقاربه

“Orang yang mati syahid di sisi Allah akan diberi enam keutamaan: Allah mengampuni dosanya ketika pertama kali darahnya keluar, ia dapat melihat tempat duduknya kelak di syurga, ia dijauhkan dari adzab kubur, ia mendapat keamanan tatkala hari kebangkitan, di kepalanya ia memakai mahkota kehormatan berhias batu rubi yang lebih baik dari dunia dan seisinya, ia dinikahkan dengan 72 bidadari, ia dapat memberi syafa’at kepada 70 orang kerabatnya” 
(HR. At Tirmidzi no 1663, ia berkata: “Hasan Shahih Gharib”)

9. Jika kita renungkan, sungguh betapa malangnya para pezina dan para pengumbar syahwat ke tempat yang tidak halal. Mereka menukar kenikmatan yang luar biasa dengan kenikmatan sesaat yang hina di dunia.

10. Salah satu benteng pertahanan seorang lelaki muslim dari dosa zina adalah dengan mengingat-ingat kenikmatan syahwat di syurga dan berusaha istiqamah untuk mendapatkannya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 19 September 2013

Cegah Masalah Mulut & Nafas Berbau



Anda sedang berbual dengan seseorang dan kelihatannya seperti dia cuba untuk menjauhkan wajahnya dari anda. Si dia juga mempamerkan wajah seolah-olah dia kurang selesa tetapi lebih teruk lagi jika dia terus menutup mulutnya sepanjang tempoh perbualan berlaku.

Situasi kurang menyenangkan ini mungkin atau tidak pernah anda alami tetapi bagi seseorang yang menghadapi masalah mulut dan nafas berbau, perkara ini mungkin mengganggu aktiviti sosial dan menjejaskan penampilan diri.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berkerjaya dan perlu sentiasa berhadapan dengan individu-individu tertentu. Sememangnya ia menjejaskan kualiti kerja dalam konteks perhubungan sama ada secara profesional atau tidak.

Jangan risau! Anda boleh mengatasi masalah ini dengan petua-petua tradisional berikut yang bukan sahaja mudah dan murah malah diperakui keberkesanannya jika diamalkan selalu.



SIRIH

Sirih juga merupakan antiseptik semulajadi yang cukup terkenal dan digunakan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita. Anda hanya perlu membersihkan daunnya dahulu kemudian direbus dalam anggaran satu setengah gelas air. Biarkan air rebusan sirih menjadi sejuk dan boleh digunakan untuk berkumur selepas selesai menggosok gigi. Selain dari itu, anda juga boleh merendamkan beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit dan minum air tersebut.


SERAI WANGI & KULIT LIMAU KASTURI

Serai wangi dan kulit limau kasturi sememangnya terbukti merupakan bahan alam semulajadi yang menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan. Ambil tiga batang serai wangi dan tiga biji kulit limau kasturi lalu tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga tiga per empat tinggi periuk itu dan kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.


DAUN JAMBU BATU

Selain buah jambu batu yang enak dimakan, daunnya juga memberi manfaat yang berguna. Ambil lebih kurang lima belas helai daun jambu batu yang muda dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu masukkan daun yang telah lumat itu ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis air tersebut dan digunakan untuk berkumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.


CENGKIH

Jangan ingat bunga cengkih hanya untuk memasak kari dan rendang. Ia juga boleh mengubati mulut dan nafas berbau. Rebuskan tiga atau lima kuntum bunga cengkih dalam air yang secukupnya atau anda juga boleh merendamkannya ke dalam segelas air suam selama 5 minit. Seperti biasa, air rebusan yang telah sejuk digunakan untuk berkumur dan amalkan di waktu pagi dan petang.


KULIT KAYU MANIS

Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya.


BUNGA LAWANG

Bunga lawang mengandungi sebatian bersifat antibakteria dan antikulat. Ia turut mengandungi linalool yang bersifat antioksida dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bunga lawang boleh direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama 5 minit. Minum air yang telah disejukkan atau anda juga boleh berkumur dengannya. Seperti biasa, amalkan 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Jika anda mahukan cara yang lebih senang, kunyah sahaja bunga lawang tersebut. Cara ini lebih mudah dan cepat.



TEH HIJAU & DAUN PUDINA 

Teh hijau dan daun pudina terbukti menghasilkan aroma yang harum dan menyenangkan. Daun pudina juga merupakan bahan semulajadi utama yang selalu digunakan dalam semua produk ubat gigi di seluruh dunia. Dengan minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.

kredit: yahoomalaysia


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 18 September 2013

Ikhlas



Alangkah susahnya untuk melakukan ikhlas…

- Ikhlas adalah amalan paling tinggi selepas Iman dan ia adalah rahsia Tuhan. Malaikat dan empunya diripun tidak mengetahui. Ia adalah penentu samada amalan kita diterima atau ditolak.

- Apabila para sahabat diceritakan tentang ikhlas, mereka menangis kerana sukar untuk melakukannya.

- Islam tidak benarkan umatnya mengaku ikhlas. Kalaupun ikhlas sebelum ini, apabila mengaku ikhlas maka terbatallah keikhlasannya selama ini.

- Dalam Islam mengaku baik adalah salah dan begitu juga tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas.



Erti ikhlas – murni, bersih, khalis. 

Ia tidak bercampur dengan bahan lain ibarat air tulen.  Apabila bercampur dengan bahan lain seperti sabun atau tepung maka ia tidak ‘pure’ lagi.

Begitu juga dalam beramal – baca Quran, belajar, mengajar, berforum, sembahyang mestilah semata-mata kerana Allah – kerana keredhaanNya, kerana perintah Nya, kerana suruhan Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan kerana patuh kepada-Nya. Apabila niat kerana Allah dalam setiap tindakan, maka jadi tidak jadi (berhasil) hati tetap ikhlas kepada Allah.

Sekiranya terselit niat-niat lain – ‘ingin glamour’, takut, ‘mental exercise’, uji kemampuan, nak pingat, nak hadiah dan sebagainya bermakna keikhlasan telah ternoda. Apabila tidak ikhlas maka jatuh syirik khafi iaitu syirik tersembunyi. Di Akhirat nanti Allah akan suruh
kita minta kepada kerana-kerana itu. Allah tidak akan balas kebaikan kalau ada kerana-kerana yang lain.

Untuk ikhlas sebenarnya susah sekali terutama yang melibatkan kepentingan umum seperti terlibat dalam dakwah, mengajar, gotong-royong, musabaqah, forum, upacara beri hadiah, lebih-lebih lagi bagi orang yang tak fikirkan hatinya. 

Akan berlaku kepentingan diri – khususul nafs seperti ingin popular, maka awal-awal lagi nawaitu telah rosak. Kadang-kadang ketidak ikhlasan berlaku di awal, tengah atau akhir. Ia ibarat kita membuat rumah di atas lumpur kerana niat awal tidak betul.

Contoh yang ingin dibawa ialah di dalam berdakwah,


Rosak di awal

Ketidak ikhlasan pada awal ialah berniat ingin popular, terkenal, duit poket, untuk hentam orang lain dan sebagainya. Semua ini dalam bentuk lintasan hati, maka seluruh amalannya itu tertolak ibarat melukis di atas air.

Rosak di tengah

Contohnya semasa sedang ceramah melihat orang ramai mengangguk-angguk dan begitu khusyuk mendengar maka rasa hebat diri (ujub).

Rosak di akhir

Selepas ceramah, dalam perjalanan balik ada orang puji maka hati rasa kembang. Waktu itu ujub pun datang dan lupa semuanya dari Allah. Sepatutnya rasa malu. Maka ia ibarat rumah yang telah dibina tiba-tiba runtuh.


Doa untuk mendapatkan sifat ikhlas. 

“Wahai Tuhan, kami belum buat apa-apa sebelum ini, kalaupun ada, tentu ada kepentingan diri. Kalau bukan pertolongan dan bantuan Tuhan, seluruh rasanya amalan kami tertolak.”

Sebab itu orang tidak berubah hasil dari dakwah kita kerana hati kita cacat dan rosak contohnya riya’ apabila menerima pujian orang ramai. Oleh itu buatlah kerja dengan tawadhuk takut-takut tak diterima amalan kita.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat harta dan rupa kamu tetapi melihat hatimu”
Apabila kita buat kerana Allah, bila orang kritik kita patut tidak melenting dan jika melenting itu bermakna kita tidak ikhlas.



Beginilah Ikhlas : 

* Berkhidmatlah bukan untuk dibayar kembali 

* Berjasalah kepada manusia lebih-lebih lagi kepada agama tapi bukan untuk dibalas dengan bintang-bintang di dada 

* Berbudilah tapi jangan dijadikan sebagai gaji. 

* Sampaikanlah risalah Allah tapi bukan untuk dibayar upah. 

* Berbuat baiklah tapi jangan mengaku baik. 

* Berjuanglah tapi jangan mengaku wira. 

* Berhikmahlah di dalam perjuangan terutama dalam berdakwah agar i diterima oramg.

* Beribadahlah kepada Allah.. jangan kerana takut Neraka atau kerana inginkan Syurga tapi kerana Zat Allah Yang Maha Pemurah, Allahlah yang melihat segala kebaikan dan membalasnya. Allahlah yang menghitung segala kejahatan, berhati-hatilah dengan Allah.


….Zulkaedah sudah di pertengahan…Zulhijjah akan menjenguk lagi…. Kita akan membuat Qurban sekali lagi... Ahlan wasahlan ya Zulhijjah…Selimuti kami dengan keberkatan… Kemudian kita akan menyambut tahun baru Hijrah 1435 dengan kedatangan Muharram.


Salam Ukhuwah..~